Datuk Paul Kiong – Menundukkan K0munis Tanpa Pertumpahan D4rah

958

Jikalau kita berasa terpegun apabila melihat filem-filem Hollywood yang memaparkan kehebatan pegawai keselamatan mereka dalam memberkas penjenayah secara hidup-hidup, kita juga harus berasa bangga dengan kisah seorang pegawai polis kita pada suatu masa dahulu yang mampu memberkas pengkhianat negara yakni pember0ntak-pember0ntak Parti K0munis Malaya secara hidup-hidup.

Beliau punya pengorbanan sepanjang bertugas ini kalau hendak ditiru, tidak semua orang sanggup dan tidak semua orang mahu melakukannya. Namun itulah hakikatnya, untuk menjadi seorang pejuang, pengorbanan harus diketepikan dan perjuangan harus menjadi keutamaan.

Kerjaya Kepolisan Datuk Paul Kiong

Datuk Superintenden (B) Paul Kiong, menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada sekitar tahun 1967, yakni pada era pasca konfrontasi Malaysia-Indonesia. Seusainya tamat latihannya untuk menjadi pegawai polis, beliau ditugaskan untuk berkhidmat bersama Cawangan Khas Polis di selatan tanah air, Johor.

Di sana, beliau ditugaskan untuk memerhatikan gerak geri p3mb3r0ntak komunis selain bertugas untuk menghalang sebarang bantuan bekalan logistik terhadap daripada sampai ke tangan mereka.

Sedekad kemudian pada sekitar tahun 1975, beliau dinaikkan pangkat sebagai Inspektor sebelum dipindahkan ke negeri Perak. Di Perak, beliau ditugaskan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh berkenaan pergerakan p3mb3ront4k k0mun1s. Oleh itu, beliau telah menyamar sebagai seorang individu yang boleh dipercayai untuk memberi bantuan kepada pihak k0mun1s.

Sepanjang penyamarannya, Inspektor Paul Kiong berjaya menyekat bantuan bekalan logistik terhadap p3mb3ront4k k0mun1s dengan memberkas individu-individu yang menjadi tulang belakang kepada pergerakan k0mun1s. Hasil daripada pemberkasan tersebut, pergerakan k0mun1s semakin lemah dan longlai akibat daripada kekurangan bekalan logistik yang kemudian menjurus kepada moral mereka berkurang.

Pada tahun 1981, diceritakan bahawa Inspektor Paula Kiong pada ketika itu berjaya memujuk dan mempengaruhi 12 orang anggota p3mb3ront4k komunis untuk berpihak dengan beliau bagi mengesan dan memberkas p3mb3ront4k-p3mb3ront4k lain. Tindakan beliau itu boleh dianggap sebagai sebuah tindakan yang berani m4ti kerana 12 orang individu tersebut belum tentu berpihak kepada beliau secara sepenuhnya.

Akan tetapi, keberanian dan keyakinan yang diletakkannya itu telah membuahkan hasil yang lumayan. Beliau berjaya mengesan seterusnya memberkas p3mb3ront4k-p3mb3ront4k lain dengan bantuan 12 orang anggota pemberontak tadi.

Tidak terhenti di situ, beliau kemudian sekali lagi berjaya mengesan tindak tanduk dan pergerakan k0mun1s tetapi kali ini di Ulu Kinta, Perak pula. Dengan bantuan p3mb3ront4k-p3mb3ront4k yang sudah berpaling tadah dan berpihak dengan pasukan polis hasil daripada kehebatannya memujuk dan mempengaruhi mereka, beliau berjaya memberkas pasukan pemberontak komunis di Ulu Kinta itu.

Berdasarkan statistik, beliau telah berjaya memberkas 43 orang anggota k0mun1s tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah. Hal ini kerana, beliau lebih menggemari untuk menggunakan s3rang4n dalam bentuk psikologi berbanding serangan menggunakan senjata api kerana baginya, hal itu lebih berkesan dalam usaha m3m3rang1 musuh.

Tambahan lagi, pada pendapat beliau, musuh yang dibawa pulang tidak berny4wa adalah tidak berguna lagi untuk m3m3rang1 dan memberkas lebih ramai musuh dan pengkhianat negara yang masih berlegar di seluruh pelusuk tanah air.

Memasuki tahun 1990, Inspektor Paul Kiong pun dipindahkan ke Cawangan Khas Polis di ibu negara yakni Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta dinaikkan pangkatnya ke Deputi Suprintenden. Selepas itu, beliau terus berkhidmat bersama pasukan Polis Diraja Malaysia sebelum bersara pada tanggal 1 Februari 1998 dengan pangkat terakhirnya Superintenden.

Beliau dikatakan telah terus berkawan dan berhubung dengan individu-individu yang telah berpaling tadah daripada ideologi kumpulan pengganas k0mun1s dan membantunya mengesan serta memberkas p3mb3rontak-p3mb3rontak lain. Tindakan beliau ini mungkin boleh kita kaitkan dengan sikap memberi peluang yang kedua kepada insan yang pernah berbuat kesalahan supaya berubah setelah diberi peluang.

Datuk Paul Kiong, Perjuangannya Yang Tiada Noktah

Datuk Paul Kiong pernah menegaskan bahawa ketua Parti K0mun1s Malaya, Chin Peng tidak perlu kembali ke negara ini kerana dia bukanlah rakyat negara ini sebaliknya pengkhianat yang bertanggungjawab atas k3mat1an ribuan rakyat di negara ini.

Tambahnya lagi, Chin Peng hanya lahir di sini dan tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat negara ini seperti yang sepatutnya dilakukan Chin Peng pasca era kemerdekaan. Hal ini menunjukkan bahawa beliau masih lantang berjuang demi kedaulatan negara hatta selepas bersara.

Di atas jasa dan curah bakti Datuk Paul Kiong terhadap negara dalam perjuangannya menentang pemberontak Parti K0mun1s Malaya, beliau telah dikurniakan anugerah tertinggi keberanian negara iaitu pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merupakan salah seorang daripada kurang 30 orang penerima anugerah tertinggi negara itu. Datuk Paul Kiong sememangnya layak menerima anugerah tersebut di atas kebijaksanaannya dalam mempertahankan serta mempelihara keselamatan dan kedaulatan negara. Beliau yang kini berusia 75 tahun sedang menikmati sisa baki hidupnya selepas bersara daripada pasukan polis dengan menetap bersama anaknya di Kelana Jaya, Selangor.

Oleh itu, harapan adalah saya agar jasa beliau terhadap negara kita ini akan terus diingati dan tidak ditenggelami arus pemodenan. Generasi kini dan generasi akan datang seharusnya mengingati dan berasa bangga dengan jasa-jasa para pejuang negara kita kerana tanpa mereka ini, kita tidak akan dapat hidup dengan aman dan makmur.

Tugas kita sekarang adalah untuk memastikan tiada lagi anasir buruk dari luar yang mampu menggugat kemakmuran yang telah kita kecapi ini seterusnya pengorbanan para pejuang terdahulu dan kini dapat dipelihara. Insyallah.

RUJUKAN :

  1. Astro Ulagam (2019). Meet The Hero Who Captured Communists Without Bloodshed. http://www.astroulagam.com.my/news/article/118087/meet-the-hero-who-captured-communists-without-bloodshed
  2. VAT 69 – Perjuangan Semalam (2013). DATUK SUPT.(B) PAUL KIONG – WIRA “CAWANGAN KHAS”. https://www.facebook.com/403142033068693/photos/datuk-suptb-paul-kiong-wira-cawangan-khas-chin-peng-tidak-perlu-pulang-ke-negara/548811201835108/
  3. Telaga Nan Biru (2019). 6 Tahun Keluar Masuk Hutan Jadi K0MUN1S, Sebenarnya PAUL KIONG Seorang Inspektor Polis. http://www.telagananbiru.com/2019/12/08/6-tahun-keluar-masuk-hutan-jadi-k0mun1s-sebenarnya-paul-kiong-seorang-inspektor-polis/
  4. Polis Hutan (2015). Supt Datuk Paul Kiong SP Cawangan Khas PDRM. https://www.facebook.com/145048595661494/photos/supt-datuk-paul-kiong-sp-cawangan-khas-pdrm14-april-1981inspektor-paul-kiong-pan/410297012469983/

 

Ruangan komen telah ditutup.