John F. Kennedy sebenarnya bukan seorang pemimpin yang begitu hebat pun. Tetapi hari ini beliau diagung-agungkan seolah-olah pentadbiran 1,000 harinya sememangnya sempurna.

Dari segi meluluskan akta baru, tidak banyak berjaya dibuat. Isu diplomasi bersama Cuba dan Kesatuan Soviet pun berpunca daripada kesalahan Kennedy sendiri (tetapi entah kenapa Kennedy dipuji).

Malah pep3r4ngan di Vietnam pun berpunca sebab beliau juga (Grier, 2013). Belum lagi pasal isu peribadinya dengan dakwaan ada perempuan simpanan.

Salah seorang wanita didakwa perempuan simpanan Kennedy.

Populariti Kennedy dirangsangkan oleh kerana semangat dalam jiwanya. Beliau tidak perlu White House untuk menjadi popular.

Beliau sememangnya popular; kalau tidak, bagaimana mungkin Kennedy boleh tewaskan Richard Nixon yang menjadi Naib Presiden pada Dwight D. Eisenhower.

Kennedy pula masih muda dan berkarisma dalam menyampaikan hujah tanpa ayat-ayat bombastik. Jadi inilah wajah yang mengimarahkan harapan, tambah pula dengan seorang isteri anggun, jelita dan berdwibahasa.

Jackie Kennedy mampu berbahasa Sepanyol yang menarik undi minoriti Latin.

Tetapi punca sebenar yang memasyhurkan Kennedy buat selamanya berlaku pada 21 November 1963 (Grier, 2013).

Hari terakhir Kennedy di pejabat seolah-olah normal saja. Beliau ingin menambahkan lagi usaha Amerika Syarikat untuk menerokai angkasa.

Pentadbiran beliau mengharamkan pengeksportan s3nj4t4 ke Indonesia oleh kerana kemelut diplomatik antara Sukarno dengan Tunku Abdul Rahman.

Amerika Syarikat didakwa “mengiyakan” Sukarno.

Dan Kennedy dijadualkan akan memberi anugerah Enrico kepada Dr. Robert Oppenheimer iaitu sebanyak AS$50,000.

Keesokannya, semua media cetak Amerika Syarikat mempunyai muka depan tergempar.

Sabtu biasanya hari pekerja tidur lambat dan bangun lewat. Tetapi Kennedy pula ditidurkan buat selamanya untuk tidak bangun lagi.

Naib Presiden Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah di dalam sebuah pesawat untuk mengambil alih.

Johnson mengangkat sumpah.

Texas iaitu negeri dimana Kennedy dibvnvh menggesa semua orang bersatu. Pihak haluan kiri dituduh bertanggungjawab. Semua artikel buat beberapa mukasurat besar akhbar bercerita pasal Kennedy, Kennedy dan Kennedy.

Dua hari seleps Kennedy dibvnvh, Amerika Syarikat masih lagi bergolak. Johnson bertemu dengan Harry S. Truman dan Eisenhower di White House dengan langit kelam dan kelabu meratapi.

Pihak polis bergegas untuk menyiasat dan mendapati memang Lee Harvey Oswald bertanggungjawab.

Diingati kerana membvnvh pemimpin.

Tetapi kalau didapati bersalah pun tiada makna, kerana Kennedy takkan kembali. Jasad beliau diterbangkan ke White House sebelum majlis peng3bum1an yang dilangsungkan selama tiga hari.

Pada hari ketiga, balu dan anak Kennedy melutut di sebuah keranda rasmi yang ditutup dengan bendera Amerika Syarikat.

Anak yang diyatimkan Oswald.
Angle lain.

Muka mereka kelihatan sugul, begitu juga dengan jutaan penyokong dalam kalangan rakyat yang tidak meredhai perbuatan Oswald.

Salah seorang daripada penyokong kental ini mengambil tindakan melulu. Ketika Oswald berjalan di koridor l0k4p, seorang pemilik kelab malam bernama Jack Ruby melepaskan satu d4s t3mb4k4n jarak terlalu dekat yang menembusi rusuk, jantung, hati, limpa, perut dan ginjal Oswald.

Hari terakhir Oswald.

Oswald mengerang dalam kes4k1tan sambil mengg3lvpur di laluan konkrit. Berikut ialah videonya:

Dan Oswald diisytiharkan men1ngg4l dunia di hospital sama yang mengisytiharkan kem4t1an Kennedy.

Malah pembvnvhan Oswald turut disaksikan jutaan orang oleh kerana siaran televisyen pihak media.

Hanya dengan sebutir pelvrv, Ruby telah menyebabkan ramai berprasangka bahawa pembvnvhan Kennedy (dan kemudian Oswald) ialah sebahagian daripada satu jalinan konspirasi rumit yang tidak langsung mempunyai asas untuk dibuktikan.

Tetapi tindakan Oswald telah menyebabkan seluruh negeri New York bertukar hitam, dengan orang begitu ramai berpakaian warna tersebut.

Seperti ditulis New York Times, negeri tersebut seolah-olah menjadi sebuah gereja besar tanpa dinding dan bumbung. Kennedy pun dis3m4dikan di Arlington, New York, dalam sebuah majlis dihadiri ramai pemimpin luar negara.

Johnson menyambung mandat Kennedy, membentangkan belanjawan bagi tahun yang sangat gila.

Populariti Kennedy dan Johnson telah memberikan kemenangan mudah buat Parti Demokratik dalam pilihan raya seterusnya. Tetapi sehingga hari ini, pembvnvhan Kennedy dianggap suatu jen4y4h terancang.

RUJUKAN:

Grier, P. (2013, November 6). Would John F. Kennedy have pulled US out of Vietnam? The Christian Science Monitor.

Grier, P. (2013, November 21). Why is John F. Kennedy still so popular? The Christian Science Monitor.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.