Dengan dunia teruk dibadai wabak Covid-19, perlumbaan untuk menghasilkan vaksin penyakit berkenaan juga semakin penting. Ketika ini, beberapa negara sudah mula mengadakan ujian klinikal vaksin ke atas manusia seperti Britain dan Australia.

Tatkala ramai berharap vaksin penyakit ini ditemui dengan segera, geng anti-vaksin pula terus menggila sama ada sebelum atau selepas penularan Covid-19. Tetapi pemerhatian para saintis mendapati wujud dua kelompok anti-vaksin iaitu kelompok yang insaf dan kelompok tegar yang terus menentang vaksin.

Perubahan ini direkodkan oleh pengasas Projek Keyakinan Vaksin yang berpangkalan di London, Profesor Heidi Larson. Berdasarkan pemerhatian mereka, kelompok anti-vaksin amat terkejut dengan bilangan kes positif Covid-19 dunia iaitu 2.5 juta kes dan 70,000 orang menemui ajal akibat wabak berkenaan.

Profesor Larson berkata, “Bagi yang mempunyai pandangan tegar, situasi ini membuatkan mereka lebih tegar untuk menolak. Tetapi bagi yang memilih berada di atas pagar dan memahami betapa seriusnya situasi Covid-19, mereka pasti mahukan vaksin.

“Perbezaannya di sini ialah ancaman penyakit ini nampak benar dan memberi kesan kepada semua orang. Sementara penyakit-penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan vaksin, buktinya kurang jelas di mata ibu bapa.”

Sentimen negatif terhadap vaksin ialah satu ancaman kepada perkhidmatan kesihatan global dan ancaman ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini berikutan wujud trend bilangan pengambilan vaksin di sesetengah negara menunjukkan penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan keraguan vaksin sebagai sebahagian daripada 10 ancaman utama kepada perkhidmatan kesihatan global berikutan pertambahan kes cacar sebanyak 30% di peringkat global. Bagi mengekang penularan penyakit cacar, imuniti berkumpulan perlu dicapai dengan 90-95% populasi perlu mendapat vaksin.

Ketika ini, Amerika Syarikat merekodkan pertambahan kes cacar terbesar sejak tahun 1992 dengan kebanyakan kes membabitkan golongan yang tidak mendapat vaksin. Manakala di Perancis dan Switzerland, kepercayaan orang ramai terhadap vaksin berada pada tahap rendah.

Justeru, sekiranya kumpulan anti-vaksin ini dibiarkan berleluasa, mereka boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada masyarakat terutama dari segi kesihatan. Impak kumpulan ini boleh dilihat di India pada tahun 2017.

Pada tahun itu, usaha kerajaan memberi vaksin cacar dan rubela di lima negeri terjejas selepas kumpulan anti-vaksin menyebarkan dakyah pengambilan dua vaksin itu boleh mengakibatkan penerimanya menjadi mandul.

Justeru menerusi Projek Keyakinan Vaksin ini, Profesor Larson ingin melihat apa bentuk soalan dan kebimbangan yang akan timbul sekiranya vaksin Covid-19 muncul. Dengan memberi jawapan yang tuntas dan mudah kepada orang ramai, ia dapat mem4tikan apa saja keraguan yang tiada nilai saintifik sebelum ia berakar dalam kalangan orang ramai.

RUJUKAN:

Cockburn, Harry. (2020). Coronavirus causing doubts among some anti-vaxxers but others doubling down on denial, experts say. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/coronavirus-vaccine-anti-vaxx-risk-lockdown-who-a9478446.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.