Sebut saja raja pecut acara lumba lari, nama-nama seperti Usain Bolt, Justin Gatlin dan Asafa Powell pasti meniti di bibir kita. Bagi yang sudah mengenali pelari pecut hebat seperti Watson Nyambek, Nazmizan Mohamad dan Khairul Hafiz Jantan.

Namun kita tidak sedar ada seorang legenda Olimpik yang pernah beraksi untuk negara pada tahun 60-an dalam acara berkenaan. Orang itu ialah Mejar Jeneral (B) Datuk Shahrudin Mohd Ali.Mungkin ada menggaru kepala kerana tidak mengetahui kehebatan susuk tubuh berusia 80 tahun ini.

Bahkan, beliau sendiri mengakui bila bercerita kisahnya beraksi di Sukan Olimpik 1960 (Rom, Itali) dan Sukan Olimpik 1964 (Tokyo, Jepun) kepada 23 cucunya, mereka hanya mampu ketawa dan tidak percaya kisah yang dibawanya.

Hakikatnya, Datuk Shahrudin sememangnya atlet hebat pada zaman mudanya dan pernah mewakili negara untuk acara 100 meter dan 200 meter dalam dua temasya sukan berkenaan. Selain dikenali sebagai seorang atlet, beliau juga merupakan seorang juruterbang t3nt3ra yang hebat dan pernah berpeluang menerbangkan pesawat seperti pesawat supersonik F-5 dan jet pejuang F-86 Sabre.

Dalam satu temubual bersama Free Malaysia Today, Datuk Shahrudin berkata, “Mengharungi kehidupan yang susah dan bersedia bekerja dari bawah untuk berjaya mengajar anda untuk menghargai semua perkara dalam kehidupan dan bersikap rendah diri.”

Penglibatan beliau dalam dunia sukan bermula semasa di Tingkatan Enam Rendah di Kolej T3nt3ra Diraja selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Tinggi Melaka.Aktiviti perekrutan t3nt3ra menyaksikan Datuk Shahrudin terpilih sebagai sebahagian daripada tiga orang yang perlu menghadiri ujian aptitud di Singapura.

Walaupun berjaya melepasi ujian tersebut dengan baik, beliau pada awalnya tidak berminat menyertai T3nt3ra Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana lebih suka menjadi seorang peladang.

Bagaimanapun, selepas diminta mempertimbangkan semula keputusan oleh komandannya, Datuk Shahrudin menyertai TUDM sebagai pegawai kadet pada usia 20 tahun. Dalam tempoh 13 tahun seterusnya, beliau kemudian dilantik sebagai komander markas TUDM sebelum bergelar timbalan ketua TUDM sembilan tahun kemudian.

Penglibatan Datuk Shahrudin bermula apabila latihan keras di KTD mendorongnya menyertai acara olahraga, hoki dan tinju. Beliau bernasib baik kerana mendapat bimbingan ramai jurulatih yang baik semasa di KTD.

Tambahnya, “Saya beruntung kerana mempunyai jurulatih yang baik seperti pegawai waran Mr Stavely dan guru pendidikan jasmani Mr Nichols. Operator kantin Mr Lim turut memberi saya tambahan makanan agar saya kekal cergas.”Pengaruh gurunya dapat dilihat dengan jelas semasa penyertaan awalnya di Sukan Olimpik 1960

Sebelum berangkat ke Rom, Datuk Shahrudin pada awalnya akan memakai kasut pepaku yang dibuat oleh tukang kasut kolejnya dan direka oleh Nichols. Tambahnya, kasut tersebut membantunya mencatat masa 10.6 saat semasa di atas padang sebelum diberi kasut sebenar pada hari pemergiannya.

Pencapaian Datuk Shahrudin dalam acara olahraga sememangnya amat membanggakan. Selain pernah bertanding sebanyak dua kali di Sukan Olimpik, beliau juga pernah memenangi pingat perak untuk acara 100 meter dan 200 meter untuk Sukan SEAP pertama di Bangkok, Thailand (1959) dan pingat perak untuk Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia.

Datuk Shahrudin juga pernah diberi penghormatan sebagai pembawa panji negara pada Sukan Olimpik 1964 dan menyalakan obor Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur bersama bintang badminton negara Sylvia Ng. Sehingga hari ini, rekod 21.6 saat dalam acara 200 meter masih belum dapat dipecahkan oleh mana-mana atlet Angkatan T3nt3ra Malaysia.

Selain olahraga, beliau juga pernah berkecimpung dalam sukan ragbi dan pernah beraksi selama 25 tahun untuk Blackhawks TUDM.  Berikutan latar belakangnya dalam sukan ragbi, tidak hairanlah mengapa Datuk Shahrudin juga pernah dipilih sebagai naib presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Pada tahun 70-an, beliau juga pernah melibatkan diri dalam acara silat lincah.Bila ditanya tentang perihal atlet sukan hari ini, Datuk Shahrudin menyifatkan dengan pelbagai bentuk bantuan termasuk insentif kewangan dan jurulatih asing, itu sepatutnya membantu mereka melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, atlet kebangsaan bukan saja perlu kelihatan tinggi dan tegap secara fizikal tetapi kuat bila beraksi di arena antarabangsa. Beliau juga menegaskan pendidikan dan sukan harus dijalankan secara seiring seperti dilakukan jurulatih Amerika Syarikat.

Di negara Uncle Sam itu, jurulatih bukan sekadar jurulatih di padang latihan tetapi turut berperanan sebagai pendidik agar atlet yang dilatih berjaya dalam kedua-dua lapangan.
Tambahnya lagi, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) boleh membantu dalam hal ini dengan tambahan bantuan daripada pihak kerajaan.

Bila ditanya mengapa beliau tidak melibatkan diri dalam olahraga selepas bersara, Datuk Shahrudin memberitahu beliau dinafikan berbuat demikian. Kegagalan tersebut berlaku kerana pada ketika itu, ATM bukan sebahagian daripada ahli Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sehingga tahun 1983.

“Saya cuba menyertai persatuan negeri tetapi mereka merupakan kumpulan yang rapat dan tidak bersedia menerima sesiapa dari luar lingkaran mereka. Saya cuba juga menceburi dunia politik tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab sama,” ujarnya.

Hari ini, beliau lebih dikenali dalam dunia hartanah dan menjadi pengarah dalam beberapa buah syarikat.

RUJUKAN:

Sumber
Mariadass, T. (2020). Fighter pilot and double Olympian who took nation sky high. Free Malaysia Today. Dipetik daripada https://www.freemalaysiatoday.com/…/fighter-pilot-and…/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.