Debat Elon Musk Vs Jack Ma

2,721

Jack Ma — idealistik, optimistik dan hujahnya hanya berasaskan semangat dan ucapan motivasi.

Elon Musk — realistik dan praktikal. Hujah berasaskan fakta, kajian dan logik. Dua-dua orang kaya, tetapi mempunyai otak yang berbeza.

Disebabkan perbahasan ini bertemakan teknologi, hujah Jack Ma nampak kelakar sebab dia bukan orang teknologi. Apa yang dia cakap mengenai teknologi, terutamanya A.I. semuanya hanya berasaskan kata-kata motivasi yang tidak mempunyai asas kukuh.

Paling teruk sekali apabila Jack Ma penuh yakin menyatakan bahawa 99.99% ramalan yang pernah dibuat oleh manusia sepanjang sejarah adalah salah. Segala yang terjadi dalam dunia hanyalah berlaku sebab ‘accident’ dan ‘luck’. Dia turut menyatakan statistik yang berasaskan kajian pun salah

Dalam perbahasan ini, mereka berdebat tentang 5 topik — A.I., Penerokaan ke Marikh, Pendidikan, Pekerjaan dan Populasi

1. A.I.

Kalau berkenaan A.I., hujah Musk sangat kuat. Bagi Musk, A.I. lebih bijak daripada manusia. Bagi Ma pula, manusia lebih bijak. Kenapa? Kerana manusia ada pengalaman dan manusia cukup bijak untuk belajar sesuatu.

Musk menjelaskan kronologi bagaimana banyak juara catur dunia yang tewas dengan komputer. Malah, banyak pertandingan lain seperti poker, bahasa, corak data dalam statistik, dll yang mana komputer dapat menewaskan manusia
https://www.techworld.com/picture-gallery/data/six-times-ai-has-beaten-humans-in-competitions-3636755/

Jack Ma tidak tahu bahawa komputer itu semua juga ada program pengalaman manusia. Malah ada juga komputer yang tiada program pengalaman tetapi ia mampu belajar sendiri. Malah, komputer dapat belajar dalam waktu yang sangat singkat berbanding manusia.
https://www.theguardian.com/technology/2017/dec/07/alphazero-google-deepmind-ai-beats-champion-program-teaching-itself-to-play-four-hours

Selain itu, Ma menyatakan manusia mempunyai hati yang komputer tiada. Tuntas, manusia lebih hebat. Orang macam dia, menurut Ma, adalah ‘street smart’, dia tak takut dengan kemampuan A.I.

Anda akan nampak Jack Ma banyak menyentuh hal-hal berbentuk motivasi seperti hati manusia dan ‘street smart’ sambil sinis dengan melabel ‘college smart’ yang penakut. Kalau anda perhatikan perkataannya ini, Ma langsung tidak mempunyai butiran bagaimana manusia itu berkemampuan dari A.I.

Apabila Musk tanya apa kemampuan manusia yang boleh mengatasi komputer, Ma jawab manusia dapat mencipta komputer yang lebih baik. Dia tidak tahu A.I. dapat mencipta komputer yang lebih baik daripada manusia.

https://futurism.com/google-artificial-intelligence-built-ai

Dalam topik A.I., Ma memang kena lanyak habis.

2. Penerokaan ke Marikh.

Jack Ma tidak mempunyai aspirasi untuk ke Marikh, tetapi dia sangat menyanjungi orang yang mahu ke sana. Bagi dia, kenapa perlu ke Marikh? Lebih baik selesaikan masalah yang ada di Bumi.

Elon Musk menjawab, dia memang ‘Pro-Earth’ sebab itu dia cipta banyak teknologi untuk kekalkan Bumi dalam keadaan baik seperti kereta elektrik, tenaga solar, dsb.

https://www.cbinsights.com/research/report/elon-musk-companies-disruption/

Penerokaan angkasa dan ke Marikh hanyalah persediaan dan kita hanya menggunakan tidak sampai 1% kekayaan manusia, selebihnya untuk urusan di Bumi.
http://curious.astro.cornell.edu/about-us/150-people-in-astronomy/space-exploration-and-astronauts/general-questions/921-how-much-money-is-spent-on-space-exploration-intermediate

Ironi, tuntutan Jack Ma untuk selesaikan pelbagai masalah di Bumi, Musk lebih banyak kerja ke arah itu berbanding Ma yang hanya berniaga. Walau bagaimanapun, menurut Musk, niat kita bagus untuk kekalkan Bumi tetapi tetap ada perbuatan kita yang buatkan Bumi semakin rosak.

https://sciencing.com/humans-disrupt-ecosystem-5968.html

3. Pendidikan

Bab pendidikan ini, mereka tidak bercanggah pendapat. Bagi Jack Ma, pendidikan perlu berubah daripada menyediakan graduan untuk industri semata-mata, kita patut menyediakan pendidikan untuk bangunkan kemanusiaan dan jiwa untuk manusia.

Elon Musk pula menyatakan di masa depan mungkin manusia belajar hanya melalui penghantaran maklumat ke dalam otak seperti mana komputer menerima maklumat dari internet.

https://www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080416220639.htm

4. Pekerjaan

Dalam hal ini, Jack Ma menyatakan tak perlu bimbang tentang pekerjaan. Kita tetap akan ada pekerjaan walaupun A.I. semakin menguasai. Tapi Jack Ma tak beritahu contoh pekerjaan. Dia cuma beritahu manusia ada kreativiti yang A.I. tak ada.

Sedangkan, sudah sedia banyak laporan bahawa A.I. turut mempunyai kreativiti. Elon Musk pula agak pesimis. Mungkin akan ada pekerjaan di masa depan tapi dia tidak pasti apa dia. Mungkin pekerjaan yang melibatkan aktiviti interaksi sesama manusia.

http://www.ibm.com/watson/advantage-reports/future-of-artificial-intelligence/ai-creativity.html

Kalau anda baca beberapa laporan dan kajian, apa yang Musk sebutkan merupakan salah satu ciri pekerjaan yang meluas di masa depan. Ahli terapi dan ahli kaunseling adalah antaranya.

https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/the-fourth-industrial-revolution-ir-4.0-and-what-it-means-for-students-like-you

Jack Ma akui juga bahawa mesin akan ambil banyak pekerjaan manusia. Maka, dengan hal ini, manusia dapat kurangkan masa bekerja dan tumpukan lebih banyak masa untuk diri mereka. Membangunkan jiwa dan kemanusiaan.

Ma usulkan kerja hanya bekerja 3 hari sahaja dalam seminggu. Hal ini sebenarnya agak bercanggah dengan idea budaya kerja yang dia pernah usulkan sebelum ini iaitu bekerja 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Agak bertentangan dengan budaya kerja Barat.

https://www.bbc.com/news/business-47934513

Kesimpulannya; Persidangan ini bertemakan teknologi. Sudah tentulah Jack Ma tidak mampu menandingi pengetahuan Elon Musk yang merupakan orang teknologi. Ucapan Jack Ma lebih lancar dan sedap didengari. Elon Musk agak gagap. Memang Musk tidak pandai sangat cakap depan umum.

Menurut sesetengah orang, Musk jadi begitu kerana terkejut dengan hujah-hujah Jack Ma. Pada saya, Jack Ma tidak patut menerima pelawaan untuk berbahas tentang perkara ini sebab teknologi bukan latar belakangnya. Ma belajar bahasa Inggeris di universiti. Musk pula belajar fizik dan perniagaan. Musk pun telah menerbitkan kertas saintifik.

Walau bagaimanapun, ada juga pandangan Jack Ma dalam perbahasan ini yang masih boleh diterima terutamanya dalam isu pendidikan. Dia memang sangat tekankan pendidikan dalam ucapannya. Ada juga cadangannya mengenai pekerjaan di masa hadapan yang bagus untuk dilaksanakan.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.