Perkahwinan Ferdinand II dan Isabella I telah menyatukan kerajaan Aragon dan Castile. Sembilan tahun selepas berkahwin, sebuah gerakan yang dinamakan sebagai The Spanish Inqµisition mula lahir.

Antara matlamat gerakan tersebut adalah menjulang dominasi Katolik, dengan cara pendakwaan terhadap 150,000 orang. Sesiapa sahaja yang menukarkan agama daripada Islam atau Judaism ke Katolik akan menjadi sasaran.

Sasaran mereka adalah pengamal sesat dalam kalangan populasi mereka. Dalam kalangan jumlah besar itu, antara 3,000 hingga 5,000 orang dijatuhkan hµkµman bµ.nµh.

Pada tahun 1551, kerajaan Aragon dan Castile dikuasai anak Ferdinand dan Isabella yang bernama Joanna.

Ketika ini mahkamah menjatuhkan hµkµman bµ.nµh terhadap seorang wanita hamil yang agama asalnya tidak dapat dipastikan. Tiada siapa menyelamatkan wanita ini, yang digantung hingga pergi buat selamanya.

Empat jam kemudian, jasadnya masih berayun seperti bandul di tempat tali gantung. Kemudian daripada liang peranakannya, keluar dua janin yang terus jatuh ke tanah.

Rupanya wanita tersebut sedang hamil anak kembar, yang terbµ.nµh dalam rahim apabila ibu mereka menerima hµkµman.

Apa yang berlaku di sini ialah coffin birth. Perkara sama berlaku pada tahun 1633 di Brussels, apabila seorang ibu meninggal dunia.

Tiga hari kemudian, janinnya tertem-bak keluar. Weissenfels di Jerman turut melaporkan kes sama, hanya 60 jam selepas si ibu pergi.

Jarak antara pemergian ibu dan keluaran anak memang berbeza antara satu sama lain – ada yang sebelum ditanam; ada yang semasa dalam keran-da. Sebab itulah ada jurang seperti empat jam hingga 72 jam.

Zaman sekarang janin dalam rahim akan dikeluarkan apabila ibu meninggal dunia. Jadi sains tidak begitu arif tentang proses coffin birth ini.

Kerana kebanyakannya diceritakan dalam lebaran sejarah, bukannya helaian kertas saintifik. Peristiwa sebegini juga mustahil boleh diselidik.

Saintis perlu menemani seorang ibu hamil selama mana bayi ada dalam perut… seolah-olah dengan harapan ibu tersebut meninggal dunia. Eksperimen ialah sesuatu yang sangat sukar dilaksanakan.

Jadi coffin birth ialah suatu penemuan yang dibuat secara tidak sengaja. Namun sains mempunyai teori untuk menjelaskan kejadian ini.

Proses pereputan jasad berlaku apabila tisu badan kehilangan okisgen. Waktu ini bakteria anaerobik dalam saluran perhadaman akan mengeluarkan gas seperti hidrogen sulfida, karbon dioksida dan metana.

Walaupun game, gambaran ini paling mesra untuk faham tentang kembung.

Terlalu banyak, gas ini pergi ke bahagian-bahagian lain seperti sistem peredaran (menyebabkan tubuh kembung).

Maka badan akan mengeluarkan cecair daripada semua lubang yang ada. Lapisan amniotik pula menjadi kembang dan akhirnya menyebabkan kelahiran secara paksaan.

Faktor masa ditentukan kelembapan dan suhu luaran. Satu-satunya cara untuk mengelakkan coffin birth adalah dengan menggunakan kaedah moden, seperti yang diamalkan sejak Abad Ke-19 lagi.

Sebatian kimia digunakan untuk mengeluarkan semua cecair dalam badan, termasuk gas yang menyebabkan proses rumit ini.

Tetapi pada waktu itu lagi, coffin birth kerap berlaku seperti yang ditulis John Whitridge Williams. Begitu juga zaman sekarang, dalam kalangan kes-kes terpencil.

Pada tahun 2005, ma-yat seorang wanita berusia 34 tahun ditemui dalam sebuah pangsapuri di Hamburg, Jerman.

Wanita ini sarat mengandung, tetapi sudah lama meninggal dunia kerana ma-yatnya sudah kembung dan kehilangan warna. Kepala janinnnya sudah ada pada pintu liang peranakan, mungkin akan keluar jika pihak berkuasa terlewat sehari dua.

Tiga tahun kemudian, kes hampir sama berlaku di Panama apabila seorang wanita 38 tahun ditemui dengan beg plastik menutup kepalanya. Cuaca terlalu panas memberikan kesan terhadap jasadnya.

Tetapi dalam seluar dalam wanita ini, pihak polis menemui janin yang masih mempunyai uri lagi.

Kesimpulan di sini ialah, ibu hamil jika meninggal dunia perlu menjalani proses untuk mengeluarkan janin. Kalau tidak, janin tersebut akan keluar secara sendiri. Kes pembµnµhan keluarga Watts masih terngiang-ngiang dalam ingatan.

Semua masih ingat bagaimana Christopher Lee Watts membµ.nµh isterinya Shanann (termasuk dua puteri mereka, Bella Marie dan Celeste). Tetapi Shanann sebenarnya hamil 15 minggu, janin lelaki yang dinamakan Nico.

Shanann dikebµmikan suaminya. Tetapi apabila pihak berkuasa mengorek semula, ma-yat Shanann ditemani jasad anaknya yang bernama Nico.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.