Siapa tidak kenal sosok tubuh bernama Charles Darwin ini? Beliau adalah pengkaji alam British pada abad ke-19 Masihi (1809-1882) yang terkenal dengan nama ‘Bapa Evolusi’ dari dunia Eropah dengan membentangkan teori evolusi dan menerbitkan buku sulungnya iaitu ‘On the Origin of Species’.

Walaupun beliau faham sepenuhnya akan evolusi-evolusi setiap hidupan di planet Bumi ini, tetapi ada satu perkara yang membingungkan beliau sepanjang hidupnya sebagai pengkaji.
Pada tahun 1879, Darwin menulis surat kepada sahabat baiknya, seorang peneroka dan ahli botani bernama Dr. Joseph Hooker. Surat tersebut menerangkan kebingungan Darwin akan salah satu jenis hidupan berkenaan evolusinya. Surat tersebut berbunyi:

“Perkembangan pesat yang mampu kita nilai terhadap seluruh tumbuhan tinggi (berbunga) menggunakan fasa geologi terkini adalah sebuah misteri yang aneh.”

Ya, tumbuhan berbunga adalah hidupan tersebut yang membingungkan Bapa Evolusi ini.

MISTERI EVOLUSI TUMBUHAN BERBUNGA

Sejarah perkembangan secara tiba-tiba tumbuhan berbunga ini penuh dengan misteri. Pernah ahli biologi evolusi dari Queen Mary, University of London bernama Professor Richard Buggs memberitahu BBC News:

“Mengikut rekod fosil, tumbuhan berbunga wujud sekitar fasa Cretaceous, sekitar 100 juta tahun dulu dan tidak ada sebarang tumbuhan seperti angiosperm (istilah sains kepada tumbuhan berbunga) yang menghasilkan bunga dan benih terawal. Ia secara tiba-tiba wujud dan berkembang dengan pesat.”

Professor Buggs juga menerangkan apa yang Darwin maksudkan terhadap ayat “misteri yang aneh” dalam suratnya, melalui penerbitan artikel dalam American Journal of Botany.
Beliau mengatakan bahawa Darwin berusaha mencari penyelesaian terhadap evolusi tumbuhan berbunga. Darwin dikatakan takut apabila evolusi hidupan itu tidak mampu beliau bongkarkan, ia akan mencacatkan teori evolusinya di mata para pengkritik, terutamanya agamawan yang percaya bahawa tumbuhan berbunga adalah kelahiran terus dari Tuhan.

140 tahun kemudian, misteri evolusi tumbuhan berbunga masih tidak dapat dibongkar. Walaupun ahli botani berusaha merungkaikannya dari rekod-rekod fosil tumbuhan, tetapi jawapannya masih tidak dapat ditemui. Namun pada Januari 2021, saintis akhirnya membongkar kemisterian evolusi tumbuhan ini!

MISTERI EVOLUSI TUMBUHAN BERBUNGA AKHIRNYA TERJAWAB!

Kumpulan pengkaji dari UC Santa Cruz, California, AS, telah membongkar misteri evolusi tumbuhan berbunga dengan mengkaji organ anter (anther). Anter adalah sebahagian dari organ pembiakan bunga bernama stamen dan ia mempunyai debunga.

Tumbuhan berbunga biasanya bergantung kepada serangga pendebunga seperti lebah untuk membantu tumbuhan mencapai fasa pembiakan, di mana serangga ini akan memindahkan debunga dari anter ke bunga dari tumbuhan lain.

Walau bagaimanapun, debunga adalah makanan lebah. Jika stok debunga cukup bagi lebah tersebut, ia akan terus ke sarang dan melupakannya peranannya sebagai agen pendebungaan.

Kathleen Kay, Professor Madya ekologi dan evolusi biologi di UC Santa Cruz menyatakan bahawa cara tumbuhan berbunga berevolusi adalah melalui penyebaran debunga secara maksimum. Lebah menjadi kunci utama dalam evolusi ini melalui peranannya terhadap anter-anter yang lebih ini singgah.

Sesetengah spesis pokok bunga mempunyai dua set anter yang terpisah dalam setiap bunga. Dua set anter ini dipanggil sebagai ‘heteranthery’. Kumpulan penyelidik ini mengambi spesis pokok bunga bernama Clarkia sp. sebagai bahan kajian.

Mereka mendapati bahawa fungsi ‘heteranthery’ adalah menghasilkan kuantiti debunga yang banyak untuk memberikan kepada sebarang lebah yang datang singgah. Lebah yang ‘mengangkut’ bertan-tan debunga pergi singgah ke bunga seterusnya dalam pokok bunga yang sama. Siap menyebarkan debunga, bunga akan menghasilkan buah kemudian jatuh tanah dan lahirnya pokok bunga baru.

Kay percaya bahawa inilah jawapan kepada pembentukan evolusi tumbuhan berbunga. Sejak 100 juta tahun dulu, pokok bunga kuno bergantung harap kepada serangga untuk menyebarkan debunga demi kelangsungan hidup, tidak bergantung harap kepada perubahan fizikal secara perlahan menghadapi iklim berubah-ubah.

Bulatan biru menunjukkan set-set anter atau ‘heteranthery’ dalam bunga-bunga pokok Clarkia.

Kay juga merasa apa yang Darwin usahakan dalam mencari jawapan terhadap evolusi tersebut menggunakan spesis pokok bunga Clarkia. Maka, mendiang Darwin boleh aman di alam sana, setelah mengetahui generasi selepasnya telah membongkarkan rahsia evolusi tumbuhan berbunga.

RUJUKAN:

McDermott, A. (23 January 2021). New Study Solves Flower Mystery that Baffled Charles Darwin. Ancient Origins.

New Study Solves Mystery of Flowers That Baffled Charles Darwin. Laboratory Equipment. Retrieved from 22 January 2021.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.