Di saat w*bak pandemik Covid-19 sedang menggila di Sabah, tiba-tiba kerajaan negeri Sabah dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan. Titik awal Pilihan Raya Negeri ini bermula pasca Pilihan Raya Umum ke 14 di mana Dewan Undangan Negeri Sabah menyaksikan keputusan seri. iaitu Barisan Nasional 29 kerusi, begitu juga dengan Warisan.

Walaubagaimanapun, pada 10 Mei 2018,  BN Sabah pimpinan Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dua ADUN STAR, sekaligus memperoleh majoriti mudah dengan 31 undi yang membolehkan BN membentuk kerajaan sekaligus Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Pada masa yang sama, UPKO mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional dan ahli ADUN mereka masih kekal menyokong Tan Sri Musa.

Keesokkan harinya, enam ADUN BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan, sekali gus menyokong Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai ketua menteri.

Pada 17 November, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri baharu Sabah mengikut perlembagaan dan oleh itu, merupakan ketua menteri yang sah. Tan Sri Musa menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 2020, beberapa bulan selepas tumbangnya Pakatan Harapan, tempiasnya turut terkena di Sabah. Dua ADUN blok kerajaan Sabah daripada UPKO iaitu Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Perikatan Nasional.

James Ratib dan Limus Jury.

Pada 29 Julai 2020, Tan Sri Musa mendakwa bahawa beliau mempunyai majoriti yang cukup untuk menggantikan Warisan di Sabah. Keesokkan harinya, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kerajaan mengumumkan bahawa SOP yang sama dipraktikkan diamalkan ketika Pilihan Raya Kecil Chini dan Slim pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pemimpin disyaki positif covid-19 dan mempunyai kontak rapat dengan mereka.

DATUK RAZLAN RAFIIDatuk Razlan merupakan pemimpin pertama yang disyaki dijangkiti covid-19 ketika minggu berkempen berlangsung. Beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang terlibat di dalam proses berkempen di Sabah.

Sepanjang tempoh berkempen, beliau dipercayai berada di Sipitang bagi membantu calon Barisan Nasional di kawasan tersebut. Kini beliau sedang  mendapat rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu. Antara individu yang mempunyai kontak rapat dengan beliau ialah Tan Sri Annuar Musa yang kini sedang menjalani proses kuarantin.

CALON-CALON PILIHAN RAYA

Terdapat tiga calon pilihan raya iaitu Dr Yusof Yacob dari Warisan, Datuk Kamarlin Ombin, calon Barisan Nasional bagi kawasan Lumadan dan Sani Miasin, calon Barisan Nasional bagi kawasan Sindumin.

Mereka kini sedang menjalani kuarantin setelah mempunyai kontak rapat dengan Datuk Razlan. Datuk Kamarlin telah bertemu dengan Datuk Razlan ketika penamaan calon pada 12 September.

Sani Miasin telah diminta supaya menjalani kuarantin setelah menjadi kontak rapat ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Razlan Rafii yang diuji positif virus berkenaan. Sani telah ditemani oleh Datuk Razlan semasa berkempen pada 20 September.

Dr Yusof pula memilih untuk menjalani proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan “lawan”nya turut bertindak sedemikian.

SHAHRIL HAMDAN SUFIAN

Shahril merupakan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Berdasarkan ciapan beliau di laman Twitternya, beliau disyaki positif covid-19 di Kuala Lumpur. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang simptom dan meminta maaf kepada sesiapa yang mempunyai kontak dengan beliau.

Shahril dipercayai berada di Pitas ketika minggu berkempen berlangsung bagi membantu calon DUN berkenaan. Calon DUN itu juga kini sedang menjalani proses kuarantin setelah mempunyai kontak rapat dengan beliau.

Selain beliau, antara individu yang mempunyai kontak rapat dengan Shahril ialah Lu Yen Tung, Pengarah Pilihan Raya MCA Sabah. Lu bagaimanapun mendapat keputusan negatif.

KESIMPULAN

Kepada rakyat Sabah, berhati-hati lah agar kita sama-sama dapat mel4wan wabak ini. Kepada pengundi-pengundi di luar sana, jaga diri dan patuhilah SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kepada pengundi-pengundi Sabah khususnya, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi, setiap undi anda amat bermakna. Diharapkan sesiapa sahaja yang mengepalai Sabah nanti, diharapkan akan terus membawa Sabah maju ke hadapan dan mampu membawa suara anak-anak Sabah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.