Dari mana datangnya nama “Malaysia”? Jelas sekali bukan Tunku yang cipta, sebab sebelum Merdeka dah wujud buku “Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule” tulisan Rupert Emerson (diterbit pada tahun 1937) dan “The Peoples of Malaysia” tulisan Fay-Cooper Cole (diterbit pada 1945). “Malaysia” ketika itu merujuk kepada Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi Tanah Melayu, Hindia Timur (Indonesia), Borneo dan juga Filipina. Jadi siapa yang cipta istilah “Malaysia” ni?

Kat Internet bersepah teori-teori karut mengenai asal usul nama “Malaysia”: Ada yang kaitkan dengan Freemason, ada yang kata Orang Melayu sendiri yang cipta. Pada asalnya, istilah “Malaysia” ialah sebuah konsep geografi (sama seperti “Asia”, “Eurasia”, “Australasia”), tidak rujuk kepada mana-mana entiti politik. “Malaysia” ialah sebuah istilah geografi yang dicipta oleh seorang penjelajah Perancis, Jules Dumont d’Urville (1790-1842) pada tahun 1832 dalam rencana berjudul “Sur les îles du Grand Océan” (On the Islands of the Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin de la Société de Géographie. Beliau mencadangkan supaya Lautan Pasifik Selatan dinamakan sebagai “Oceania” dan dibahagikan kepada 4 bahagian: Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Selain istilah Polynesia dan Melanesia, istilah “Oceania”, “Micronesia” dan “Malaisie” ialah ciptaan D’Urville. “Malaisie” kemudian diinggeriskan menjadi “Malaysia” oleh seorang ahli geografi Amerika, Thomas G. Bradford pada tahun 1835.

Pada 1950-an, hasil daripada inspirasi gerakan penyatuan Eropah, ramai yang mengidamkan sebuah entiti politik yang bersatu diwujudkan di Kepulauan Melayu atas nama “Malaysia”. Lim Choon Mong dari Singapura telah mencadangkan sebuah “Confederation of Malayasia” yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei (ada dalam The Straits Times, 23 Mac 1957). Proposal Filipina lagi dahsyat – Presiden Manuel L. Quezon mencadangkan sebuah “Commonwealth of Malaysia” yang merangkumi keseluruhan Asia Tenggara (lebih kurang macam ASEAN lah). Golongan Melayu Raya tak guna nama “Malaysia”, mungkin bunyinya sangat Orientalis.

Apa-apa pun, Tunku juga yang berjaya merealisasikan projek Malaysia ini. Polynesia, Micronesia dan Melanesia masih digunakan dalam mana-mana peta dunia pada hari ini, tetapi “Malaysia” telah dieksklusifkan kepada negara kita.

Dalam gambar: Peta D’Urville (1832) yang menunjukkan “Malaisie” (dalam lingkungan berwarna biru)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

4 Comments

Reply To Anonymous Cancel Reply