Uesugi Kenshin (上杉 謙信) yang lahir pada 18 Februari 1530 adalah salah satu daimyo (tuan tanah Jepun) yang terkenal pada fasa Sengoku (p3rang sivil Jepun). Nama sebenar beliau adalah Nagao Kagetora, anak lelaki keempat Nagao Tamekage dari puak Nagao (kumpulan samurai). Keluarga ayahnya adalah pengikut setia kepada puak Uesugi dan ayahnya adalah daimyo negeri kuno Jepun bernama Echigo.

KONFLIK PEREBUTAN KUASA SEBAGAI KETUA PUAK NAGAO

Setelah kemangkatan bapanya akibat s3rangan dari pemberontak, abang sulung Kagetora, Nagao Harutake mahu merampas takhta ayahnya sebagai ketua puak Nagao. Kemudian perebutan kuasa antara lima adik-beradik Nagao sehingga salah satu abangnya terbvnuh. Kagetora pada usia 7 tahun terpaksa dihantar ke kuil Rinsen-ji oleh para pengikut mendiang ayahnya demi keselamatan dirinya. Sepanjang Kagetora di sana, beliau mempelajari ilmu Zen (salah satu ajaran Buddha Jepun) dan seni pertahanan diri.

Sehingga umur 14 tahun, salah satu pengikut mendiang Tamekage meminta Kagetora mengambil takhta dari abang sulungnya yang gagal sebagai ketua puak dan gagal memerintah Echigo.

Pada mulanya, Kagetora keberatan untuk melawan adik-beradiknya namun pada umur 15 tahun Kagetora melibatkan diri dalam pert3mpuran di istana Tochio bagi menghalang kemaraan pemberontak.

Kejayaan puak Nagao dari pert3mpuran tersebut menaikkan nama Kagetora kemudian pada tahun 1547 Kagetora akhirnya menggulingkan abang sulungnya, Harutake terpaksa berundur atas kejatuhannya dan telah meninggal dunia 5 tahun kemudian. Akhirnya Kagetora menjadi ketua puak Nagai dan daimyo Echigo dengan nama Uesugi Kenshin.

KENSHIN SEBAGAI DAIMYO ECHIGO

Kenshin sebagai daimyo Echigo

Kenshin semasa menjadi daimyo terkenal dengan nama ‘Harimau Echigo’ kerana keupayaan pemerintahannya dan ‘Naga Echigo’ kerana kepakarannya dalam medan p3rang. Kepakaran beliau ditambah lagi kepercayaan spiritual terhadap Bishamonten (dewa p3rang dalam Buddha Jepun) menjadikan para pengikut Kenshin percaya bahawa beliau adalah jelmaan dewa tersebut dan memanggilnya ‘Dewa P3rang’.

Negeri pertama yang Kenshin ingin miliki adalah negeri Etchu di barat Echigo dan beliau memasuki dunia politik Etchu pada awal 1550-an demi mencapai misinya. Etchu dikuasai oleh dua puak samurai bernama Jinbo dan Shiina. Pada mulanya, Kenshin menjadi orang tengah bagi kedua-dua puak yang bermusuhan. Kemudian Kenshin berpihak kepada puak Shiina dan menumbangkan puak Jinbo.

Berabad kemudian, Kenshin berpaling tadah kepada puak Shiina dan merampas istana mereka pada 1575 dan mengarahkan samurainya Kojima Motoshige membvnuh ketua Shiina bernama Shiina Yasutane. Beginilah kelicikan seorang daimyo terkenal dengan kepakaran strategi penaklukan.

Tahun 1563, Kenshin berjaya menakluk negeri Kozuke dalam Pert3mpuran Sano melawan puak Sano. Dari penaklukan tersebut, ramai ketua puak terpaksa tunduk di hadapan Kenshin. Pada 1570-an, Kenshin menakluk negeri Hokuriku dan Echizen yang pernah dimiliki oleh tentera Oda.

BERSAING DENGAN TAKEDA SHINGEN

Illustrasi Pert3mpuran Kawanakajima

Pernah Kenshin berp3rang banyak kali dengan daimyo jiran bernama Takeda Shingen yang memerintah negeri Kai. p3rang yang menjadikan kedua-dua daimyo ini terkenal adalah Siri P3rang Kawanakajima dan p3rang keempat adalah p3rang paling brutal antara kelima-lima siri p3rang ini.

P3rang keempat ini bermula dengan s3rangan terhadap khemah utama tentera Takeda sehingga kedua-dua pihak mengalami kematian tentera dalam jumlah yang besar, terutamanya Shingen kerana kedua-dua jeneral terbaik beliau telah terbvnuh.

Di akhir p3rang pada 1573, Shingen meninggal dunia dalam medan p3rang. Kenshin yang menjadi pemenang dalam p3rang tersebut menghormati lawannya dengan tangisan.

“Saya telah kehilangan saingan yang hebat. Kita tidak akan temui pahlawan sebegini pada masa akan datang!” Inilah ungkapan Kenshin terhadap saingannya.

AKHIR HAYAT KENSHIN

Di akhir kehidupannya, Kenshin berkonflik dengan satu lagi daimyo yang kemudian terkenal dengan penyatuan Jepun, iaitu Oda Nobunaga. Setelah kemenangan Kenshin terhadap tentera Oda dalam P3rang Tedorigawa (1577), beliau merancang untuk melancarkan pert3mpuran seterusnya tetapi beliau mengalami kesakitan di perut dan telah meninggal dunia pada musim bunga 1578.

Kanser perut adalah penyebab kematian Kenshin, akibat dari ketagihan meminum arak namun terdapat sumber menyatakan bahawa beliau dibvnuh oleh ninja semasa berada dalam tandas. Beliau kemudian dikebumikan di kuil tempat beliau belajar sejak kecil, Rinsen-ji.

Ini adalah puisi terakhir Kenshin saat sengsara melawan kanser perutnya:

Hidup yang berpanjangan hanya menikmati secawan sake,
Hidup empat puluh sembilan tahun berlalu seperti mimpi;
Saya tidak kenal apa itu hidup, apa itu mati.
Tahun demi tahun hanyalah mimpi semata,
Syurga dan Neraka ditinggal belakang;
Saya di sini berdiri pada subuh sinaran rembulan,
Bebas dari lampiran awan.

KENSHIN SEBENARNYA SAMURAI WANITA?

Pada pertengahan abad ke-20 Masihi, novelis Jepun bernama Tomoe Yagiri memberikan teori bahawa Uesugi Kenshin sebenarnya adalah wanita selepas beliau menemui laporan berkenaan Jepun pada abad ke-16 Masihi di istana Toledo, Sepanyol.

Laporan tersebut ditulis oleh Gonzales of Spain yang kemudian dihantar kepada Raja Philip II. Dalam laporan itu, Gonzales memberitahu Kenshin adalah ibu saudara kepada Uesugi Kagekatsu, anak kandung dari adik perempuan Kenshin. Dari sini Yagiri berpendapat bahawa orang Barat mengenali Kenshin sebagai wanita.

Berkenaan Kenshin sakit perut? Mengikut rekod dari buku ‘Todaiki’ iaitu buku sejarah tentang samurai pada era Edo bernama Matsudaira Tadaaki, Kenshin sebenarnya mempunyai kanser rahim.

Jadi, adakah rekod-rekod ini mampu menyokong teori bahawa Kenshin sebenarnya wanita?

Perwatakan Kenshin yang telah sejarahwan Jepun temui sebenarnya agak menarik. Kenshin tertarik dengan aktiviti yang biasa dilakukan oleh wanita-wanita bangsawan seperti membaca novel, puisi, dan menulis kaligrafi. Kenshin juga mempunyai fizikal seolah-olah wanita dengan mempunyai kulit yang halus dan rambut panjang yang mengurai. Beliau dikatakan bebas keluar masuk di penempatan wanita dalam istana diraja Kyoto.

Tambahan lagi, Kenshin tidak mempunyai isteri dan anak kandung. Dengan perwatakan feminin Kenshin ini seperti ‘pretty boy’, tidak mustahil sesetengah pencatat sejarah mengandaikan bahawa Kenshin adalah wanita.

KENSHIN TERKENAL DI MATA DUNIA

Penyanyi Jepun, Gackt beraksi sebagai Kenshin dalam Festival Kenshin 2008.

Bermula bulan Ogos 1926, Festival Kenshin atau Kenshin Kousai telah dilaksanakan dan menjadi perayaan tahunan pada setiap bulan Ogos. Festival ini berbentuk perarakan dan bermula dari istana Kasugayama bagi memperingati peristiwa Pert3mpuran Kawanakajima yang ke-4. Penyanyi terkenal Jepun bernama Gackt beraksi sebagai Kenshi sejak 2007 dan berkat kehadiran beliau, festival pada 2015 telah mencecah seramai 243,000 orang pengunjung.

Uesugi Kenshin juga terkenal di seluruh dunia melalui adaptasi filem, drama, dan permainan video Jepun. Kenshin hadir dalam permainan video seperti Samurai Warriors milik syarikat Koei dan Sengoku Basara milik syarikat Capcom. Dalam permainan video mobile Fate/Grand Order, Kenshin hadir dalam versi wanita.

Kenshin  dalam Fate/Grand Order

RUJUKAN:

Sansom, George (1961). A History of Japan, 1334–1615. Stanford University Press.

Sato, Hiroaki (1995). Legends of the Samurai. Overlook Duckworth.

Turnbull, Stephen (1987). Battles of the Samurai. Arms and Armour Press.

Turnbull, Stephen (2013). The Samurai: A Military History. Routledge.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.