Kerajaan (‘eksekutif’) dibentuk daripada parti atau gabungan parti (coalition) yang ada majoriti di badan perundangan (‘legislatif’). Kerajaan berubah apabila coalition di legislatif (parlimen) berubah.

Sebab tu kita tengok PM di Jepun dan Itali asyik bertukar-tukar. Dari tahun 2000-2020 Jepun ada 10 PM. Itali pun sama, ada 9 PM dalam masa 20 tahun. Secara purata seorang boleh bertahan 2 tahun saja.

Australia pernah ada “The Year of Three Prime Ministers” pada tahun 2013. Mula2 Julia Gillard disingkirkan sebagai ketua parti Labor, jawatan PM diganti oleh Kevin Rudd. Pastu tak sampai 3 bulan, Labor kalah PRU, Rudd diganti oleh Tony Abbott dari parti Liberal.

Kerajaan di negara-negara demokrasi berpresiden (presidential democracy) pula lebih stabil sebab mengamalkan pengasingan kuasa (separation of powers) yang tulen: eksekutif, legislatif dan judisiari (badan kehakiman) masing-masing terdiri daripada orang yang berbeza.

Di US, komposisi ahli Kongres (macam Parlimen kita) tak menentukan siapa kerajaan. Ketua eksekutif (presiden) dipilih menerusi pemilihan presiden yang berasingan daripada pemilihan wakil rakyat. Kat Indonesia, Filipina, Korea pun sama.

Tengok betapa banyak kotak kena tick.

Katakan Republican menang pemilihan presiden tapi Democrat menang pemilihan wakil rakyat di House of Representatives (dewan bawah Kongres) dan Republican menang pemilihan wakil rakyat di Senate (dewan atas Kongres). Tak ada masalah, kerajaan masih boleh dibentuk bawah presiden.

Selalunya presiden boleh bertahan sampai habis penggal, kecuali kena impeachment. Dan presiden boleh lantik sesiapa saja jadi menteri, tak perlu (dan memang tak boleh) lantik orang dari kalangan wakil rakyat.

Sebab tu US boleh bentuk kerajaan ‘the best and the brightest’. Jawatan menteri sains bagi dekat profesor sains yang dapat Hadiah Nobel, menteri luar bagi kat profesor hubungan antarabangsa, menteri pertahanan bagi kat jeneral 5-star. Macam mana negara tak kuat.

Nak lantik orang politik pun boleh, untuk tujuan ‘reconciliation’. Macam Jokowi lantik Prabowo yang lawan dia dalam pemilihan presiden jadi menteri, jadi penyokong Jokowi dan Prabowo masing-masing tak perlu bergaduh.

Tapi sistem berpresiden pun ada masalahnya juga. Sebab kalau presiden dan kabinet nak buat undang-undang baharu, dia akan mengalami masalah kalau majoriti badan perundangan dikuasai oleh parti lawan.

Trump seorang Republican, so apabila Democrat dapat majoriti di Kongres dalam pemilihan Kongres tahun 2018, Trump tak dapat nak luluskan undang-undang. Cadangan bajet ditolak. Tu yang jadi ‘government shutdown’ sebab tak ada bajet nak bayar gaji kakitangan kerajaan.

Benda macam tu tak berlaku di negara demokrasi berparlimen sebab usul kerajaan mesti akan lulus sebab kerajaan memegang majoriti badan perundangan.

Sistem berpresiden juga lebih mudah melahirkan diktator.

Negara berwarna biru dalam peta ni mengamalkan sistem berpresiden.

Sebab tu kita selalu dengar kes diktator di Amerika Latin & Afrika. Presiden terlalu berkuasa, & terlalu sedikit mekanisme untuk mengimbangi kuasanya.

Kalau dalam demokrasi berparlimen, ketua eksekutif boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya atau desak bubar parlimen. Jadi ia lebih menjamin demokrasi.

Tak ada sistem yang sempurna. Tak perlu runsing pasal suasana politik yang berubah-ubah. Politik memang sifatnya macam tu. Inilah ‘new normal’ yang kita perlu hadap kalau memilih demokrasi.

Benda-benda ni aku akan terangkan dalam buku ‘Politik Untuk Pemuda’ nanti.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.