Maharaja Rom, Lucius Aurelius Commodus merupakan seorang pemerintah korup yang tidak begitu digemari oleh rakyat Rom di zaman pemerintahannya. Beliau mendakwa bahawa dirinya adalah penjelmaan semula Hercules. Commodus juga gemar menyertai pertarungan di arena sebagai seorang gladiator.

Sikap-sikapnya yang melampau, seperti membvnuh orang-orang lumpuh dan haiwan-haiwan eksotik di dalam arena meraihkannya pandangan buruk masyarakat. Dipercayai bahawa hal ini menjadi faktor pembvnuhannya kelak. Pemerintahannya yang kacau-bilau menjadi titik permulaan kemunduran Rom.

Commodus dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 161 Masihi di Lanuvium, sekitar 14 batu arah tenggara dari Rome. Ayahandanya ialah Maharaja Marcus Aurelius, manakala ibunya pula ialah Faustina si Muda. Faustina merupakan puteri kepada Maharaja Antoninus Pius dan sepupu Aurelius.

Commodus merupakan anak kesepuluh dari 14 orang anak Aurelius, dan beliau adalah satu-satunya putera yang kekal hidup. Saudara kembarnya, Titus Aurelius Fulvus Antonius, meninggal dunia pada usia empat tahun.

Tabib kepada Aurelius, iaitu Galen, ditugaskan untuk menjaga Commodus bagi memastikan tubuhnya kekal sihat. Setiap penyakit yang meny3rang dirawat supaya beliau terus-menerus kuat. Dari segala segi, Commodus dibela dengan maksud yang jelas, iaitu untuk mewarisi takhta.

Selain aspek kesihatan yang dipantau oleh Galen, Commodus juga diberikan pendidikan yang tinggi, dengan sedikit tumpuan diberikan pada latihan ketenteraan. Menurut Aurelius, Commodus menerima pendidikan daripada ‘ramai guru yang baik’.

Sejak usia yang sangat muda, Aurelius mendorong Commodus untuk menjadi seorang pemimpin. Aurelius amat mendambakan supaya takhtanya diwarisi oleh salah seorang putera beliau, lantaran tiada seorang pun Maharaja yang dapat mewariskan kedudukannya kepada puteranya sendiri sejak Titus mewarisi Vespasian pada tahun 79 Masihi.

Oleh kerana itu, Aurelius begitu terdesak untuk mewariskan takhtanya kepada putera beliau. Aurelius sendiri, bersama empat orang Maharaja yang mendahuluinya, hanya mewarisi takhta sebagai anak angkat dan bukannya anak gahara. Justeru pada usia lima tahun, Commodus diberikan gelaran Kaisar, bersama dengan adiknya, Marcus Annius Verus (tiga tahun kemudian, Verus mangkat sekaligus meninggalkan Commodus sebagai satu-satunya putera yang masih hidup).

Pengurniaan gelaran diraja, Kaisar, kepada Commodus pada usia yang sangat muda ini menunjukkan bahawa Aurelius berusaha untuk membuatkan puteranya itu dipandang dan dilayan sebagai kerabat diraja.

Patung Commodus ketika usia muda. 180-192M

Seiring peredaran waktu, Commodus ternyata hanya menghampakan ayahandanya lantaran etika kerjanya yang rendah dan minatnya yang tidak bertumpu pada dunia pentadbiran. Bagi sebilangan pihak, hal ini merupakan petanda bahawa Commodus bukan anak kandung Aurelius. Kononnya, Faustina mengandungkan Commodus hasil daripada hubungan dengan orang lain.

Khabar angin tentang hal ini semakin menjadi-jadi apabila Commodus menunjukkan minatnya dalam sukan gladiator ketika meningkat dewasa. Keadaan ini sekaligus membangkitkan spekulasi kononnya bapa Commodus yang sebenar adalah seorang gladiator yang pernah bercinta dengan Faustina.

Kehampaannya diketepikan, dan Aurelius terus memberikan dorongan kepada Commodus. Pada usia remajanya, Commodus menyertai kempen-kempen ketent3raan Aurelius. Pada 27 November 176 Masihi, Aurelius menaikkan pangkat Commodus yang pada waktu itu berusia 15 tahun ke jawatan Imperator. Menurut sebilangan pihak, jawatan ini memiliki peranan yang sama dengan komander perang.

Pada tahun berikutnya, Commodus menjadi Maharaja-Bersama Aurelius, dan mereka berdua memerintah emp4yar secara bersama sehinggalah Aurelius mangkat pada tahun 180 Masihi. Ketika itu, Commodus menjadi konsul paling muda dalam sejarah Rom.

Berikutan kemangk4tan ayahandanya pada tahun 180 Masihi, Commodus pun menjadi Maharaja tunggal. Beliau dipandang sebagai seorang Maharaja yang tidak cekap dan bersifat megah diri sehingga dibenci oleh rakyat. Beliau sama sekali tidak berminat untuk menjadi pemimpin. Commodus hanya memanfaatkan kuasanya itu untuk memenuhi tuntutan kehendaknya sahaja.

Pada mulanya, Commodus memang terlibat dalam beberapa urusan pentadbiran walau lazimnya tidak sehaluan dengan kehendak rakyat. Beliau pernah mengadakan rundingan damai bagi pihak Rome. Beliau juga menurunkan nilai matawang Rom, menurukan ukuran syiling denarius dan menurunkan kadar ketulenan perak. Namun tidak lama kemudian, Commodus meninggalkan kesemua tanggungjawab itu kepada orang lain supaya beliau boleh bersenang-lenang.

Memetik sejarahwan terkemuka, Dio Cassius, sikap Commodus yang tidak berminat dalam hal-hal politik ini merupakan titik permulaan bagi kemunduran Emp4yar Rom. Hal ini sekaligus membuatkan Commodus bertanggungjawab di atas kejatuhan Rom “dari sebuah kerajaan emas kepada kerajaan besi karat”.

Syiling Rom yang mengandungi imej Commodus

Commodus lebih meminati sukan gladiator dan banyak meluangkan masa di dalamnya. Beliau lazim mengunjungi arena dan bertarung sebagai seorang gladiator. Hal ini dipandang sebagai suatu perkara yang memalukan di mata rakyat Rom.

Commodus gemar bermegah diri dan mendakwa bahawa beliau adalah penjelmaan semula Hercules. Hinggakan pada suatu tahap, Commodus memerintahkan agar tugu-tugu beliau dipakaian seperti Hercules dan rakyat disuruh untuk memanggilnya sebagai Hercules si putera Zeus.

Patung Commodus sebagai Hercules, justeru terdapat di situ kulit singa dan cokmar

Ketika bertarung di gelanggang arena, lawan-lawannya akan tunduk kepada Commodus kerana menghorm4ti Maharaja. Justeru, nyawa mereka dibelas kasihani. Namun dalam pert4rungan latihan secara tertutup, Commodus gemar membvnuh lawan-lawannya.

Orang-orang Rom semakin naik berang apabila Commodus memerintahkan supaya askar-askar yang tercedera dan orang-orang yang tempang turun ke gelanggang arena untuk dibvnuh oleh beliau. Rakyat awam yang tempang juga lazim diikat beramai-ramai untuk dic4mbuk oleh Commodus sehingga m4ti.

Selain orang-orang lumpuh, Commodus turut membvnuh haiwan-haiwan eksotik seperti singa, burung unta, badak sumbu, gajah dan zirafah. Kesemua ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat Rom.

Hercules dan Hydra (sekitar 1475); wira ini memakai kulit singa ikonik dan bersenjatakan cokmar

Pada kemuncaknya, dipercayai bahawa perangai tidak semengah Commodus ini membawa kepada pembvnuhannya. Pada bulan November 192 Masihi, beliau menganjurkan Sukan Plebian di mana beliau menggunakan panah dan tombak untuk dilempari kepada ratusan ekor haiwan setiap hari. Kemudian pada waktu tengahari, beliau bertarung pula di gelanggang arena sebagai gladiator.

Menjelang bulan Disember tahun sama, beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi gladiator secara rasmi pada Tahun Baru, atau 1 Januari 193. Hal ini membangkitkan lagi kemarahan rakyat dan mendorong seorang pegawai tadbir yang bernama Laetus untuk memulakan konspirasi membvnuh maharaja.

Kekasih Commodus, Marcia, memainkan peranan yang penting dalam pembvnuhan ini. Beliau cuba membvnuh Commodus dengan meletakkan racun pada makanannya. Namun, makanan itu dimuntahkan sekaligus menggagalkan rancangan. Dalam cubaan kedua, teman gusti Commodus, yang bernama Narcissus, disuruh untuk mencekik Commodus semasa mandi. Cubaan kali ini berjaya dan pemerintahan Commodus pun berakhir pada hari terakhir tahun 192 Masihi.

Walaupun Commodus menimbulkan banyak kemarahan dan kebencian rakyat di zaman pemerintahannya, beberapa rundingan dan perjanjian emp4yar tetap dipelihara. Apapun, ramai sejarahwan bersepakat dalam mengatakan bahawa pemerintahan Commodus ini memulakan era kemunduran Emp4yar Rom.

Jelasnya, memilih untuk menjadi gladiator, membvnuh haiwan dan orang lumpuh tanpa belas kasihan, bukanlah pilihan yang baik untuk mempromosikan budaya dan sukan Rom itu.

TERJEMAHAN:

M R Reese. (25 Februari 2015). Commodus – the Outrageous Emperor who Fought as a Gladiator. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/commodus-outrageous-emperor-who-fought-gladiator-002713


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.