Dajjal Menurut Agama Kristian

3,710

https://bit.ky/kombowww

Publisiti daripada siri televisyen Messiah telah membuka mata ratusan juta orang di Barat tentang elemen eskatologi versi Islam. Setelah berdekad mendendangkan elemen-elemen versi Kristian, akhirnya suatu pembaharuan telah dibuat yang boleh dikatakan sebuah revolusi kreativiti. Maka dengan 10 episod yang ditayangkan Netflix, banyak kontroversi yang menular terutamanya di Twitter. Watak yang dimainkan Mehdi Dehbi dikatakan sangat sama dengan al-Masih ad-Dajjal.

Memandangkan ramai sudahpun tahu ciri-ciri Dajjal di sisi Islam, maka seharusnya topik dibuka untuk membicarakan versi Kristian pula. Pertama sekali al-Masih ad-Dajjal bukanlah suatu nama. Sebaliknya ia ialah sebuah gelaran yang bermaksud al-Masih (Penyelamat) ad-Dajjal (Penipu). Dalam bahasa Inggeris pula, gelaran ini bermaksud the False Messiah, sangatlah sinonim dengan sebuah identiti yang telah lama dikenali sebagai Antichrist.

Perkataan Antichrist boleh didapati dalam Perjanjian Baharu yang menyebut sebanyak lima kali terutamanya dalam Surah John Pertama dan Kedua. Kesimpulan yang boleh diperolehi daripada kedua-dua surah ini ialah “Antichrist ialah seseorang yang menafikan Bapa dan Anak.” Di kitab-kitab Injil pula, Antichrist tidak disebut. Sebaliknya terminologi pseduokhristos dipakai bagi merujuk “al-Masih Palsu”.

Di ambang akhir zaman, penipuan bertebaran di seluruh dunia. Ramai dikatakan akan menyeru nama Isa sambil menggelar diri al-Masih. Dalam zaman ini, peperangan sentiasa berlaku. Negara menentang negara, menyebabkan kebuluran dan gempa bumi. Apabila dosa bertambahan, cinta sesama manusia mula dingin. Dan di sebalik segala pengkhianatan, nabi-nabi palsu pun timbul untuk menyesatkan ramai (Matthew 24:4-12).

Dalam agama Kristian sendiri, ketibaan Antichrist menandakan akhir zaman yang sebenar (1 John 2:18). Ramai menyebarkan dusta di serata dunia, yang menafikan kedatangan Isa. Golongan ini diklasifikasikan sebagai pendusta yang bersama Antichrist (2 John 1:7). Barangsiapa yang menafikan Isa itu ialah the Christ (al-Masih) pun tergolong dalam kalangan Antichrist juga (1 John 2:22).

Namun ciri-ciri fizikal Dajjal menurut agama Kristian boleh dikatakan sangat berlainan berbanding Islam. Penanda KFR dan mata satu tidak dipetik dalam Kristian.

Sebaliknya seorang Antichrist dipetik akan timbul dari laut dengan 10 tanduk dan tujuh kepala bagaikan harimau bintang berkaki beruang dan bermulut singa (Daniel 7:1-2). Satu kepalanya nampak seperti tercedera parah tetapi kemudian sembuh sepenuhnya, yang mengejutkan seluruh dunia sekaligus menarik perhatian semua untuk mengikutinya (Daniel 7:3). Individu ini kemudian disembah seolah-olah tiada siapa boleh memeranginya (Daniel 7:4). Apabila ia membuka mulut, hanya keangkuhan dan penghujatan sahaja yang keluar. Kedua-dua dosa ini memberikannya kuasa selama 42 bulan (Daniel 7:5).

Kemuncak pengaruhnya selepas merampas kuasa daripada orang-orang beriman ialah sebuah kerajaan yang menaungi semua suku, orang, bahasa dan negara (Daniel 7:7). Semua yang menetap di atas muka bumi menyembahnya (Daniel 7:8). Inilah yang dikatakan Antichrist Laut.

Pada masa yang sama, timbul pula seorang Antichrist di Bumi yang bertanduk dua seperti kambing jantan. Percakapannya manis bagi yang didustai. Tetapi golongan yang beriman mendengarinya bagaikan ngauman naga (Daniel 7:11). Apabila luka parah di satu kepala sembuh, individu inilah yang menghasut supaya semua menyembah Antichrist Laut (Daniel 7:12). Keupayaan Antichrist ini sangatlah dahsyat. Ia berupaya untuk menurunkan api dari langit (barangkali juraian meteor dahsyat ataupun penampakan asteroid sendiri) supaya semua melihat kuasanya (Daniel 7:13).

Antichrist Bumi ini memanggil semua orang tidak kira darjat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bebas atau hamba supaya menerima penanda di tangan kanan atau dahi mereka. Barangsiapa yang tidak memiliki penanda ini diharamkan berjual beli. Dan semua seharusnya ingat bahawa penanda itu ialah angka 666 (Daniel 7:16-18).

Menurut teori konspirasi umum, angka 666 ini dalam bahasa Yunani ialah chi (600), xi (60) dan stigma (6). Memandangkan angka xi mempunyai bentuk yang sama dengan perkataan Allah dalam bahasa Arab, suatu pemahaman dijalinkan bahawasanya Iblis yang diterangkan dalam Bibel ialah Allah dalam Qur’an.

Lagipun pendedahan ini telah lama dibogelkan sebagai suatu pendustaan yang disebarkan Walid Shoebat. Sepertimana yang semua tahu, Shoebat merupakan seorang murtad yang gemar mengampu golongan Kristian. Dia pernah mengatakan bahawa 666 itu sangat berkait dengan Allah. Namun kitab Daniel telah meriwayatkan bahawa angka tersebut ialah 666, bukanlah xi (60) semata-mata.

Seperti biasa tiada siapa dalam kalangan kepaderian Kristian yang menerima pendedahan ini sebagai sahih. Kerana chi, xi dan stigma juga merupakan penanda responder kesihatan di Nevada.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.