Hari ni ada segelintir kaum perempuan melaungkan bahawa Islam ini banyak mendiskriminasikan wanita. Mungkin mereka membuat perbandingkan diri mereka dengan kehidupan orang barat wanita yang kelihatan bebas dan seronok.

Jika betul nak bandingkan tentang hak wanita, kalian sepatutnya rujuk sejarah di zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam, yang mana wanita telah menjadi mangsa diskriminisasi paling teruk dalam sejarah kemanusian sehingga mereka telah disisih dan dihina oleh lelaki sehinggalah kedatangan Islam. Antara budaya pelik masyarakat Jahiliyah berkaitan wanita:

1) Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari lelaki.

2) Mereka hanya diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam,

3) Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.

4) Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..

5) Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati.

6) Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu.

7) Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan seks.

8) Lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)

9) Seorang ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.

10) Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.

11) Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)

12) Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (Apa kejadahnya!!!???)

13) Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati. Sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh menunggang binatang dan macam macam lagi layanan pelik kepada orang perempuan.

Kemudian… Jeng jeng jeng!

Munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

1) Wajib berlaku baik pada isteri

2) Tak boleh pukul isteri sewenang-wenangnya

3) Tak boleh setubuh isteri waktu haid

4) Tak boleh menduburi sang isteri

5) Tak boleh halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.

6) Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.

7) Jika mampu kahwin, maksimum empat Isteri tetapi Islam menekankan kalau tidak mampu, kekalah setia dengan seorang isteri

8) Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.

9) Syurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu dahulu baru bapa. Bahkan ibu didahulukan sebanyak tiga kali

10) Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.

11) Doa wanita lebih makbul dalam waktu tertentu.

12) Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.

13) Kena dahulukan anak perempuan dalam bab kasih sayang.

14) Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.

15) Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.

16) Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.

17) Dijamin masuk syurga jika besarkan anak perempuan dengan ilmu ugama sampai berkhahwin

18) Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan perkhidmatan.

19) Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.

20) Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun haid dengan syarat tidak sampai bersetubuh

21) Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)

Dan lain lain..

Oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita, maka hari wanita yang disambut pada setiap 8 Mac diadakan sejak 1909 di seluruh dunia untuk memberi ruang kepada permasalahan ini dapat dibahas seterusnya diselesaikan secara berperingkat.

Kita sebagai orang Islam pula, cubalah zahirkan hadis nabi dala, soal memuliakan orang perempuan sebab nabi dah ajar 1400 tahun dahulu. Di sini jugalah barulah kalian orang perempuan boleh menilai bagaimana agama telah kembalikan hak orang perempuan dengan adil.

Memang ada sedikit kesulitan dalam soal seperti tutup aurat, dan bab pergaulan, tetapi setiap perintah ALLAH adalah ada hikmahnya seperti menjaga kohormatan wanita yang ketika zaman Jahiliyah dahulu tidak pernah memiliki setara dengannya.

‘Penjara’ ini jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang perempuan di zaman Jahiliyyah, maka “penjara” ini menjadi syurga dunia kerana sesungguhnya wanita solehah adalah sebaik baik hiasan dunia.

Akhir kata, bersabarlah dengan ujian Allah, maka Allah akan ganti dengan perkara yang lebih baik kelak. Bersyukurlah dengan nikmat Allah, maka Allah akan tambah nikmat yang tidak disangka sangka!

Akhir kata, selamat hari wanita, dan untuk pengetahuan pembaca, tema hari wanita untuk tahun 2018 adalah:

“The Time is Now: Rural and Urban Activists Transforming Women’s Lives. ”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.