Der Hungerplan (Rancangan Kelaparan): Dosa Nazi Buat Orang Kebuluran

718

Suhu Moscow berlegar sekitar 15ºC dengan hujan turun secara renyai pada 23 Ogos 1939. Langit dalam keadaan gelap menghitam seolah-olah memaparkan nasib yang bakal menimpa dunia kerana pada tengahari tersebut Joseph Stalin sedang berjabat tangan dengan Joachim von Ribbentrop.

Pada tarikh keramat ini rundingan dua kementerian luar negeri ini telah menjalinkan Perjanjian Molotov-Ribbentrop yang menjaminkan keamanan antara Kesatuan Soviet dan Jerman tanpa sebarang usaha berlaku khianat.

Ia juga melukiskan semula sempadan Eropah bagi operasi yang sebenarnya belum dilancangkan lagi. Seminggu selepas persetujuan dicapai, Jerman pun meluluskan pencer0bohan terhadap Poland.

17 hari kemudian Soviet pun mencer0bohi Poland atas justifikasi penampan bagi keselamatan Belarus dan Ukraine. Tetapi gerakan Soviet terhadap Bukovina telah melanggar perjanjian Molotov-Ribbentrop kerana wilayah tersebut berada dalam zon Jerman.

Kesilapan ini telah mengundang Operasi Barbarossa yang selaras dengan matlamat akhir Lebensraum. Seramai 3.8 juta anggota dihantar dengan ribuan kereta kebal dan pesawat di belakang Walther von Brauchitsch.

Struktur binaan Soviet memberikan keutamaan besar kepada Jerman. Sementara industri pertahanan dibangunkan di kawasan-kawasan selamat seperti Tengah Rusia, bakul makanan negara Soviet berada di sebelah barat. Tanah Ukraine telah lama dianggap sebagai antara paling subur di dunia.

Maka kedatangan Jerman di Belarus dan Ukraine telah memberikan tamparan hebat kepada jaminan makanan Soviet. Heinrich Himmler yang menguasai

Skuadron Perlindungan (SS) ialah instrumen Jerman paling ampuh semasa Operasi Barbarossa dilaksanakan. Dan Himmler mempunyai seorang anak kelahiran Rusia yang tepu dengan ideology Jermanisasi.

Herbert Backe dibawa ke Jerman semasa pemerintahan Vladimir Lenin dan mendapat kelulusan pertanian di Universiti Göttingen.

Sementara ilmu pertanian mengeluarkan makanan demi menjaga perut sejagat, Backe mempunyai langkah sebaliknya. Beliau membuat perancangan begitu jahat untuk menggunakan makanan sebagai senj4ta.

Der Hungerplan (Rancangan Kelaparan) dibina oleh Backe yang mendapat persetujuan Himmler. Backe melihat bahawa tidak perlu bagi Jerman untuk mengusahakan makanan demi angkatannya dalam Operasi Barbarossa.

Tetapi memandangkan mereka mendapat lembah subur, Backe ingin menjarah makanan di kawasan Soviet untuk mencapai dua matlamat:

  1. Mengenyangkan perut tentera Nazi.
  2. Mencetuskan ketidakstabilan dengan mengurangkan makanan bagi Soviet.

Ukraine ialah raga roti bagi Soviet. Dan Jerman ingin merangkul Ukraine supaya tiada siapa boleh membuatkan Jerman kebulur sepertimana dibuat dalam P3r4ng Dunia Pertama.

Jadi apabila Jerman merampas makanan yang sepatutnya bergerak ke Moscow dan Leningrad, mereka sedang mencapai matlamat diimpikan.

Tetapi jutaan rakyat di Ukraine terutamanya telah m4ti oleh kerana kelaparan melampau. Golongan Slavik dan Yahudi yang dinamakan “tukang habis beras” (senang kata) dikerjakan sampai lumat.

Dengan adanya Wehrmacht, rampasan makanan mudah dilaksanakan. Dijangkakan bahawa 20-30 juta rakyat Rusia sentiasa dalam kelaparan akibat penj4rahan ini (Tooze, 2007). Angka kem4tian dek kebuluran yang melibatkan pelbagai bangsa seperti Slavik, Yahudi, Gipsy mencecah sehingga 4 juta nyawa.

Setiap masa Jerman bersidang bagaimana untuk memantapkan lagi der Hungerplan. 20-30 juta yang kebuluran pula tersebut diharapkan berhijrah ke Siberia, sekaligus mengosongkan tanah-tanah di sana supaya Generalplan Ost dapat dikuatkuasakan, dan tanah tu dihuni oleh Bangsa Aryan Nazi yang lebih mulia.

Namun ketiadaan buruh berpengalaman telah mengurangkan keupayaan tanah untuk mengeluarkan hasil. Kekurangan makanan juga menghukum rakyat tempatan kerana kuota catuan mereka yang dikurangkan dulu.

Dan memang benar itulah dicapai Jerman kerana 4.2 juta rakyat Soviet yang terdedah dulu (Snyder, 2010). Bangsa Yahudi merupakan yang paling dihukum atas kebencian anti-Semitisme Jerman.

Mereka siap diharamkan daripada membeli telur, mentega, susu dan roti (Tooze, 2007). Malah pengurusan Backe menetapkan bahawa Yahudi tidak boleh dapat lebih daripada 420 kalori sehari (keperluan semulajadi 1,600-3,000 kalori sehari).

RUJUKAN:

Snyder, T. (2010). Bloodlands: Europe between (ditapiskan) and Stalin. Basic Books. Pp 411.

Tooze, A. (2007). The Wages of  (ditapiskan), Viking. ISBN 0-670-03826-1. pp. 476-485 & 482-483.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.