Covid-19: The Queen Speech

1,071

Di UK, sementara perdana menteri Boris Johnson dah kong masuk hospital sebab positif COVID-19, Queen Elizabeth mengambil alih peranan untuk “rallying the nation” di saat UK berdepan dengan krisis.

Pada semalam, Elizabeth memberi perutusan khas di TV untuk memberi semangat kepada rakyat UK dan juga 15 negara Komanwel termasuk Kanada, Australia dan New Zealand di mana Elizabeth merupakan ketua negara.

Elizabeth jarang bertitah kecuali untuk Hari Krismas dan pembukaan sidang Parlimen. Perutusan “address to the nation” menerusi TV hanya pernah berlaku 4 kali: tahun 1991 (untuk bagitau rakyat kenapa UK masuk Per4ng Teluk lawan Saddam Hussein), 1997 (Princess Diana meninggal dunia), 2002 (ibundanya mangkat) dan 2012 (ulang tahun ke-60 memerintah).

Untuk kali ini, Elizabeth mengaitkan krisis COVID-19 dengan pengalamannya semasa The Blitz, waktu UK dibom oleh Jerman Nazi dari tahun 1940-1941 ketika Perang Dunia Kedua (1939-1945). Waktu tu Elizabeth baru berumur 14 tahun.

Sebagai puteri sulung, Elizabeth membuat perutusan khas di radio kepada kanak-kanak di UK dan negara-negara Komanwel, terutamanya kanak-kanak UK yang terpaksa ikut mak ayah mencari tempat perlindungan di Underground. Ada yang jadi yatim akibat serangan udara Nazi:

“We know, everyone of us, that in the end all will be well; for God will care for us and give us victory and peace. And when peace comes, remember it will be for us, the children of today, to make the world of tomorrow a better and happier place.”

Kali ini, Elizabeth pun sampaikan mesej yang sama:

“We should take comfort that while we may have more still to endure, better days will return. We will be with our friends again. We will be with our families again. We will meet again.”

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Ayahanda Elizabeth, George VI pun memainkan peranan awal dalam menenangkan rakyat UK. Sebab tu poster “Keep Calm and Carry On” (dicipta semasa The Blitz) ada crown di atas.

Demi menyampaikan titah mengisytiharkan perang ke atas Jerman, George VI berusaha mengatasi masalah gagapnya untuk buktikan kepada rakyat. Kalau dia pun mampu endure, kenapa rakyat tak dapat endure. Boleh tonton kisah tu dalam cerita The King’s Speech.

Sementara itu di US, pemimpin di peringkat persekutuan dan negeri masih bermain politik walaupun kes dah cecah 300,000. Rata-rata negara demokrasi mesti ada masalah “politicking” (budaya mempolitikkan semua isu) dan “partisanship” (semangat kepartian yang melampau, orang baik pun kena cop jahat kalau berlainan parti).

Sebagai figure yang “above politics”, raja mempunyai autoriti moral untuk menyatupadukan negara ketika krisis. Ini antara fungsi monarki yang orang tak nampak dalam hari-hari biasa, tapi terserlah pada waktu krisis.

Video penuh:

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.