“Danjong tidak mangkat sebagai seorang Raja. Baginda mangkat sebagai seorang budak. Yang dibvnuh pada usia yang terlalu muda..”

Tempoh pemerintahannya hanya sekitar empat tahun sahaja. Malah, baginda telah ditabalkan menjadi raja ketika usianya hanya mencecah 12 tahun. Kisah raja termuda dalam sejarah Joseon ini begitu menyayat hati. Artikel ini akan membawa kita mengenang kembali sejarah dan kisah di sebalik Raja Danjong, iaitu raja keenam dalam era Dinasti Joseon.

Sejarah awal

Raja Danjong atau nama sebenarnya, Yi Hong-Wi telah dilahirkan pada sekitar Ogos 1441. Bapanya, Raja Munjong adalah raja kelima yang memerintah Joseon, iaitu antara tahun 1450 hingga 1452. Munjong mewarisi takhta daripada ayahandanya, iaitu Raja Sejong Yang Agung. Munjong merupakan putera sulung Sejong dan telah dilantik menjadi putera mahkota selama 29 tahun sebelum ditabalkan sebagai raja bagi menggantikan ayahandanya.

Namun, pemerintahan Munjong juga singkat. Baginda telah mangkat pada tahun 1452, pada usia 37 tahun akibat penyakit yang dihadapinya. Raja Munjong mempunyai seorang puteri dan seorang putera bersama Permaisuri Hyeondeok, iaitu Puteri Gyeonghye dan Danjong.

Bonda Danjong mangkat sebaik sahaja melahirkannya. Dan, Danjong akhirnya membesar di bawah kasih sayang ayahanda serta saudara perempuannya sahaja. Puteri Gyeonghye atau nama sebenarnya Puteri Pyeongchang telah mengambil tanggungjawab sebagai penjaga kepada Danjong, bersama-sama dengan Jeneral Kim Jongseo. Jeneral ini adalah seorang pegawai yang setia yang pernah berkhidmat dua raja terdahulu, iaitu Raja Sejong dan Raja Munjong sendiri.

Pemberontakan dan penggulingan

Raja Munjong mangkat pada tahun 1452, dan Danjong terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan negara walaupun usianya hanya mencecah 12 tahun pada ketika itu. Meskipun bergelar raja termuda pada waktu itu, pentadbiran negara masih tidak mampu untuk diuruskan oleh Danjong kerana usianya yang masih mentah. Oleh yang demikian, pentadbiran Joseon waktu itu telah diserahkan kepada menteri, Hwangbo In, yang bersama-sama dengan Jeneral Kim Jongseo.

Pada sekitar tahun 1453, suatu pember4ntakan telah berlaku. Kudeta yang diketuai oleh pakcik Danjong, iaitu Yi Yu atau Putera Suyang (yang kemudiannya menjadi Raja Sejo) bagi menggulingkan kerajaan Danjong. Sejo telah mempengaruhi dan memujuk para sarjana dan pegawai istana yang telah berkhidmat sejak zaman Raja Sejong untuk menyokongnya mendapatkan takhta.

Dalam peristiwa pember4ntakan ini, Hwangbo In dan Kim Jongseo telah diberkas dan dibvnuh berhadapan dengan pintu gerbang Gyeongbokgung. Kudeta ini telah berjaya. Dan selama dua tahun, Danjong telah menjadi raja boneka bagi Sejo yang sebenarnya memegang tampuk pemerintahan negara.

Pada tahun 1455, Danjong telah dipaksa untuk melepaskan takhtanya dan dibuang negeri ke wilayah Yeongwol, dalam daerah Gangwon. Danjong hanyalah berusia 14 tahun pada ketika itu. Puteri Gyeonghye bersama suaminya, Jeong Jong, dan dua lagi pakciknya, iaitu Putera Agung Anpyeong dan Putera Agung Geumseong cuba untuk mengembalikan kuasa takhta Danjong, tetapi cubaan ini gagal, dan mereka semua telah dihukum.

Selepas peristiwa pergerakan pengembalian kuasa Danjong yang berlaku antara tahun 1455 hingga 1456 ini, suami Puteri Gyeonghye telah dibuang negeri ke Gwangju, dalam daerah Jeolla. Puteri Gyeonghye pula telah didapati bersalah, dan dijatuhkan hukuman dengan melucutkan gelaran dirajanya dan diturunkan kasta menjadi hamba umum (gong nobi), iaitu kelas sosial paling bawah dalam Joseon.

Para pegawai istana telah mencadangkan kepada Sejo agar Danjong dihukum dengan r4cun atas peristiwa pemberontakan pengembalian kuasa yang berlaku. Namun, Sejo menolak cadangan pada waktu itu, dan menyatakan bahawa baginda sedia untuk memaafkan Danjong. Tetapi, perasaan ini tidak bertahan lama.

Sejo yang bimbang dengan kemungkinan bahawa Danjong akan kembali menggugat kedudukan takhtanya, akhirnya menerima nasihat pada menteri di istana dan mengarahkan Danjong untuk dihukum b4n4h. Baginda telah mengarahkan seorang pegawai, Wang Bang Yeon untuk pergi ke Yeongwol dan menghidangkan minuman ber4cun untuk Danjong. Namun, pegawai Wang ini tidak mampu untuk memberikan minuman ber4cun tersebut untuk Danjong, sebaliknya memb4n4h dirinya di hadapan Danjong.

Seorang lelaki yang mengekori Wang, bernama Kong Sang, yang menyedari bahawa Wang telah gagal dalam misinya telah datang di hadapan Danjong. Lelaki itu akhirnya memb4n4h Danjong dengan mencekiknya menggunakan tali. Kong berharap bahawa dengan tindakannya itu, dia akan diberi anugerah, namun hal sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja dia meninggalkan mayat Danjong, Kong telah rebah, dan d4r4h telah memercik keluar daripada mata, telinga, hidung dan mulutnya. Kong m4ti bersama Danjong.

Jasad Danjong dikatakan telah dibuang ke dalam sungai, dan satu kenyataan rasmi istana telah dikeluarkan bahawa sesiapa sahaja yang cuba untuk mengebumikannya dengan cara yang betul akan dihukum selama tiga generasi. Sebahagian daripada wanita suruhan istana yang mengiringi jasad Danjong turut berduka atas kem4tiannya dan akhirnya turut lenyap di dalam sungai tersebut.

Isteri Danjong, iaitu Permaisuri Jeongseon turut dikenakan hukuman. Beliau telah dihantar ke Jeongeobwon, sebuah kuil rasmi diraja, dan dibuang di situ bagi mempelajari agama dan menjalani kehidupannya. Puteri Gyeonghye juga turut dihantar ke tempat ini.

Setelah kem4tiannya, Danjong telah diberikan gelaran Putera Nosan. Sewaktu pemerintahan Raja Sukjong, para sarjana istana telah mencadangkan agar gelaran Danjong dikembalikan, dan akhirnya pada tahun 1698, nama Danjong dikembalikan. Dan selepas itu, ia telah dirujuk kembali sebagai Raja Danjong.

Festival Kebudayaan Danjong

Jasad Danjong akhirnya telah dipindahkan dan akhirnya disemadikan di Makam Jangneung, berhampiran Cheongnyeongpo, iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2009. Malah, terdapat sebuah muzium sejarah di situ yang menunjukkan legasi serta waktu pemerintahan Danjong.

Pejabat Daerah Yeongwol telah memperingati raja muda ini dengan menganjurkan Festival Kebudayaan Danjong pada setiap bulan April di kawasan ini. Pelbagai acara diadakan sewaktu festival ini, termasuklah persembahan musik gukak, pertunjukan bunga api dan pertunjukan tanglung. Malah, ada juga pertandingan yang dijalankan seperti pertandingan memanah, kejohanan gusti tradisional, tarik tali, perarakan kostum dan perarakan para penunggang kuda.

Kesimpulan

Kehidupan Danjong tidak mudah, dan zaman kanak-kanak serta remajanya tidak dapat dinikm4ti sepenuhnya. Namun, pada waktu itu, mungkin itulah harga yang harus dibayar untuk memegang takhta kerajaan. Bertahan atau membiarkan sahaja nyawa melayang.

RUJUKAN:

Ahn, S. J. (2014). Forgotten story of Princess Gyeonghye. Retrieved May 29, 2020, from http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2016/05/628_153138. html

Anonymous. (2009). King Danjong and Korea’s Curse. Retrieved May 29, 2020, from http://seoulvillage.blogspot.com/2009/04/king-danjong- and-koreas-curse.html

Lee, E.-J. (2012). A Study on the Historical Research on the Costume of Memorial Service Officials at Yeongwol King Danjong Cultural Festival. Journal of the Korean Society of Costume, 62(8), 118–133.

Lee, J. (2018). Follow the trail of a mvrdered king in Korea’s Gangwon province. Retrieved May 28, 2020, from https://www.straitstimes.com/lifestyle/travel /follow-the-trail-of-a-mvrdered-king-in- koreas-gangwon-province


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.