Sejak beberapa hari kebelakangan ini, aplikasi sosial baharu yang dikenali sebagai ‘Clubhouse’ mula menjadi bualan hangat kebanyakan netizen di dalam ruang lingkup media sosial.

Sebagai info, aplikasi ini mula berada di pasaran global sejak bulan April tahun 2020.
Clubhouse telah diasaskan oleh Paul Davidson (usahawan digital) dan Rohan Seth (bekas jurutera Google). Pada awalnya, platform ini hanya memiliki 1500 pengguna berdaftar. Angka itu kemudiannya meningkat kepada 2 Juta pengguna setakat 1 Februari 2021.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Ianya jelas berbeza jika kita bandingkan dengan aplikasi media sosial lain seperti Facebook, Intagram dan Twitter, yang mana Clubhouse tidak memerlukan penggunanya untuk memuat naik gambar mahupun ‘status’; yang ada cumalah rakaman suara berbentuk perbualan ataupun ‘audio-chat’.

Lebih unik, tidak semua orang boleh memuatturun aplikasi ini lebih-lebih lagi jika anda seorang pengguna Android, memandangkan Clubhouse hanya tersedia untuk pengguna-pengguna iOS (iPhone) yang boleh didapati menerusi pasaran App Store sahaja setakat hari ini.

Tambahan pula, walaupun anda memiliki sebuah iPhone versi terkini, anda hanya boleh mendaftar masuk sebagai pengguna Clubhouse jika mendapat jemputan (invitation) daripada pengguna-pengguna sedia ada terlebih dahulu.

Ini menjadikan Clubhouse persis kelab-kelab ‘premium’ yang hanya boleh disertai oleh sekumpulan elitis, cumanya kelab elit ini dijadikan dalam bentuk maya selari dengan perkembangan arus teknologi masa kini.

Seperti apa yang kita sedia maklum, Clubhouse menyediakan beberapa ruangan (room) perbualan audio yang ‘di-host-kan’ oleh beberapa individu mengikut topik-topik yang tertentu, berdasarkan citarasa dan minat para penggunanya.

Sebagai contoh, terdapat topik berkaitan sukan, kesihatan, teknologi, buku, perniagaan dan pelbagai lagi. Jika anda memilih topik-topik tertentu sejurus selepas mendaftar masuk, Clubhouse akan mencadangkan terus ruangan perbualan secara ‘live-time’ yang boleh disertai secara automatik.

Elon Musk misalannya, baru-baru ini individu kedua terkaya dunia itu telah menyertai ruangan perbualan berkaitan isu saham ‘GameStop’ yang sedang melambung tinggi sejak awal bulan Februari lalu. Sesi itu turut disertai oleh CEO aplikasi ‘Robinhood’, iaitu Vled Tenev.

Keberadaan figura-figura besar dunia seperti Musk, Mark Zuckerberg (CEO Facebook), Brian Armstrong (CEO Coinbase) telah melonjakkan lagi populariti Clubhouse, sekali gus merekodkan peningkatan drastik sebanyak 4.6 Juta akaun baharu pada 1 Februari hingga 16 Februari 2021, menurut laporan yourstory.com.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Pada 22 Januari 2021, portal ‘The Information’ telah melaporkan bahawa; Clubhouse berjaya menarik minat pelaburan baharu daripada firma pelaburan teknologi gergasi di serata dunia, dengan nilaian (valuation) semasa mencecah sehingga USD $1 Bilion.
Jumlah itu adalah 10 kali ganda lebih besar berbanding nilaian yang direkodkan pada bulan April 2020 (USD $100 Juta).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.