Dark Matter Dan Dark Energy

0
940
views

Alam secara umumnya mengandungi dua jenis benda (matter), iaitu benda yang boleh dilihat dan benda yang tak boleh dilihat. Benda yang boleh dilihat adalah seperti bintang, planet, elemen, cahaya dan hidupan. Benda ini juga dipanggil sebagai bahan baryonic (Baryonic Matter). Bahan Baryonic hanyalah 5% daripada kandungan alam semesta. Hanya 5%!
.

Selepas itu, benda yang tak boleh dilihat ini adalah bahan kegelapan (Dark Matter). Saintis masih tidak mengetahui sifat sebenar Darl Matter, tetapi mereka pasti dengan kewujudannya. Dark Matter hanyalah 27% daripada kandungan alam. Selebih 68% adalah Tenaga Kegelapan (Dark Energy).
.

Saintis mengusulkan hipotesis bahawa tenaga graviti yang dihasilkan oleh bahan Baryonic seperti bintang dan planet tidak mampu menjadi mereka duduk berkelompok dan membentuk sebuah galaksi. Kalau ikutkan, bintang-bintang dan planet-planet ini akan duduk berselerakan merata alam, dan galaksi tidak terbentuk. Maka, pasti terdapat graviti lain yang membuatkan bahan-bahan Baryonic dapat berinteraksi dengan lebih kuat. Graviti ini dihasilkan oleh Dark Matter (Bahan Kegelapan) yang tidak memantulkan dan mengeluarkan cahaya.
.

Saintis dapat ‘melihat’ kewujudan Dark Matter ini dengan melakukan pemerhatian ke atas Dark Matter yang mempunyai konsentrasi yang tinggi. Dark Matter berkonsentrasi tinggi ini menghasilkan daya graviti yang kuat sehingga mampu ‘membengkokkan’ (bending) cahaya yang melaluinya. Pastinya Dark Matter bukanlah juga Lohong Hitam (Black Hole).
.

Waqaf Saham

Seterusnya Tenaga Kegelapan (Dark Energy) pula lebih pelik dan misteri, dan ia merupakan kandungan paling tinggi dalam pembentukan alam semesta. Tidak seperti Dark Matter yang boleh diuji dan diukur, Dark Energy tidak boleh diuji dan diukur, tetapi kita tahu kewujudannya melalui kesan yang ditinggalkan terhadap perubahan alam semesta.
.

Kesan itu dikaji oleh Edwin Hubble yang membuktikan bahawa alam ini berkembang dengan menggunakan spektrum. Idea utama Dark Energy ini adalah ia mempunyai Cosmological Constant yang menyatakan bahawa, tenaga kegelapan ini akan terus meningkat selari dengan perkembangan alam semesta. Dark Energy somehow mempunyai daya-anti graviti yang menyebabkan alam ini berkembang dengan laju. Semakin berkembang alam semesta, maka ia akan berkembang semakin laju sebab tenaga yang dihasilkan oleh Dark Energy.
.

Lama-lama kelamaan alam ini hanya akan dipenuhi oleh Dark Energy dan meninggalkan cuma bahan Baryonic yang akan mati bila tiba masanya. Selepas itu, alam akan menjadi sejuk dan kosong, meninggalkan hanya lohong hitam (Black Hole). Bila cukup masa, lohong hitam pun akan tersejat dan meninggalkan hanyalah Kegelapan (Darkness).
.

Kalau dilihat balik, alam semesta mempunyai simetri yang sangat unik. Sewaktu kelahirannya, ia lahir dalam keadaan yang sangat panas dan membentuk pelbagai jenis bahan. Selepas itu, ia mati, mati dalam keadaan sejuk dan kosong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.