Tak pernah lagi Hong Kong jadi macam ni sejak kembali ke pangkuan China pada tahun 1997.

Trigger kepada demonstrasi besar-besaran kali ni yang melibatkan hampir sejuta orang (populasi Hong Kong 7 juta, jadi 1/7 orang terlibat) ialah undang-undang “Fugitive Offenders and Mutual Legal Assistance in Criminal Matters Legislation (Amendment) Bill 2019” yang dijadualkan untuk dibahaskan dalam dewan perundangan pada hari ni.

Tujuan undang-undang ni adalah untuk membolehkan pesalah politik China diserahkan balik (extradition) ke China kalau berada di Hong Kong. Orang Hong Kong anggap ini seolah-olah membolehkan autoriti China menembusi Hong Kong, melanggar kebebasan sivil dan autonomi Hong Kong. Sebab tu orang Hong Kong berdemo dengan block kawasan kemasukan dewan perundangan, menyebabkan rang undang-undang tu tersebut tak dapat diluluskan.

Hong Kong pada asalnya ialah sebuah jajahan (“crown colony”) British yang terbentuk selepas British menggabungkan Hong Kong Island, Kowloon dan New Territories. Ketiga-tiga kawasan ni memang asal China punya: Hong Kong Island diserah kepada British selepas China kalah Perang Candu Pertama (tahun 1842), Kowloon diserah selepas kalah Perang Candu Kedua (1860). New Territories pula, disewakan untuk tempoh 99 tahun pada tahun 1898.

Dari sebuah kampung perikanan, British membangunkan Hong Kong jadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa. Walaupun British ada banyak kepentingan di Hong Kong, tapi British masih memuliakan perjanjian untuk memulangkan New Territories pada tahun 1997 (cukup 99 tahun).

Tapi China pada waktu tu tuntut Hong Kong Island dan Kowloon sekali. Kalau tahun 1842 boleh lah British nak perang dengan China. Tapi now no play play. Jadi pada tahun 1982, Margaret Thatcher bersetuju untuk menyerahkan kembali seluruh Hong Kong kepada China pada tahun 1997.

Sampai sekarang orang Hong Kong masih marah Thatcher, anggap dia mengkhianati orang Hong Kong. Sebab orang Hong Kong dah biasa hidup di bawah pemerintahan British yang ada “rule of law” dan “freedom of speech” semua tu, jadi mereka takut lah dengan China yang komunis. Menjelang tahun 1997, berbondong-bondong orang Hong Kong tinggalkan kampung mereka, pergi ke Canada atau US. Lebih-lebih lagi selepas Peristiwa 4 Jun 1989, lagi lah fobia dengan China.

Jadi pemimpin China pada waktu tu, Deng Xiaoping menjanjikan “one country, two systems”. Maksudnya Hong Kong ada autonomi, ada sistem sendiri. Sebab tu Hong Kong dikenali sebagai “Special Administrative Region” (SAR). Ada undang-undang sendiri. Pakai bahasa yang beza (Kantonis). Pakai matawang berbeza (Hong Kong Dollar). Ada kebebasan media.

Tapi kalau lihat pada tren 20 tahun yang ke belakang, orang Hong Kong anggap China banyak ganggu kebebasan mereka. Bukan itu saja, integrasi budaya Hong Kong dengan China juga buat orang Hong Kong tak berapa selesa. Kena pakai Mandarin. Kena pakai tulisan “simplified”.

Orang Hong Kong sebagai produk budaya British, sedikit sebanyak ada sifat “superiority” dan memandang rendah kepada China. Waktu Hong Kong jadi “Asia’s Tiger” pada 1980-an, China baru nak up. Jadi apabila ekonomi dan budaya China semakin dominan berbanding Hong Kong, diorang rasa tercabar. Demonstrasi menjadi satu cara untuk bagitau satu dunia bahawa Hong Kong ada identiti tersendiri, dan tak rela tenggelam dalam hegemoni politik, ekonomi dan budaya China. Dan untuk demonstrate bahawa “value system” Hong Kong (civic freedom, rule of law) lebih superior berbanding China.

Walaupun media cenderung untuk melaporkan ia sebagai pertarungan antara “kebebasan” dan “authoritarianisme”, tapi dari sudut pandang sains politik yang objektif, ia sebenarnya lebih kepada “clash of identity”, atau apa yang Francis Fukuyama gelar sebagai “struggle for recognition”. Perkara ni paling kerap berlaku di dalam negara yang berbilang budaya, etnik dan “region”, dan sering menjadi punca perpecahan sesebuah negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.