Moving Forward As One

Cornflakes Dicipta Untuk Tangani Masalah Selalu Onani

6,727

Cornflakes merupakan bijirin yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba musim perayaan. Malahan sajian seperti cornflakes madu senantiasa menghiasi bekas kuih di setiap rumah ketika hari raya. Bukan itu sahaja, pelbagai resepi berkaitan cornflakes berjaya dihasilkan oleh rakyat Malaysia seperti cornflakes coklat dan salted egg conflakes. Tapi orang cakap cornflakes ini sihat sebab ianya adalah bijirin, betul ke?

Buat pengetahuan anda semua, Cornflakes merupakan salah satu makan yang tergolong dalam kelompok bijirin. Secara rawaknya, bijirin memiliki pelbagai kebaikan dan manfaat kepada tubuh badan kita jika diambil secara bijiran penuh.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bijiran penuh ialah bijirin yang lengkap dengan tiga komponen iaitu bran, germa dan endosperma. Bijiran penuh mengandungi lebih banyak nutrien, serat makanan, vitamin B, vitamin E, zat besi, asid lemak dan fitonutrien.

Bijirin penuh sangat berkhasiat dan semestinya menjadi sebahagian daripada diet kerana memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Salah satu komponen penting dalam bijirin penuh ialah serat makanan yang membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Sebagai contoh adalah penyakit kardiovaskular, diabetes dan beberapa penyakit lain.

Serat makanan juga memberikan kesan positif dalam pengurusan berat badan kerana mampu membuat kita kenyang. Serat makanan juga boleh mencegah dan mengurangkan risiko obesiti. Cornflakes boleh jadi sangat tidak sihat apabila anda mengambil secara berlebihan dan ditambah lagi dengan pelbagai manisan. Sekarang kita kenal pula bagaimana cornflakes boleh tercipta.

Cornflakes wujud apabila seorang doktor yang bernama John Kellog mengambil keputusan untuk mencipta snek sihat. Snek tersebut dicipta daripada oat dan jagung yang dibakar menjadi kepingan kecil seakan-akan biskut.

Pada awalnya, dia menggelarkan makanan ini sebagai “granula”. Walau bagaimanapun, nama ini kelihatan agak teruk dan sama dengan produk yang dihasilkan oleh James Caleb Jackson. Di atas desakan undang-undang, Kellog terpaksa mengubah produknya kepada “granola”.

Seterusnya, Kellog telah menghasilkan beberapa jenis bijirin yang berbeza termasuklah empingan jagung (cornflakes) sebagai makanan sihat. Dia bekerjasama dengan abang iaitu Will Kellog untuk menghasilkan serta menjualnya kepada orang ramai.

Namun begitu Will yang kurang berminat dengan makanan yang sihat dan lebih mahir dalam perniagaan bimbang produk itu tidak dapat dijual. Dia mahu menambah lebih gula ke dalam empingan jagung itu untuk menjadi lebih enak tetapi kurang dipersetujui John.

Pengakhirannya, Will mula menjual bijirin itu melalui perniagaan sendiri yang kemudiannya menjadi “Kellog Company”. Situasi ini juga membuatkan kedua-dua adik beradik ini bertengkar selama berdekad.

Oleh itu, lahirlah empingan jagung atau lebih dikenali sebagai CORNFLAKES.

Sedikit fakta menarik yang perlu anda ketahui adalah cornflakes juga dicipta untuk mengurangkan tabiat masturbasi dalam kalangan lelaki terutamanya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Penciptanya iaitu John Kellog mendapati masturbasi adalah satu tabiat yang sangat sukar untuk ditangani. Malah implikasi daripada perbuatan maturbasi ini akan menyebabkan seseorang itu menerima kesannya di masa hadapan seperti mati pucuk salah satunya.

Bagi mengatasi masalah ini, John Kellog menyatakan bahawa diet yang sihat mampu menghalang kita semua teringin lakukan masturbasi. Kekerapan menikmati makanan ringan dan daging dikatakan mampu meningkatkan keinginan seksual. Dia juga mendapati bijirin dan kekacang mampu membendung seseorang memiliki keinginan seksual yang tinggi hingga melakukan maturbasi. Bermula sejak itu, John Kellog berusaha menghasilkan makanan yang sihat seperti cornflakes.

Jadi kepada mereka yang tidak boleh kurangkan maturbasi mungkin boleh mulakan diet sihat dengan kerap makan cornflakes. Jika tidak mampu juga, anda boleh berpuasa.

RUJUKAN:

Soniak, M. (2018, Mac 7). Corn flakes were part of an anti-masturbation crusade. Mentalfloss.

Ruangan komen telah ditutup.