Menurut United Nations (UN), dekad (10 tahun) terkini merupakan dekad terpanas yang pernah direkodkan dalam sejarah. Menurut World Meterological Organization (WMO) menyatakan suhu global setakat ini telah meningkat 1.1 darjah Celsius sejak zaman pra-industri (1850 – 1900). Hal itu telah meletakkan 2019 sebagai antara tahun (top 3) paling hangat yang pernah direkodkan. Penyebaran karbon dioksida hasil daripada pembakaran manusia, membina bangunan dan penggunaan kenderaan telah menjadikan 2019 memecahkan rekod kepekatan karbon di atmosfera yang terus meningkatkan pemanasan global.

Laut yang menyerap 90% haba berlebihan yang dihasilkan oleh gas rumah hijau telah berada pada suhunya yang tertinggi. Lautan dunia kini sebahagiannya lebih berasid berbanding 150 tahun yang lalu. Hal ini telah mengancam ekosistem marin terpenting yang mana berbilion manusia bergantung kepadanya.

Pada bulan Oktober, purata paras air laut direkodkan berada pada paras tertinggi, disumbang oleh 329 bilion tan ais yang cair dari Greenland dalam tempoh 12 bulan.

Selain daripada fenomena perubahan iklim (climate change) yang perlu dihadapi oleh generasi masa hadapan, mereka juga perlu menghadapi kesan daripada fenomena tersebut ke atas manusia. Menurut laporan, lebih daripada 10 juta manusia telah pun dipindahkan ketika separuh tahun pertama 2019 – 7 juta disebabkan oleh cauca yang ekstrim seperti ribut, banjir dan kemarau. Ketika penghujung tahun, WMO menyatakan pemindahan berlaku disebabkan oleh cuaca yang ekstrim dapat mencecah seramai 22 juta orang.

Suhu baru sahaja meningkat sebanyak 1 darjah Celsius sejak zaman pra-industri, 2019 telah menghadapi gelombang haba yang membawa maut di Eropah, Australia dan Jepun. Ribut melanda telah memberikan malapetaka kepada tenggara Afrika. Api liar berada di luar kawalan di Australia dan California.

UN pada masa ini sedang memuktamadkan peraturan untuk perjanjian iklim Paris pada tahun 2015 yang meminta setiap negara untuk membataskan  peningkatan suhu global di bawah 2 darjah Celsius. Pada tahun lepas, IPCC telah menggariskan betapa pentingnya untuk manusia memastikan bahawa suhu berada di bawah peningkatan suhu sebanyak 2 darjah Celsius dengan menghapuskan penyebaran gas rumah hijau serta ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy). UN menyatakan dunia perlu memotong penyebaran karbon sebanyak 7.6% setiap tahun sehingga tahun 2030 untuk memastikan suhu tidak lebih daripada peningkatan sebanyak 1.5 darjah Celsius.

RUJUKAN:

It’s Official: This Is The Hottest Decade in Recorded History, UN Warns. https://www.sciencealert.com/2010s-hottest-decade-in-recorded-history-un-says-as-emissions-rise-again

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.