Jika di Amerika Syarikat, terdapat ramai ahli keluarga atau kumpulan keluarga mereka yang menjadi ahli politik dan sesetengahnya menjadi antara ketua kepimpinan negara.

Contohnya, keluarga Kennedy merupakan antara keluarga politik ternama pada abad ke 19 dan 20. Umum mengetahui John Fitzegerald Kennedy (JFK) merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke – 35.

Bapanya, Joseph P Kennedy merupakan Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom sebelum P3rang Dunia Kedua dan datuknya, P.J Kennedy merupakan bekas Ahli Dewan Massachussets dua kali berturut-turut.

Di Malaysia, salah seorang keluarga politik yang terkenal ialah keturunan daripada legasi Ja’afar Bin Haji Muhammad. Ja’afar atau Dato’ Ja’afar Bin Muhammad merupakan seorang tokoh yang penting di dalam pembangunan negeri Johor sebagai negeri yang moden pada ketika itu.

Dato Jaafar dilahirkan di Singapura sekitar tahun 1838. Dato Ja’afar berasal dari keturunan figura politik terpenting semasa era Kesultanan Melayu Johor Lama.

Dato Ja’afar ialah keturunan langsung daripada Bendahara Paduka Kerajaan Johor dan Kesultanan Negeri Melaka. Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Telok Belanga. Kehidupan keluarganya agak susah; ayahnya Haji Muhammad, seorang penenun kain.

Untuk menampung kehidupannya, Dato’ Ja’afar menjaja kuih, sebelum diterima bekerja sebagai kerani di pejabat Temenggung Ibrahim di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1854.

Atas kesungguhannya bekerja, Dato’ Ja’afar dilantik menggantikan bapa saudaranya, Abdullah sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an.

Kemunculan Dato’ Ja’afar sebagai orang penting dalam sejarah Johor bermula dengan perlantikan bapa saudaranya, Encik Abdullah bin Tok Muhammad Tahir sebagai ‘menteri’ kepada Temenggung Daing Ibrahim (1810— 1862). Dato’ Ja’afar mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim.

Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri. Kemudian beliau dilantik sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor menggantikan bapa saudaranya Encik Abdullah, di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an. Semasa dilantik ke jawatan itu, beliau telah banyak melakukan perubahan dalam pentadbiran Negeri Johor.

Antaranya pada 1868, Majlis Mesyuarat Negeri Johor ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1873, pelbagai jabatan diwujudkan, antaranya Jabatan Perbendaharaan & Pesuruhjaya Polis.

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Dato’ Bentara yang setara jawatannya dengan Menteri Besar kini. Kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato’ Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu Bakar.

Dato’ Ja’afar juga pernah dilantik sebagai pengiring ketika Maharaja Abu Bakar mengadakan lawatan rasmi ke negara-negara Eropah pada 1886. Beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada  tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja. dan diarahkan untuk meraikan ketibaan Putera Arthur.

Ketika Dato’ Jaafar menjadi Menteri Besar, beliau telah melakukan pelbagai transformasi. emua pegawai British diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan johor .Bendera Union Jack iaitu bendera kerajaan British mestilah dikibarkan lebih rendah dari bendera negeri Johor.Selain itu,surat-menyurat mestilah ditulis dalam bahasa Melayu.

Dato’ Jaafar juga merupakan antara tokoh penting yang lantang mempertahankan Negeri Johor daripada kemasukan oleh pihak luar. Pada tahun 1909, melalui sepucuk surat, Dato’ Ja’afar telah menasihatkan Sultan Ibrahim supaya tidak memasukkan seorang penasihat British ke dalam pentadbiran Johor. Dato’ Ja’afar bimbang dengan kesan campur tangan British dalam pentadhiran Johor.

Beliau disokong oleh Dato’ Ab. Rahman Andak, seorang pembesar Johor, yang lebih lantang daripada Dato’ Ja’afar. Walaupun Dato’ Ja’afar gagal menahan keputusan Sultan Ibrahim, namun, beliau telah bersuara menentang kemasukan British ke Johor.

Dari segi peribadi, beliau telah berkahwin sebanyak 5 kali. 4 orang anaknya termasuk seorang anak tiri beliau mengikuti jejaknya sebagai Menteri Besar iaitu Dato Abdullah Ja’afar, Menteri Besar Johor ke-3 (1923-1928), Dato’ Mustapha Ja’afar, Menteri Besar Johor ke- 4 (1928-1931), Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Majid – anak tiri dari Rogayah Hanim, Menteri Besar Johor ke -6 (1935-1947) dan Dato Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor Ke- 7 (1947-1950).

Dalam ramai anaknya, Dato Onn merupakan yang paling terkehadapan, beliau seterusnya mengasaskan Parti UMNO dan simbol penyatuan Orang Melayu.

Dato’ Jaafar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 Julai 1919 di rumahnya di Bukit Senyum. Beliau telah dikebumi1kan dengan adat istiadat di M4kam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.

Bagi mengenang jasa beliau, Sultan Johor telah mengurniakan menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau dan Pingat Kebesaran Darjah Kelas Ketiga St Micheal Dan St George oleh Ratu Victoria.

Sebuah sekolah atas nama beliau turut didirikan di sebelah Istana Bukit Senyum, iaitu kediaman rasmi Dato Jaafar. Kediaman rasmi beliau juga kini dijadikan Muzium Tokoh Johor yang menghimpunkan koleksi dan memoribilia milik tokoh tokoh Johor termasuk beliau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.