Detik Pemergian Dua Tokoh Terbesar Islam: Al-Fateh Dan Salahuddin

1,722

Detik-detik pemergian Al-Fateh

Bunyi-bunyian loceng gereja dan dentuman letupan meriam menggegarkan seluruh isi kota Vatikan. Kesemua rakyat yang mendiami wilayah di bawah penguasaan Pope Sixtus IV dan para raja Kristian Eropah bersorak ria meraikan kematian seorang musuh yang paling dibenci mereka.

Pesta dan jamuan makanan diadakan berterusan selama tiga hari tiga malam tanpa henti. Laungan yang kedengaran ketika itu ialah “La Grande Aquila è morta!” (Helang Agung Sudah Pun Mati.”)

Perarakan di jalan-jalan kota Vatikan dan Venecia yang dilaksanakan oleh para penduduk dan penguasa kota menggamitkan lagi suasana kebahagiaan ini.

Ya, pada tanggal 3 Mei 1481 M, Sultan Muhammad al-Fateh telah meninggal dunia ketika berusia 49 tahun. Berita kewafatan al-Fateh yang tersebar cepat ke seluruh pelosok jajahan wilayah Eropah disambut dengan kesyukuran dari para penganut agama Kristian Katolik.

Dari kisah yang lain mengatakan bahawasanya berita kewafatan baginda diketahui oleh rakyat Venecia selepas 6 tahun kewafatan baginda.

Surat yang dihantar oleh duta besar negara Eropah, Nicollo Cocco sampai ke tangan penguasa Venecia pada tanggal 29 Mei 1488 M.

Tetapi berita ini kewafatan al-Fateh disambut dalam keadaan sedih oleh para rakyat Turki Utmaniyah yang terdiri daripada rakyat beragama Islam dan Kristian Ortodoks. Mereka saling berkabung atas pemergian pemimpin agung ini.

Sultan Muhammad al-Fateh wafat ketika baginda dalam perjalanan bersama pasukan tenteranya untuk menakluk sebuah kota dan beberapa ahli sejarah berpendapat:

1) Baginda wafat ketika dalam perjalanan bersama tenteranya untuk menakluk kota Vatikan milik empayar Rom Suci di Itali.

2) Baginda wafat ketika merancang mahu menyerang pusat kekuasaan di negara Sepanyol atau Perancis.

3.) Baginda wafat ketika mahu menakluk Kesultanan Mamluk dan menabalkan dirinya sebagai Khalifah selepas itu.

Ada beberapa pendapat ahli sejarah mengemukakan sebab kewafatan baginda iaitu :

1) Baginda wafat akibat sakit dalaman yang tidak dikenal pasti.

2) Baginda wafat akibat sakit rahang gigi yang dideritai sejak tahun 1470 M
.

3) Baginda wafat akibat diracun. Doktor peribadinya, Ya’akub Pasha mengambil kesempatan untuk meracun apabila beliau melihat baginda dalam keadaan kondisi yang sangat tenat.

Jenazah baginda dikuburkan berdekatan Masjid al-Fatih di Istanbul, Turki. Sebelum baginda wafat, baginda menyatakan wasiatnya tentang pewakafan Masjid al-Fatih, iaitu:

1. Sepuluh orang Hafizul Quran ditugaskan untuk membaca Al-Quran setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu solat Jumaat.

2. Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk mengkhatamkan Al-Quran setiap hari setelah solat subuh.

3. Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk membaca 70.000 kalimah tauhid setiap hari setelah solat Subuh.

4. Sepuluh orang ditugaskan untuk membaca 10 000 shalawat ke atas Nabi Muhammad saw setelah solat Subuh.

Wasiat ini terpampang berdekatan pintu masuk sebelah kiri masjid al-Fatih.

Al-Fatihah untuk Sultan Muhammad al-Fateh, pemimpin yang disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya.

Pemergian Salahudin Al-Ayubi

Bersamaan pada 27 Safar 589 H dalam umur sekitar 56 tahun, Sultan Salahuddin telah wafat & jenazahnya dikebumikan di luar kawasan Masjid Umayyah, Damaskus, Syria.

Pendiri & sultan pertama Dinasti Ayyubi yang di mana selama pemerintahannya berjaya menyatukan umat Islam di bawah satu panji kalimah syahadah.

Dan usahanya yang paling bersejarah dalam sejarah umat Islam adalah membebaskan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis ) daripada tangan tentera Salib pada tanggal 2 Oktober 1187M.

Harta yang ditinggal Salahuddin setelah kewafatannya hanya sekeping dinar & 43 dirham, tiada tanah atau istana mewah sehingga ahli keluarganya terpaksa meminjam duit untuk menguruskan pengebumian baginda.

Malam Kewafatan Baginda

4 MAC 1193M / 27 Safar, 589H.

Malam itu telah nampak tanda-tanda akan berakhir kehidupan Salahuddin.

Syeikh Abu Ja’afar, seorang yang warak telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika baginda sedang nazak. Salahuddin ketika itu diantara kondisi pengsan dan sedar. Lalu setelah itu, Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat:

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”.

(Al-Hasyr : 22)

Apabila Syeikh Abu Jaafar selesai membacakan ayat tersebut, Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri & perasaan yang gembira dia berkata:

“Memang benar.”

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Salahuddin pun pulang ke rahmatullah.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.