Sebut sahaja band Da Vagabonds, pasti anda tertanya-tanya siapa di sebalik line-up band ini bukan? Band ini terdiri daripada :

Noh Salleh – vokalis / rhythm, (Hujan)

Herri Hamid – vokalis / lead (Bittersweet)

Irfan Iskandar – Drummer (The Times/Toko Kilat/ACAB/Bittersweet)

Alea Sutan – vokalis / bass (Velvet)

Band ini diketuai oleh Noh Salleh, yang juga bermain untuk kumpulan rock indie Malaysia, Hujan. Bagi yang belum tahu, band ini menguasai muzik indie Malaysia beberapa tahun lalu serta memecahkan benteng lagu-lagu arus perdana. Apabila Noh merasakan Hujan terlalu serius dalam perkara-perkara yang mereka lakukan, dia memutuskan untuk ‘melarikan’ dirinya dari persekitaran berstruktur dan mulakan sesuatu yang lebih organik.

Masing-masing mempunyai pengalaman yang tersendiri. Herri Hamid, gitaris yang mengetuai Bittersweet, salah satu daripada pembawa muzik neo-psychedelia di Malaysia. Drummer, Irfan, bermain untuk band seperti ACAB (Oi!), The Times (Britpop) dan Relay (Indie Rock). Bassist Alia Sutan pernah bermain untuk band rock wanita yang dikenali sebagai Velvet. Maka gabungan ini bersama Noh Salleh menimbulkan satu kelainan. Juga mereka mendakwa mereka adalah satu ‘supergroup’.

“Da Vagabonds ditubuhkan atas dasar haluan muzik kami ahli kumpulan yang mempunyai citarasa muzik yang sama. Saya turut mengeksprestasikan muzik dengan Da Vagabonds sama seperti semasa awal-awal penubuhan Hujan,” kata Noh Salleh.

“Da Vagabonds music under the microscope is actually a bastard son from the marriage of British Invasion, punk rock, 60s sunshine pop and Pop Yeh Yeh.” – Dipetik dari Soundcloud Da Vagabonds.

Lagu Serahkan Segalanya pernah menjadi runut bunyi untuk filem CEO (2014). Dari segi penciptaan lagu, mereka lebih bersifat terbuka sama seperti band indie yang lain. Pengaruh punk rock british serta pop yeh yeh sangat kuat dalam lagu mereka. ‘Vocal Range’ Noh Salleh juga sudah cukup untuk membawakan lagu-lagu mereka lebih kuat untuk dinyanyikan. Lirik-lirik mereka juga bersifat rebel. Lagu-lagu dan lirik mereka adalah segar di hati peminat. Kebebasan berkarya sebeginilah yang dimahukan oleh Da Vagabonds.

Di dalam EP Da Vagabonds (2013) mengandungi enam buah lagu iaitu Gadis Italia, Down With Whatever, Cinta Galaktika, Cinta Gagak Hitam, Disko dan Di Sudut Bibirmu. Malangnya EP ini sudah tiada lagi dijual di kedai-kedai CD.

Meskipun Da Vagabonds hanyalah satu band projek, tetapi kejayaan mereka menambat hati peminat-peminat muzik tempatan sememangnya dijangka. Dalam band ini jugalah anda dapat mendengar seorang Noh Salleh membawa lagu-lagu berbahasa Inggeris. Untuk pengetahuan anda, Hujan tidak pernah membawakan lagu-lagu Inggeris di atas pentas mereka.

Kali terakhir mereka membuat penampilan adalah di ATAS pada tahun 2017. Dengan imej yang baru serta pengalaman yang dikumpul sekian lama, mereka akan beraksi di The Gasket Alley, Petaling Jaya pada 3hb Mei 2019 sempena pelancaran merchandise Hikari Riders yang terbaru.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.