Setiap perkara yang diperjuangkan kadangkala terjerumus ke kancah hipokrasi dimana bukan semua diceritakan sepenuhnya.

Dasar Ekonomi Baru yang diciptakan bagi mengimbangi bebanan dan jurang sosioekonomi telah mengundang pandangan negatif. Kononnya ia berunsurkan perkauman, walhal strukturnya jelas tidak memanjakan sesiapa pun.

Umumnya DEB ialah suatu tindakan afirmatif untuk memadamkan gejala-gejala buruk diwarisi daripada zaman imperialisme dan kolonalisme.

Apa yang tidak diketahui ramai bahawa struktur DEB pun wujud di Amerika Syarikat juga. Negara yang memperjuangkan sama rata turut mengamalkan tindakan afirmatif.

Asasnya tindakan sedemikian ialah rangkaian undang-undang, dasar-dasar dan garis panduan untuk “membetulkan tempias ketidakadilan” dalam sistem.

Tetapi tindakan afirmatif Amerika Syarikat lebih kepada mandat persekutuan ataupun sekurang-kurangnya berkelulusan daripada kerajaan negeri.

Merapatkan Jurang Dalam Sosial Negara

Program-program yang ditawarkan pula menekankan akses bagi pendidikan dan pekerjaan. Minoriti-minoriti berasaskan kaum dan jantina diberikan perhatian khusus yang tidak difokuskan untuk majoriti.

Malah tindakan afirmatif di sana terlalu penting sehingga universiti, hospital dan bidangkuasa polis pun memerlukannya juga (Anderson, et al., 2008).

Seperti biasa, kuota dijadikan tatacara perlaksanaan sehinggalah ada perintah daripada Mahkamah Agung.

Jika ada, tindakan afirmatif akan berhenti menumpukan pada kuota – tetapi hanya pada sasaran akhir untuk menembusi benteng ketidakadilan.

Misalnya universiti-universiti tidak memerlukan kuota rasmi untuk merancakkan usaha tindakan afirmatif. Mereka bekerjasama untuk mencapai imbangan kaum.

Tetapi tindakan afirmatif dalam Amerika Syarikat yang memberikan kebebasan kenegerian ditolak lapan negeri antara 1996 hingga 2020.

Asalnya Texas pun mengharamkan tindakan afirmatif, sehinggalah dicabar dan dibenarkan melalui prosiding Grutter v. Bollinger (Baker, 2019).

Keperluan tindakan afirmatif datang daripada sejarah. Terlalu lama ketidakadilan diamalkan, sampai sangat mustahil untuk mencapai keadilan secara semulajadi.

Ia muncul selepas 1940-an melalui usaha gerakan hak sivil, yang mendesak tindakan bebas berat sebelah.

Namun tindakan afirmatif tidak disokong semua, walaupun dalam negeri-negeri membenarkannya.

Penentang-penentang dasar ini berpendapat tindakan afirmatif berpihak kepada sesetengah minoriti sahaja, dimana adi-etnik Asia (gabungan etnik seperti Cina, Melayu, Jepun dsb. di Amerika Syarikat) tidak langsung menerima apa-apa.

Pemilihan kaum pula bagi mereka mengecilkan usaha dan pencapaian.

Kegagalan dalam Kesempurnaan

Selama 50 tahun tindakan afirmatif diamalkan, ada kejayaan dan juga kegagalan di sana.

Tetapi ia merapatkan jurang untuk mencapai masyarakat yang sama rata, walaupun banyak usaha diperlukan lagi. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Buruh, apa yang bermula di universiti diteruskan dalam alam pekerjaan dimana karier berputik daripada dasar pro-minoriti.

Malahan sekarang ini pun tindakan afirmatif sedang berkembang melalui kempen revolusi budaya. Syarikat-syarikat semakin serius mempelbagaikan hierarki pengurusan dengan penglibatan wanita.

Ketidakseimbangan jantina ialah isu besar dimana wanita memiliki hanya 20.8 peratus dalam kerusi-kerusi pengarah bagi Russell 1,000. Dalam Fortune 500 pun, angkanya masih belum menghampiri imbangan.

Kepelbagaian dari segi agama, bangsa dan jantina dipegang sebagai tanda aras bagi kejayaan (Price, 2018).

Pengarah-pengarah bercorakkan sebegini lebih mudah membuat tindakan tepat kerana merangkumi semua pemikiran. Ia bukannya prinsip feminisme semata-mata.

Malah lebih mendalam dari situ kerana hanya pengarah wanita betul-betul faham tentang masalah-masalah wanita: (1) gaji tidak samarata, (2) faktor kesihatan seperti kehamilan, (3) gangguan s3ksval dan sebagainya.

Pengarah-pengarah dalam kalangan orang Islam pula boleh memudahkan kebenaran bersolat (menyediakan tempat), berpuasa (datang awal; balik awal) dan juga menunaikan haji (permohonan cuti panjang).

Apabila sebuah syarikat berpihak kepada semua, ramai dijangka berikan komitmen tinggi untuk memajukan karier atau sekurang-kurangnya memelihara kerjaya untuk tidak dibuang sekaligus kehilangan manfaat-manfaat ini.

Sesetengah pekerja rela bersama sebuah syarikat walaupun ditawarkan gaji tinggi dari pihak lain – semata-mata untuk mengekalkan manfaat demi ketenangan fizikal, mental dan rohani

RUJUKAN:

Anderson, E.S., et al. (2008). Race, gender and affirmative action. University of Michigan. Retrieved from http://www-personal.umich.edu/~eandersn/biblio.htm

Baker, D.J. (2019, April 12). Why might states ban affirmative action? Brookings. Retrieved from https://www.brookings.edu/blog/brown-center-chalkboard/2019/04/12/why-might-states-ban-affirmative-action/

Price, N.J. (2018, April 9). The importance of diversity for good governance. Diligent Insights. Retrieved from https://insights.diligent.com/corporate-governance/the-importance-of-diversity-for-good-governance


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.