Apabila COVID-19 mula bermutasi menjadi varian lebih kuat, ramai mula bimbang. Mana tidak bimbangnya – ini adalah krisis antarabangsa. Banyak negara menghadapi masalah.

Alih-alih tengok ada versi jauh lebih merbahaya untuk dibandingkan dengan induk Wuhan.

Pejam celik, COVID-19 sudah ada lapan varian; semua diberi nama mengikut budaya Yunani, iaitu Alpha, Beta, Gamma, Delta, Epsilon dan Iota.

Tiada guna kalau banding-membanding varian mana lagi bahaya. Semuanya merbahaya. Takkan sesekali orang banding ular kapak dan ular tedung. Kedua-dua berbisa.

Kalau jadi begini, siapa untung?

Tetapi setakat ini, varian Delta diisytihar paling serius dari segi kadar kebolehjangkitan. Namun kalau letak ular kapak dan ular tedung dalam satu balang, apa akan jadi? Dua ular ini akan bergaduh.

Benda sama sedang berlaku dengan COVID-19. Semua varian sedang berperang antara satu sama lain untuk “last man standing”. Mereka sedang memburu darjat tertinggi.

Tidak pasti sama ada akan jadi varian tunggal atau “raja varian” ini menerima “varian anak-anak buah”. Kerana masih terlalu awal. Cuma dalam situasi ini, balang ular beradu sah-sah paru-paru manusia.

Satu Mekanisme Pemilihan Semulajadi

Proses evolusi memakan masa sangat lama. Apa yang sedang berlaku dengan COVID-19 ini sebenarnya memberi gambaran pada hukum evolusi. Charles Darwin pernah bercakap pasal “survival of the fittest”.

Setelah sekian lama Delta selesa pada takhtanya, sekarang datang pula pencabar bernama Lambda. Setakat ini saintis sedang berhempas pulas kaji pasal Lambda. Orang ramai hanya mahu tahu jika Lambda lebih merbahaya (baca balik analogi dua ular). Tetapi saintis ingin tahu kadar kebolehjangkitan dan morbiditi (keparahan selepeas jangkitan).

Cuma saintis nampak mutasi baru ini akan menempuhi cabaran daripada mutasi sedia ada. Apa yang mereka nampak sekarang, Delta dan Lambda sedang cuba merebak tengok siapa lagi cepat (Ostrov, 2021). Perkara ini pernah berlaku sebelum kebangkitan Delta.

Ingat tidak macam mana dunia menggigil dengan kedatangan varian Alpha yang digelar B.1.1.7? Tetapi sekarang ada orang peduli pasal Alpha? Tidak. Kerana Delta sudah menendang Alpha jatuh daripada puncak sambil menghalang kebangkitan varian lain seperti Gamma.

Walau bagaimanapun, Delta hanya berkuasa di zonnya saja. Kalau tengok di Amerika Selatan, varian Lambda sudah penuh di sana. Jadi Delta takkan dapat mengambil alih.

Bermakna ada satu negara antara Amerika Utara dan Amerika Selatan yang menjadi sempadan pemisah antara dua varian gila ini. Menarik tidak? Rantau mana yang dikuasai satu varian nescaya takkan diambil varian lain (Fung, 2021).

Bukan Zon Selesa

Seorang manusia boleh terkena jangkitan dua varian pada satu masa yang sama. Ini sebenarnya satu perkara biasa, bukannya kiamat kesihatan pun. Saintis sudah tahu dari dulu lagi, selepas mengkaji aktiviti virus Influenza H1N1 dan H3N2 (Rith, et al., 2015).

Walaupun bunyinya macam dua kali ganda, co-infection tidak mengeruhkan sesuatu keadaan. Brazil pernah mencatatkan dua kes yang terkena dua varian berbeza. Kedua-duanya pulih tanpa rawatan hospital (Shivkumar, 2021).

Tetapi ini bukan masa untuk mengambil lewa. COVID-19 masih baru. Banyak belum diketahui lagi. Jangan sampai Alpha dan Lambda berkahwin, mengeluarkan varian Apada yang nauzubillah kebal vaksin dan boleh merebak berkali-kali ganda jauh lebih cepat.

Sekarang ini manusia mempunyai kelebihan dengan adanya vaksin. Walaupun belum ada ubat, vaksin pun sudah cukup untuk mengurangkan kadar kebolehjangkitan dan morbiditi.

RUJUKAN:

Fung, K. (2021, Mei 8). JHU COVID Researcher Predicts Lambda Variant Will ‘Run Into A Problem’ In The U.S. Newsweek.

Ostrov, B. (2021, Ogos 13). The Lambda COVID variant is in California: 5 things to know. Cal Matters.

Shivkumar, M. (2021, Mac 3). Coronavirus: what happens when a person is simultaneously infected with two variants? The Conversation.

Rith, S., et al. (2015). Natural co-infection of influenza A/H3N2 and A/H1N1pdm09 viruses resulting in a reassortant A/H3N2 virus. Journal of Clinical Virology. 73: 108-111.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.