Semua sedia maklum dengan pandemik wabak Covid-19 melanda Eropah, negara-negara benua berkenaan bergelut mengatasi penularan wabak berkenaan.

Bagi yang pernah mengikuti artikel penulis sebelum ini, pasti masak dengan langkah kontroversi Itali yang hanya akan merawat pesakit Covid-19 dengan kriteria berusia 80 tahun ke bawah dan mempunyai peluang lebih tinggi untuk sembuh selepas bergelut merawat bilangan pesakit positif Covid-19 yang semakin bertambah.

Kini, giliran negara yang terkenal dengan permainan laga lembu, Sepanyol membuat langkah sama. Menurut beberapa sumber yang enggan dinamakan, Sepanyol juga bakal mengikut jejak langkah Rome dalam hal berkenaan.

Beza Madrid dengan Rom dalam hal ini ialah kriteria mereka. Menurut sumber-sumber ini, Madrid mengarahkan para doktor merawat pesakit positif Covid-19 yang mempunyai jangka hayat lebih daripada dua tahun dan melihat sama ada individu itu berjasa kepada masyarakat atau sebaliknya.

Nasihat kontroversi yang muncul dalam laporan akhbar New York Times ini timbul di sebalik pertambahan kes kem4tian Covid-19 berjumlah 1,002 kes pada hari Jumaat berbanding 767 kes pada Khamis.

Manakala bilangan kes yang disahkan positif pula berjumlah 19,980 kes (Jumaat) berbanding 17,147 kes pada hari Khamis.

RUJUKAN:

The National. (2020). Coronavirus: doctors in Spain told to choose patients who have ‘more value to society’. https://www.thenational.ae/world/europe/coronavirus-doctors-in-spain-told-to-choose-patients-who-have-more-value-to-society-1.995377


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.