Di ambang setiap krisis besar yang berlaku di dunia ini, kebanyakan pusat-pusat pemerintahan negara akan menetapkan langkah-langkah atau prosedur khas bagi membolehkan mereka meneruskan tugas-tugas pentadbiran yang penting. Ini kerana prosedur ini amat penting bagi mengekalkan saluran komunikasi yang efektif terhadap rakyat dan juga meneruskan tampuk kepimpinan yang sedia ada jika pemimpin terdahulu telah terkorban dalam krisis. Krisis-krisis besar yang dimaksudkan di sini adalah seperti serangan nuklear, bencana alam yang menimpa pucuk kepimpinan, atau sebarang kejadian malapetaka yang lain.

Menurut sejarah, konsep ini dimulakan oleh Kerajaan British sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Jika anda ingat, Operasi ‘Battle of Britain’ yang menyaksikan serangan udara dan pengeboman besar-besaran Luftwaffe terhadap kebanyakkan infrastruktur strategik pihak British yang telah menyumbankan terhadap prosedur ini. Keperluan bagi prosedur ‘continuity of government’ ini telah diikuti oleh negara-negara lain semasa selepas Perang Dingin unutk mengelakkan dan meminimumkan kekeliruan, panik besar-besaran dan gangguan dalam ‘vakum kuasa’ selepas serangan nuklear.

Kita ambil contoh sesuatu senario yang berkemungkinan berlaku di Amerika Syarikat:

“Jam menunjukkan 11:30 a.m., Hari Perasmian di Amerika Syarikat. Hari yang telah ditunggu-tunggu oleh orang ramai untuk melihat Presiden of The United States (POTUS) mengangkat sumpat di hadapan barisan Kongres, Mahkamah Agung, keluarga serta penyokong-penyokong. Hari dimana bekas Presiden juga akan hadir bagi pertukaran kuasa yang akan berlaku. Di saat semua media serta kamera kamera sedang fokus di perkarangan Capitol yang mendapat liputan meluas di di televisyen seantero dunia.

Tiba-tiba, saluran televisyen di rumah John telah terputus. John yang duduk berdekatan Washington DC, keluar dari rumah dan melihat kepulan asap dan debu berterbangan di langit. Capitol telah musnah, White House telah hancur. Tiada yang terselamat dari kalangan para Kongress, malah Presiden dan bekas Presiden telah dilaporkan terkorban. Dengan angka korban yang tinggi serta kemusnahan simbolik takhta Amerika Syarikat. Rakyat telah hilang arah tujuan serta keadaan negara menjadi huru-hara dan panik berleluasa kerana tiada pelan kontingensi untuk kelangsungan kerajaan.”

Keadaan di atas mampu mengakibatkan hilangnya keseimbangan kuasa di dalam sesebuah negara. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku, konsep ini telah diperbaharui semula oleh banyak pihak kerajaan pasca serangan 11 September yang meranapkan World Trade Center. Pelan ini mengambil kira kerahsiaan, perlindungan maksimum seperti dinding yang boleh menahan serangan nuklear serta tempat yang dipilih. Kebanyakkan pusat operasi kerajaan akan berpindah ke tempat yang terpencil, jauh dari pandangan awam ataupun melalui sistem bawah tanah. Tetapi, terdapat juga negara yang telah membuka kebanyakkan pelan-pelan ini kepada pihak umum setakat hari ini.

Antaranya, Kanada telah membina kubu khas, ‘Emergency Government Headquarters’ di Carp, Ontario pada tahun 1950 oleh Douglas Stewart, seorang jurutera yang bekerja di Jabatan Pertahanan Negara. Dengan kemuncak Perang Dingin, tempat ini telah dibina secara rahsia di kawasan luar bandar serta terletak di bawah tanah dan mempunyai fasiliti lengkap setinggi empat tingkat serta dinding yang mampu menahan serangan nuklear. Kubu yang diberi gelaran ‘Diefenbunker’ sempena nama Perdana Menteri Kanada yang membenarkan projek ini, John Diefenbaker telah diberhentikan setelah tamatnya Perang Dingin dan dijadikan legasi warga Kanada.

ii.Pintu Hadapan Diefenbunker di Ontario.
ii. Fasiliti yang lengkap setinggi empat tingkat.

New Zealand pula mengambil initiatif untuk memindahkan keseluruhan Parlimen jika sebarang ancaman bencana alam berlaku terhadap kerajaan ke Devonport Naval Base yang merupakan Markas bagi Tentera Laut Diraja New Zealand. Ini kerana ancaman gempa bumi sentiasa berlaku di Wellington yang menempatkan bangunan-bangunan kerajaan dan jika skala gempat yang kuat berlaku, ia akan mengakibatkan huru-hara akibat terputusnya komunikasi antara pusat kerajaan ke kawasan negeri-negeri yang lain. Kerajaan New Zealand telah menggariskan beberapa perkara-perkara yang akan mengaktifkan pelan kecemasan ini jika berlakunya kerosakan teruk terhadap struktur bangunan Kompleks Parlimen, kakitangan yang tidak mencukupi, dan juga apabila ahli-ahli parlimen yang tidak dapat dikesan ketika berlakunya gempa.

iii. Devonport Naval Base, NZ

Salah sebuah negara di Scandinavia yang terkenal dengan fjord serta gunung-ganang yang tersergam indah, kerajaan Norway telah membina sebuah pusat pentadbiran sementara yang terletak di Hole, Buskerud County, dan ia dikhususkan sebagai tempat perlindungan bawah tanah di sebelah barat gunung Kongens Utsikt. Sentralanlegget atau Fasiliti Tengah, bertujuan adalah untuk mengelakkan serangan langsung dari peluru berpandu nuklear dari arah Timur. Dibina pada tahun 1960-an, Perang Dingin yang diancam oleh Kesatuan Soviet menjadikannya suatu keperluan penting di mana ahli-ahli Keluarga Diraja Norway, ahli-ahli kerajaan dan kakitangan utama lain boleh berpindah jika berlakunya serangan ketenteraan ke atas negara. Hole dipilih kerana mempunyai geografi gunung ganang yang besar, sesuai sebagai tempat perlindungan bawah tanah, dan ia berdekatan dengan pejabat kerajaan dan Istana Kerajaan di Oslo.

iv. Gambar pintu masuk Sentralanlegget yang ditangkap oleh wartawan Norway, Aftenposten

Oleh kerana sifat sensitif kemudahan tersebut, pada awalnya lokasi dan butiran teknikal telah dirahsiakan. Walaubagaimanapun, pada April 2010 Perbadanan Penyiaran Norway telah dengan jelasnya melaporkan nombor telefon, alamat, serta bilangan pekerja yang bekerja di Sentralanlegget di enjin carian Norway. Menariknya, semua maklumat telah dibocorkan secara tidak sengaja oleh Direktorat Perlindungan Awam dan Perancangan Kecemasan, kerajaan Norway telah menjalankan siasatan dan hasilnya berpunca dari sistem kemaskini fail yang telah lapuk. Peluang ini diambil oleh wartawan-wartawan Norway untuk menyaksikan tempat ini melalu alamat yang telah dibocorkan.

Majoriti negara-negara yang mengamalkan konsep ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa negara Barat yang mengadaptasikan pelan ini. Adakah kita tidak punyai wakil dari rantau Asia selain dari China dan juga Korea Utara ? Dalam artikel yang akan datang, kita akan melihat pelan-pelan ‘Continuity of Government’ yang melibatkan kuasa-kuasa besar dunia.

Rujukan

Commission, T. (2003). Preserving Our Institutions: The First Report of the Continuity of Government Commission. [online] Brookings. Available at: https://www.brookings.edu/research/preserving-our-institutions-the-first-report-of-the-continuity-of-government-commission/ [Accessed 1 May 2018].

Davison, I. (2014). Parliament would relocate to Auckland if quake knocked out capital. [online] NZ Herald. Available at: https://www.nzherald.co.nz/nz/news/article.cfm?c_id=1&objectid=11251869 [Accessed 1 May 2018].

Ekrol, H. (2012). Avslører hemmelig krigshovedkvarter – igjen. [online] Aftenposten. Available at: https://www.aftenposten.no/norge/i/50wMK/Avslorer-hemmelig-krigshovedkvarter–igjen [Accessed 1 May 2018].

En.wikipedia.org. (n.d.). Continuity of government. [online] Available at: https://en.wikipedia.org/wiki/Continuity_of_government [Accessed 1 May 2018].

Oliver, C. (2011). Catastrophic disaster planning and response. Boca Raton, Fla.: CRC.

Watkins, T. (2014). Parliament at naval base – emergency plan. [online] Stuff. Available at: http://www.stuff.co.nz/national/10023868/Parliament-at-naval-base-emergency-plan [Accessed 1 May 2018].


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“Seorang yang retrospektif dan dahagakan pengembaraan, explorasi dan ilmu sejarah. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Sepanyol di University of Nottingham Malaysia. 'Extremis Malis Extrema Remedia'

Comments are closed.