Cubaan Bun*h Diri Patut Dinyahjenayah?

300

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tengku Iman Afzan binti Sultan Abdullah semakin menjadi antara wajah yang terkenal di Malaysia. Penglibatan baginda dalam MIASA telah menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai suatu masalah yang masih belum diselesaikan.

Untuk pengetahuan semua, MIASA merupakan sebuah pertubuhan kesihatan mental yang memberikan kaunseling dan penilaian kepada semua lapisan masyarakat.

Gangguan mental meny3rang sesiapa pun. Tiada tanda aras kewangan boleh mencegahkannya. Seorang miskin mungkin jemu memikirkan nasib keluarga pada hari esok.

Saban hari bekerja pun kadang tidak pernah cukup. Seorang hartawan pula mungkin menghadapi masalah berlainan – pasangan curang, anak hanyut dari landasan Islam, ibu bapa berat sebelah dan sebagainya terutamanya para isteri yang dibelenggu poligami (Al-Krenawi, 2013).

Senang kata, sesiapa saja boleh menghadapinya. Kedatangan COVID-19 yang tidak diundang pun telah meningkatkan kecenderungan orang ramai untuk bvnuh diri. Jangankan peniaga tepi jalan, seorang juruterbang Airasia yang terlalu tertekan telah membvnuh diri (Athira, 2020).

Jadi bagi Tengku Iman, pendekatan Malaysia dalam mengendalikan isu ini tidak mengetengahkan faktor-faktor berangkai yang meningkatkan kecenderungan (Teh, 2020). Malah undang-undang yang menj3nayahkan bvnuh diri itu yang menyebabkan m4ngsa lari dari realiti untuk mengelakkan stigma.

Apa yang disebut Tengku Iman mempunyai asas, kerana cubaan bvnuh diri mengundang masalah besar buat seorang Adam (yang tidak dinamakan demi menjaga aibnya).

Adam sudah bersedia untuk terjun dari balkoni rumahnya di Selangor sebelum diselamatkan pihak berkuasa. Dibawa ke mahkamah, pihak pendakwa raya meminta mahkamah kenakan hvkuman setimpal kerana Adam telah menyusahkan banyak pihak.

Ini hakikatnya:

  1. Adam menghadapi t3kanan kerana ada masalah keluarga.
  2. Semasa perbicaraan, Adam tidak diwakili peguam.
  3. Adam berjanji takkan mengulanginya.

Mahkamah pun menjatuhkan hvkuman d3nda terhadap Adam. Ribuan ringgit sekarang perlu dibayar. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula.

Jika berasa terp3rangkap semula, apa yang akan menghalang Adam daripada cuba lagi? Mungkin bukan terjun misalnya.

Isu Antarabangsa Yang Besar

Adam bukan satu-satunya orang yang berdepan dengan masalah ini. Ramai lagi di seantero dunia terutamanya dalam kalangan golongan Millennial sedang menghadapi apa yang dikatakan krisis s4kit mental.

Krisis Ekonomi 2008 berlarutan terlalu lama, sehingga tempiasnya masih dirasai pada hari ini yang dijerut dengan Kemelesetan COVID-19 pula.

Dimensi kesusahan hidup sebenarnya telah berubah dengan ketara. Benar, tiada negara dalam dunia ini sentiasa senang. Generasi-generasi lepas pun mengharungi cabaran besar dengan gaji sedikit dan akses pendidikan terhad.

Namun dua perkara ini juga merupakan rezeki tersembunyi, untuk dibandingkan dengan keadaan hari ini yakni gaji masih sedikit dan lambakan graduan yang melimpah.

Peluang pekerjaan setiap generasi ada cabarannya. Namun dengan Millennial, cabaran hidup sebenarnya jauh lebih teruk.

Berzaman dibuai dengan pandangan bahawa “susah sekarang (penat belajar), senang kemudian (kerja bagus)”. Pandangan tersebut ada kebenarannya. Takkan mungkin seorang doktor diambil dalam kalangan lepasan PT3.

Namun bukan semua graduan dalam Malaysia berijazahkan doktor. Ada yang berkelulusan Kimia pun masih bergelut di luar bidang, dengan gaji tidak setimpal dengan realiti semasa.

Ini bukan masalah Malaysia sahaja, Banyak negara menghadapi kesusahan ini. Susah buat simpanan kalau tiada dua kerja. Penat bekerja di pejabat dari pagi sampai petang. Malam bersekang mata dengan kafein pula.

Kemudian datangnya COVID-19, semua tergamam kerana simpanan selama ini telah menjadi pelampung (bukannya faktor selamat) di lautan semakin bergelora.

Menggunakan perspektif ini, hujah Tengku Iman sangatlah berasas. Cubaan bvnuh diri harus dinyahjen4yahkan supaya m4ngsa mental boleh dibantu dengan lebih baik.

RUJUKAN:

Al-Krenawi, A. (2013, Mac 22). Mental health and polygamy: The Syrian case. World J. Psychiatry.

Athira, N. (2020, Ogos 11). Suicide Spikes Amid Pandemic? The Asean Post.

Teh, A.Y. (2020, September 10). King’s daughter calls decriminalisation of (ditapiskan). NST.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.