Apabila berlakunya pertukaran kerajaan semasa wabak Covid melanda, beliau tidak menunggu masa yang yang lama untuk bertindak. Sesuai dengan sifat kepimpinannya yang diwarisi oleh leluhur beliau.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukan nama asing dalam arena politik negara dan sepanjang hampir tiga dekad. Beliau merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan cicit kepada Datuk Jaafar Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah St John’s Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Cheltenham Boys College di United Kingdom. Selepas tamat pengajian graduan Undang-undang dari University of Wales, United Kingdom dan London School of Economics, United Kingdom itu memulakan karier pertamanya sebagai peguam dan bekerja di  dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co dan kemudian beliau menubuhkan sebuah firma yang dikenali sebagai Lee, Hishamuddin & Co.

Perjalanan politiknya bermula dengan menyertai UMNO cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989 sebaik tamat pengajian dan karier beliau dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan bermula pada 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Datuk Seri Hishammuddin kemudian dilantik menjadi Menteri penuh, iaitu Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 1999. Beliau menyambung kejayaan program Rakan Muda apabila beliau dilantik menjadi menteri tersebut. Pada tahun 2001, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2001 dan telah menjadi juara keseluruhan. Beliau juga berjaya memyediakan platform kepada atlit untuk memberikan persembahan terbaik di peringkat antarabangsa. Hasilnya, Malaysia berjaya mencatatkan keputusan terbaik semasa Sukan Asia 2002 dan mengulangi kejayaan semasa Sukan Komanwel 2002.

Pada 2004, Datuk Seri Hishammuddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Semasa menjawat jawatan jawatan itu, beliau telah melakukan pelbagai transformasi. Antaranya, beliau telah memperkasakan sekolah agama di dalam pendidikan negara.

Selain itu, beliau juga telah mengembangkan Maktab Pengajian Guru dan menaiktaraf maktab tersebut kepada Institusi Pendidikan Guru. Beliau juga telah melakukan transormasi di dalam Sijil Pelajaran Malaysia agar para pelajar tidak belajar hanya sekadar untuk mendapatkan A semata-mata.  Datuk Seri Hishammuddin juga turut memulakan langkah untuk memansuhkan PPSMI bagi memartabatkan Bahasa Melayu di dalam pendidikan.

Apabila Datuk Seri Najib dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.

Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah. Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun. Datuk Seri Hishammuddin juga turut berjaya membanteras s3rangan kaum Sulu terhadap Sabah ketika 1nsiden Lahad Datu pada 2013.

Selepas PRU ke 13, Datuk Seri Hishammuddin ditukarkan ke Kementerian Pertahanan. Pada fasa ini, boleh dikatakan sebagai kemuncak kejayaan sepanjang karier politik beliau. Ketika insiden MH370 dan MH17 melanda, Datuk Seri Hishamuddin telah berjaya mengawal keadaan dan memberikan bantuan yang tidak berbelah bahagi.

Melalui usaha beliau, hubungan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat dengan Malaysia bertambah kukuh. Ini ditambah lagi apabila kejayaan Kementerian Pertahanan melakukan operasi SAR bagi menyelamatkan kru USS John McCain.

Ketika banjir luar biasa melanda Pulau Pinang, Datuk Seri Hishammuddin turut menggerakkan jentera bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk-penduduk di sana setelah Ketua Menteri Pulau Pinang pada ketika itu merayu kepada pihak kerajaan pusat kerana kerajaan negeri pada ketika itu tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan berikut.

Apabila berlakunya pertukaran kerajaan pada tahun 2020, Datuk Seri Hishamuddin menjawat jawatan Menteri Luar Negeri. Dengan menggunakan pengalamannya sewaktu insiden MH370 dan MH17, kerajaan Malaysia melalui usaha Datuk Seri Hishammuddin berjaya mendapatkan bantuan perubatan dari negeri China bagi mengekang wabak Covid-19 yang melanda negara. Beliau juga telah berjaya membawa sejumlah pelajar di luar negara untuk dibawa balik ke pangkuan keluarga mereka.

Sebuah benih yang baik. Jika dicampak ke laut, pasti akan menjadi pulau. Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin, menjawat jawatan apa pun, pasti akan membuahkan hasil. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ke mana turunnya kepimpinan legasi Datuk Jaafar kalau tak ke beliau. Selamat maju jaya diucapkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.