26 hari yang lepas, Iran adalah sebuah negara yang sihat. Zero case of Covid-19. Hari ini, negara tersebut adalah kawasan wabak ketiga terburuk selepas China dan Italy dengan 16,169 kes, 988 kematian dan peningkatan lebih 1000 kes positif setiap hari.

Apa punca sebenar? Di bawah adalah 3 sebab bagaimana Iran hampir musnah:

1. Tidak mendengar arahan. Apabila sekolah-sekolah Tehran ditutup, kebanyakan penduduk Iran memilih untuk berjalan ke utara terutama di sekitar Laut Kaspian. Keadaan ini telah menyebabkan COVID-19 menggila terutama di Wilayah Gilan yang bersempadan dengan Laut tersebut. 92 orang mati dalam masa seminggu termasuk seorang ahli parlimennya, Mohammed Ali Ramezani

2. Tindakan lambat kerajaan pada peringkat awal. Apabila bandar suci Syiah, Qom menerima satu kematian COVID-19 pada akhir Februari, pentadbiran Iran terlalu lambat membuat proses pengenalpastian, pengasingan dan rawatan kepada komuniti terlibat. Pegawai-pegawai kerajaan juga gagal meyakinkan ulamak Syiah untuk mengkuarantin bandar Qom kerana sebarang usaha kuarantin dianggap sebagai penghinaan kepada kubur2 suci ulama syiah di sana.

Hari ini, Qom adalah ‘epicenter’ COVID-19 di Iran

3. Kehilangan kepercayaan kepada kerajaan. Pentadbiran Iran mengalami trust deficit yang sangat ketara apabila kerap kali mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain. Kehilangan kepercayaan ini menyebabkan sebahagian rakyat tidak mempedulikan sebarang arahan kerajaan termasuk perintah kuarantin.

Betapa kritikalnya keadaan Iran hari ini sehinggakan Minoo Mohraz, Professor di Universiti Perubatan Tehran mengatakan bahawa kuarantin pada saat ini tidak akan mampu memberi kesan besar kepada penularan virus COVID-19.

Apa yang kita boleh belajar daripada kegagalan Iran?

Untuk rakyat:

1. Dengar arahan. Awak bukan doktor. Kalau kerajaan suruh duduk rumah, awak duduk rumah. Tak nak duduk rumah, pergi duduk dalam kubur

2. Percaya kepada kerajaan walau itu menyakitkan. Anda boleh pangkah parti mana ketika pilihanraya. Tetapi hari ini adalah hari bersatunya sebuah negara. Sebuah tiang tempang, maka negara itu akan runtuh jua

3. Berhenti menyalahkan mana-mana pihak apabila berlaku masalah. Jadilah sebahagian daripada angin yang menenangkan, bukan taufan yang memusnah

Untuk ahli politik:

1. Sekarang bukan musim pilihanraya. Jangan jadi bodo. Clear?

Untuk kerajaan:

1. Telus dalam memberi maklumat. Dedah trace setiap mangsa supaya kami boleh bersedia. Kepercayaan rakyat tidak boleh ditagih dengan ketaatan buta.

2. Jangan keluar kenyataan bercanggah. Ia menyusahkan semua orang. Tak ada orang nak berkumpul di balai polis kalau daripada awal diberitahu rentas sempadan hanya diizin dengan syarat terhad.

3. Bekerjasama dengan NGO dan masyarakat awam. Mereka lebih memahami isu dan keresahan rakyat di bawah. Iran tidak mampu mengambil semula kepercayaan rakyat hari ini kerana mereka sendiri daripada awal terlalu menekan masyarakat civil. Ini bukan era kerajaan tahu semua

Gambar adalah statistik kenaikan kes COVID-19 setiap hari di Iran


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.