Dahsyatnya Kubu Parit WWI

900

https://bit.ky/kombowww

Dalam pertempvran di kubu parit, pasukan lawan melakukan ser4ngan pada jarak yang agak dekat dari posisi di dalam serangkaian parit yang digali di bawah tanah.

Pertempvran kubu parit menjadi elemen yang penting apabila dua pasukan tentera yang bertempvr menghadapi jalan buntu, dengan kedua-dua pihak tidak dapat mara dan mengatasi antara satu sama lain.

Walaupun taktik per4ng kubu parit (trench warfare) telah diamalkan sejak zaman kuno seperti era imperialis di China contohnya, ia digunakan pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya di Front Barat semasa Per4ng Dunia Pertama.

Pada minggu-minggu awal Per4ng Dunia Pertama (akhir musim panas 1914), kedua-dua komander Jerman dan Perancis menjangkakan per4ng akan melibatkan sejumlah besar pergerakan pasukan tentera, ketika itu setiap pihak berusaha untuk mendapatkan atau mempertahankan wilayah.

Pihak Jerman pada mulanya menyapu bersih bahagian Belgium dan timur laut Perancis, di mana saja laluan yang mereka lalui, di situ mereka menaklvk mana-mana wilayah yang ada.

Semasa Pertempvran Marne Pertama pada bulan September 1914, Jerman diasak oleh pasukan Sekutu. Mereka kemudian mula “menggali” tanah demi untuk mengelakkan kehilangan kedudukan penting mereka lagi. Tidak mampu untuk menembusi garis pertahanan sebegini, maka pihak Sekutu juga mula menggali parit perlindungan yang saling menghadap dengan kubu parit mvsuh.

Menjelang Oktober 1914, tidak ada tentera yang berupaya memajukan kedudukannya, terutamanya kerana per4ng dilancarkan dalam kaedah yang sangat berbeza daripada yang pernah dilalui pada abad ke-19. Per4ng kubu parit masih terlalu baru bagi mereka.

Strategi bergerak maju seperti ser4ngan infanteri secara langsung sudah tidak lagi berkesan atau tidak dapat dilaksanakan dalam menghadapi sistem pers3njataan moden seperti mesingan dan artileri berat. Ketidakupayaan untuk meneruskan kemaraan ini mewujudkan jalan yang buntu.

Apa yang pada asalnya hanya dimulakan dan dianggap sebagai strategi untuk jangka waktu sementara, tiba-tiba berkembang menjadi salah satu ciri-ciri paling utama dalam per4ng di Front Barat selama empat tahun ke hadapan.

Rekabentuk Parit

Kubu parit pada awalnya tidak lebih daripada sekadar lubang perlindungan atau parit yang bertujuan untuk memberikan perlindungan sepanjang pertempvran yang singkat. Namun, apabila jalan buntu kian berlanjutan, ia semakin jelas bahawa sistem yang lebih rumit diperlukan.

Garisan utama kubu parit yang pertama disiapkan pada bulan November 1914. Pada akhir tahun itu, ia terbentang sejauh 475 batu, bermula di Laut Utara, melintasi Belgium dan Perancis utara, dan berakhir di perbatasan Swiss.

Walaupun pembinaan kubu parit secara spesifiknya ditentukan berdasarkan geografi tempatan, kebanyakannya dibina mengikut asas reka bentuk yang sama. Dinding depan parit, yang dikenali sebagai parapet, tingginya sekitar 10 kaki. Dilapisi beg pasir dari atas ke bawah, parapet juga dilindungi beg pasir seluas 2 hingga 3 kaki yang di di atas permukaan tanah. Ini memberikan perlindungan, tetapi ia juga menyukarkan pandangan mata seorang askar.

Belebas atau langkan, yang dikenali sebagai fire-step dibina di bahagian bawah parit dan membolehkan seorang askar untuk melangkah dan melihat dari atas (biasanya melalui lubang intip di celah-celah beg pasir) ketika dia bersedia untuk menemb4k. Periskop dan cermin juga digunakan untuk melihat di atas beg pasir.

Dinding belakang parit, yang dikenali sebagai parados, turut dilapisi dengan beg pasir sebagai perlindungan dari sebarang ancaman ser4ngan dari belakang. Oleh kerana dinding parit sering menerima temb4kan dan letvpan artileri yang berterusan dan ditimpa air hujan yang kerap, ia boleh menyebabkan dinding parit runtuh, jadi, dindingnya diperkukuhkan dengan beg pasir, balak, dan ranting pokok.

Garisan Parit

Kubu parit digali dengan corak zigzag supaya jika mvsuh berjaya menceroboh kubu parit, dia tidak dapat melepaskan temb4kan terus di sepanjang garis dari dalam parit. Sistem parit yang tipikal merangkumi garisan sebanyak tiga atau empat parit: barisan hadapan (juga dikenali sebagai pos luar atau garis temb4kan), parit sokongan, dan parit simpanan, semuanya dibina selari antara satu sama lain dan di mana-mana sahaja pada jarak antara 100 hingga 400 ela  .

Garisan utama kubu parit dihubungkan dengan menyambungkan rangkaian parit, membolehkan pergerakan pembawa pesanan, menyalurkan bekalan dan tentera sokongan, dan dilapisi dengan kawat berduri. Ruang di antara kubu parit dengan garisan pihak mvsuh dikenali sebagai “No Man’s Land.”  Ruangnya berbeza-beza tetapi rata-ratanya sekitar 250 ela.

Sesetengah kubu parit memiliki dugout (pondok atau ruang bilik yang dijadikan pusat operasi) di bawah permukaan parit, secara lazimnya ia selebar 20 atau 30 kaki. Sebahagian besar bilik bawah tanah ini tidak lebih dari sekadar gudang simpanan bawah tanah, tetapi kebanyakan bilik yang lebih jauh dari barisan hadapan, menawarkan lebih banyak kemudahan, seperti tempat tidur, perabot, dan dapur.

Dugout Jerman secara umumnya lebih canggih; salah satu dugout mereka yang ditawan di Lembah Somme pada tahun 1916 didapati mempunyai kemudahan tandas, elektrik, sistem pengudaraan, dan juga hiasan kertas dinding.

Rutin Harian Di Sebalik Kubu Parit

Rutin harian pasukan tentera yang bertahan di sebalik kubu parit adalah berbeza-beza mengikut pecahan kumpulan wilayah, bangsa, dan platun dibawah perintah individu, tetapi kumpulan-kumpulan mempunyai banyak persamaan dari segi struktur kerja.

Askar-askar bergilir secara berjadual mengikut turutan asas: askar yang bertempvr di barisan hadapan, diikuti oleh askar-askar yang berada di barisan simpanan atau sokongan, kemudian askar yang dalam tempoh waktu rehat yang singkat. (Mereka yang berada di barisan simpanan dikerah untuk membantu barisan hadapan bila diperlukan.) Setelah kitaran ini selesai, ia akan dimulakan kembali dari awal. Di antara askar-askar di barisan hadapan, unit pengawal ditugaskan secara bergilir selang dua hingga tiga jam.

Setiap pagi dan petang, sebelum subuh dan senja, pasukan tentera akan terlibat dalam rutin “stand-to”, di mana askar (di kedua-dua belah pihak) akan naik ke atas belebasb dinding dengan senapang dan bayonet di posisi yang bersiap sedia. Rutin “stand-to” berperanan sebagai persiapan untuk kemungkinan ser4ngan dari mvsuh pada waktu siang – subuh atau senja – di mana kebanyakan ser4ngan berkemungkinan besar boleh berlaku.

Sebelum memulakan rutin stand-to, pegawai pemerintah akan melaksanakan pemeriksaan disiplin terhadap anggota tentera terlibat dan peralatan mereka. Kemudian mereka akan dihidangkan sarapan, di mana pada masa itu kedua-dua belah pihak melaksanakan tempoh gencatan s3njata sementara.

Disiplin ini telah dilaksanakan dalan hampir seluruh pertempvran melibatkan kubu parit dalam sejarah Per4ng Dunia Pertama dan Kedua.

Sebilangan besar ser4ngan manuver (selain dari temb4kan dan bedilan artileri) dilakukan dalam kegelapan ketika tentera boleh keluar dari parit secara diam-diam untuk melakukan pengawasan dan serbuan.

Jika waktu siang tiada sebarang pertempvran, maka keadaan yang agak tenang membolehkan askar-askar melaksanakan tugas yang diberikan pada waktu siang.

Untuk mengekalkan kestabilan dan mengukuhkan kubu parit, kerja berterusan diperlukan, antaranya membaiki dinding yang rosak akibat bedilan artileri, membuang air yang bertakung, membina tandas baru, dan menggerakkan bekalan dari pusat operasi serta kerja-kerja penting yang lain.

Mereka yang tidak terlibat melakukan tugas penyelenggaraan harian akan terlibat dalam tugasan khusus, seperti menjadi pengusung, penemb4k jitu, dan pengendali mesingan.

Dalam tempoh rehat yang singkat, askar bebas untuk tidur siang, membaca, atau menulis surat kepada keluarga di kampung halaman, sebelum dikerah untuk tugasan yang lain.

Penderitaan Di Kubu Parit

Kehidupan di dalam kubu parit ibarat ner4ka dunia, selain dari ketegangan akibat pertempvran yang dialami setiap hari secara normal. Desakan alam semulajadi turut menjadi ancaman yang besar sama seperti tentera mvsuh.

Hujan lebat membanjiri parit dan mewujudkan keadaan berlumpur yang tidak boleh dilalui. Lumpur tidak sekadar menyukarkan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain; ia juga menyebabkan kesan lain yang lebih mengerikan. Dalam beberapa kes, terdapat anggota tentera yang terper4ngkap dalam lumpur tebal dan dalam; gagal melepaskan diri hingga m4ti lemas.

Air hujan yang teresap menambahkan lagi kesukaran. Dinding parit runtuh, picu raifal rosak kerana kebasahan, dan ada askar menjadi mangsa peny4kit “kaki parit” yang sangat menakutkan.

Sama seperti radang beku, gejala “kaki parit” berlaku akibat askar terpaksa berdiri di dalam air bertakung selama beberapa jam, bahkan hingga beberapa hari, tanpa berpeluang menanggalkan kasut dan stoking yang basah.

Dalam kes yang ekstrim, peny4kit gangren boleh merebak hingga menyebabkan jari kaki seorang askar, atau bahkan seluruh kakinya terpaksa dipotong.

Menyedihkan, hujan lebat masih tidak cukup untuk menghilangkan bau busuk, bau najis manusia dan bau m4yat yang mereput. Persekitaran tidak sihat ini bukan sekadar menyebabkan penyebaran peny4kit, ia juga menarik kedatangan mvsuh yang dibenci oleh kedua belah pihak – tikus tanah.

Tikus dalam jumlah yang besar berkongsi parit dengan tentera, dan lebih mengerikan, tikus-tikus ini memakan m4yat askar yang tidak sempat dikebumikan. Walaupun ada askar yang bertindak menemb4k tikus-tikus itu kerana merasa jijik dan kecewa, tetapi tikus terus membiak dan bertambah selama per4ng berlangsung.

Hama lain yang menyer4ng pasukan tentera termasuklah kutu kepala dan badan, tungau dan kudis, dan kumpulan lalat dalam jumlah yang besar.

Sebagaimana teruknya pemandangan dan bau yang askar-askar ini terpaksa hadapi, kebingitan bunyi juga memekakkan telinga mereka semasa dihujani temb4kan s3njata berat yang bertalu-talu.

Di tengah asakan yang hebat, puluhan hentaman mortar setiap minit berpotensi menghentam bahagian dalam atau berdekatan kubu parit, menyebabkan letvpan yang boleh menghilangkan pendengaran dan nyawa. Sesetengah orang mungkin boleh kekal tenang dalam keadaan seperti itu; selebihnya ada yang mengalami travma hingga menyebabkan gangguan emosi.

Rondaan dan Ser4ngan Malam

Rondaan dan serbuan berlaku pada waktu malam, di dalam kegelapan. Bagi rondaan, sekumpulan kecil askar akan merangkak keluar dari parit dan memasuki No Man’s Land. Mereka akan merangkak menggunakan siku dan lutut ke arah parit Jerman dan menembusi laluan melalui kawat berduri dalam perjalanan mereka.

Setelah mereka tiba di seberang, objektif mereka adalah untuk mencapai sasaran sedekat mungkin bagi mengumpulkan maklumat samada secara curi dengar sebarang perbualan atau mengesan aktiviti sebelum ser4ngan.

Pasukan penyer4ng jauh lebih besar daripada pasukan rondaan, kebiasaannya merangkumi sekitar 30 orang tentera. Mereka juga merangkak menuju ke parit mvsuh, tetapi peranan mereka lebih bersifat konfrontatif.

Anggota pihak penyerbu bers3njatakan senapang, pisau, dan b0m tangan. Pasukan yang lebih kecil menyer4ng pertahanan parit mvsuh, melempar b0m tangan, dan membvnuh mana-mana yang terselamat dengan senapang atau bay0net. Mereka juga akan memeriksa m4yat tentera Jerman yang gugur untuk mendapatkan sebarang dokumen atau tag nama dan pangkat.

Selain menemb4k dari dalam kubu parit, penemb4k tepat juga memainkan peranannya dari ruang No Man’s Land. Kebiasaannya mereka merayap pada waktu subuh dalam samaran, untuk mencari kedudukan yang terlindung sebelum matahari terbit.

Dengan mempraktikkan taktik muslihat yang ditiru dari Jerman sendiri, penemb4k tepat British bersembunyi di dalam “Pokok O.P.” (pos pengawasan yang berbentuk pokok). Pokok-pokok palsu ini dibina oleh jurutera tentera, ia berfungsi untuk melindungi penemb4k tepat dan memberi pandangan yang jelas untuk mereka menemb4k sasaran tanpa perlu merasa was-was.

Walaupun dengan pelbagai strategi-strategi ini, sifat semulajadi per4ng kubu parit menjadikan mana-mana pihak tentera yang mahu mengatasi mvsuhnya adalah hampir mustahil.

Kemaraan angkatan infanteri diperlahankan oleh kawat berduri, periuk api dan kawasan pengeb0man di No Man’s Land, menjadikan elemen kejutan tidak mungkin boleh dijayakan. Sehinggalah pihak Sekutu berjaya menembusi garis pertahanan Jerman menggunakan kereta kebal yang baru dicipta.

Ser4ngan Gas Beracvn

Pada bulan April 1915, Jerman melancarkan s3njata baru yang sangat kejam di Ypres di barat laut Belgium, ya, ianya adalah s3njata biologi dalam bentuk gas beracvn. Ratusan tentera Perancis yang diser4ng gas klorin terk0rban sekaligus. Mereka akan merasa lemas, jatuh ke tanah, tersedak, kekejangan, dan sesak nafas. Mangsa dim4tikan secara perlahan dan mengerikan memandangkan paru-paru mereka dipenuhi cecair.

Pihak Sekutu mula menghasilkan topeng gas untuk melindungi askar-askarnya dari ser4ngan gas yang mem4tikan, dan pada masa yang sama menambahkan gas beracvn ke gudang s3njata mereka.

Menjelang tahun 1917, kotak alat pernafasan menjadi isu biasa, tetapi itu tidak menghalang kedua-dua pihak daripada penggunaan gas klorin dan gas mustard yang sama-sama mem4tikan. Yang kemudiannya menyebabkan tempoh kem4tian yang lebih lama, memakan masa hingga lima minggu untuk membvnuh mangsanya.

Namun gas beracvn yang dahsyat tidak terbukti menjadi faktor penentu dalam per4ng kerana sifatnya yang tidak dapat dijangka (ia bergantung pada keadaan udara) dan perkembangan teknologi topeng gas yang berkesan.

Travma Per4ng

Memandangkan keadaan luar biasa yang dihadapi dalam per4ng kubu parit, tidak hairanlah jika beratus-ratus ribu askar menjadi mangsa travma “shell-shock”.

Pada awal per4ng, istilah tersebut merujuk kepada apa yang diyakini sebagai akibat dari kecederaan fizikal yang sebenarnya melibatkan sistem saraf, yang berpunca dari pendedahan kepada digempur berterusan. Gejala ini berkisar dari kelainan fizikal (gerenyet dan gegaran, gangguan penglihatan dan pendengaran, dan kelumpuhan) hingga manifestasi emosi (panik, kegelisahan, insomnia, dan keadaan hampir katatonik.)

Apabila shell-shock kemudiannya ditentukan sebagai tindak balas psikologi terhadap travma emosi, tentera tidak menerima sebarang simpati dan sering dituduh sebagai pengecut. Beberapa tentera yang mengalami travma shell-shock yang melarikan diri dari kedudukan mereka bahkan dilabel sebagai melarikan diri dari per4ng dan dihvkum m4ti oleh skuad penemb4k negara sendiri.

Menjelang akhir peper4ngan, bagaimanapun, ketika kes-kes travma per4ng melambung tinggi dan melibatkan para pegawai sebagaimana askar-askar yang dikerah, tentera Inggeris telah membina beberapa hospital tentera yang dikhaskan untuk merawat pesakit-pesakit sebegini.

Legasi Kubu Parit

Oleh kerana kemunculan kereta kebal yang digunakan pihak Sekutu pada tahun terakhir per4ng, jalan buntu akhirnya dileraikan. Pada saat gencatan s3njata ditandatangani pada 11 November 1918, dianggarkan 8.5 juta servicemen (di seluruh Front) telah kehilangan nyawa mereka untuk sesuatu yang digelar sebagai “per4ng untuk menamatkan semua per4ng.” Namun ramai mangsa yang pulang ke rumah tidak akan pernah kembali normal, sama ada kecederaan dari segi fizikal mahupun emosi.

Menjelang akhir Per4ng Dunia Pertama, per4ng kubu parit telah menjadi simbol yang sia-sia, oleh itu, walaupun adakalanya ia masih relevan, namun taktik ini sering kali ditolak oleh pakar strategi ketenteraan moden yang memihak kepada pertempvran yang bergantung kepada pergerakan, pengawasan, dan kekuatan udara.

RUJUKAN:

BBC – What was life like in a World W4r One Trenches?

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.