Di Nigeria, sejak Januari hingga Jun 2020, sebanyak lebih seribu kes disahkan dan sekitar 5000 kes disyaki. Separuh tahun 2020 sahaja, sebanyak 121 kem4t1an telah direkodkan.

Itu baru di Nigeria, negara berjiran seperti Sierra Leone, Liberia, Guinea iaitu kawasan Afrika Barat turut terkena tempias.

Sejak tahun 1952 hingga 2020, dianggarkan kes jangk1tan demam Lassa setahun ialah sekitar 100 ribu ke 300 ribu dan sebanyak 5000 kem4t1an setahun. Di beberapa kawasan di Sierra Leone dan Liberia, direkodkan bahawa 10-16% orang dimasukkan ke hospital setiap tahun menghidap jangk1tan demam Lassa.

Demam Lassa adalah peny4k1t v1rus akut yang ditularkan melalui haiwan, atau zoonosis. Penularan v1rus Lassa kepada manusia paling sering terjadi melalui tertelan (ingest) atau terhidu (inhalation). v1rus yang terkandung dalam  air kencing dan najis tikus terkena pada sesuatu kemudian disentuh oleh manusia, terkena pada lvka terbuka. Menyentuh bangkai tikus juga boleh menyebarkan jangkitan.

Jangk1tan juga boleh berlaku apabila sesorang menyedut zarah-zarah di udara yang tercemar dengan kandungan v1rus daripada air kencing dan najis tikus yang dijangk1ti.

Jangk1tan daripada manusia kepada manusia tidak berlaku dengan hanya hubungan kasual. Namun, ianya boleh berjangkit jika terdedah kepada v1rus dalam d4r4h, tisu badan, rembesan tubuh, atau sisa perkumuhan orang yang dijangk1ti. Cara lain jangk1tan ialah perkongsian jarum suntikan.

Roden Mastomys natalensis

Haiwan perumah v1rus Lassa adalah tikus yang dikenal sebagai “tikus multimammate” (Mastomys natalensis). Setelah dijangk1ti, tikus ini akan mengeluarkan v1rus dalam air kencing atau najis untuk jangka masa yang panjang, mungkin sepanjang hayatnya.

Tikus mastomys berkembang biak dengan kerap, membiak dengan banyak, dan terdapat di savana dan hutan Afrika barat, tengah, dan timur. Di samping itu, Mastomys selalu berada dekat dengan rumah manusia dan kawasan tempat makanan disimpan. Semua faktor ini menyumbang kepada penyebaran v1rus Lassa  dengan pantas dari tikus yang dijangk1ti kepada manusia.

Sejarah jangk1tan

Jangk1tan v1rus ini dikesan pada tahun 1969. Dinamakan sempena nama tempat kes pertama dikesan iaitu sebuah bandar di Nigeria.

Namun, berdasarkan satu laporan siasatan kes, kes jangk1tan v1rus ini sudah dikesan sejak tahun awal 1940.  Seramai tiga orang telah dijangk1ti v1rus ini di Nigeria, termasuk kes pertama yang diketahui umum iaitu kes tahun 1969.

  1. Lily (Penny) Pinneo. Kes pertama v1rus Lassa yang didokumenkan dan kes pengasingan pertama pada tahun 1969. Bekerja sebagai jururawat di Jos Mission Hospital di Jos, Nigeria. Dia sembuh daripada jangk1tan, terus bekerja sebagai jururawat dan bekerjasama dalam penyelidikan v1rus ini. Men1nggal dunia pada tahun 2012, semasa berumur 95 tahun.
  2. Harry Elyea, seorang jururawat dan mubaligh di Nigeria pada tahun 1945-1968. Dia dikesan menghidap jangk1tan pada tahun 1972. Namun, dia dilaporkan mengalami simptom jangk1tan v1rus ini secara berterusan sejak tahun 1952 lagi.
  3. Hal White, seorang doktor di Jos Mission Hospital pada tahun 1968 hingga 1975. Dia banyak terlibat dengan kes jangk1tan v1rus ini menjadikan dia berisiko berjangkit. Dia menafikan menghidap penyak1t itu namun mempunyai simptom penyak1t demam denggi semasa dia berada di Afrika.

4.  Ms. Lily dikejarkan ke Amerika Syarikat selepas terkena jangk1tan v1rus ini. Selepas                sembuh, dia kembali ke Nigeria dengan serum buatan sendiri untuk merawat rakan                sekerjanya iaitu Dr. Jeanette Troup. Namun, dia hanya sampai ke Nigeria selepas                       sepuluh hari rakannya itu meninggal dunia.

Simptom jangk1tan v1rus Lassa.

Pesak1t yang dijangk1ti biasanya mengalami demam selepas 1-3 dijangk1ti. Namun, sebahagian besar iaitu 80 peratus kes mengalami gejala ringan dan tidak didiagnosis. Gejala ringan termasuk demam ringan, kelainan umum dan kelemahan, dan s4k1t kepala.

Walau bagaimanapun, dalam 20% individu yang dijangk1ti, penyak1t boleh berkembang menjadi gejala yang lebih serius termasuk pend4r4han (pada gusi, mata, atau hidung, sebagai contoh), gangguan pernafasan, muntah berulang, pembengk4kan muka, sak1t di dada, belakang, dan perut.

Masalah neurologi juga telah dijelaskan, termasuk gangguan pendengaran, gegaran, dan ensefalitis (ker4dangan pada otak). Kem4t1an mungkin boleh berlaku dalam masa dua minggu setelah timbulnya gejala kerana kegagalan pelbagai organ.

Komplikasi demam Lassa yang paling biasa adalah pekak (deafness). Pelbagai tahap hilang pendengaran berlaku pada kira-kira satu pertiga daripada kes jangk1tan, dan dalam banyak kes kehilangan pendengaran adalah kekal.

Akan tetapi, kep4r4han pesak1t tidak mempengaruhi komplikasi ini. Keadaan ini boleh terjadi pada pesak1t dengan keadaan ringan dan juga pada kes-kes yang tervk

Sehingga hari ini, masih tiada vaksin untuk penyak1t ini. Cara paling efektif untuk mengawal penularan ialah membersihkan kawasan rumah supaya tiada pembiakan tikus. Amalan hiegene yang baik iaitu mencuci tangan sebelum makan juga boleh mengelakkan v1rus masuk dalam tubuh, selepas  sentuhan bahan tercemar secara tidak sengaja.  Kemat1an juga boleh dielakkan sekiranya penyak1t ini dikesan lebih awal.

RUJUKAN:

  1. Bond, N., Schieffelin, J. S., Moses, L. M., Bennett, A. J., & Bausch, D. G. (2013). A historical sslook at the first reported cases of Lassa fever: IgG antibodies 40 years after acute infect1on. The American journal of tropical medicine and hygiene88(2), 241–244. https://doi.org/10.4269/ajtmh.2012.12-0466
  2. Lassa Fever, Centers for D1sease Control and Prevention Website.
    https://www.cdc.gov/vhf/lassa/index.html
  3. White HA. Lassa fever. A study of 23 hospital cases. Trans R Soc Trop Med Hyg. 1972;66:390–401.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.