Claim-Claim Geng Chola Ke Atas Tamadun Seluruh Dunia

3,962

Bukan sekali dua kami berperang melawan dakwaan-dakwaan geng Chola ke atas sejarah Melayu. Perjuangan ini mengambil masa beberapa tahun sehinggakan kami letih. Namun, perlu diketahui bahawa dakwaan-dakwaan mereka tidak terhad kepada satu tamadun sahaja, malah ia merangkumi seluruh tamadun diseluruh dunia.

Anda hanya akan ketawa selepas membaca dakwaan-dakwaan mereka yang saya senaraikan di bawah.

1. Jesus merupakan seorang Tamil beragama Hindu. Kononnya nama dia ialah Keshao Krishna, tapi nama Jesus Christ ni lahir sebab mat saleh tak dapat sebut dengan betul nama Tamil dia. Kononnya dulu Palestine dengan Arabia tu sebuah tanah yang beragama Hindu.

Petikan video dari Youtube yang cuba meletakkan bahawa Mekah dan Kaabah dan perkaitannya dengan agama Hindu.

Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Jesus mengembara ke India semata-mata nak belajar Yoga. agama Kristian tu adalah sebuah kultus yang sebahagian daripada agama Hindu. Tak lupa juga Jesus tak mati, tapi diselamatkan oleh pengamal Yoda masa disalib lalu dibawa ke Kashmir dan menghabiskan hidup dia kat sana.

2. Mekah itu dulu adalah sebuah kota yang taat kepada agama Hindu. Kaabah dulu adalah sebuah kuil untuk memuja Dewa Shiva. Agama asal Tanah Arabia adalah agama Hindu, sama seperti agama penduduk asal Palestine dan Bani Israel. Kononnya sebuah empayar India pernah sampai sejauh ke Semenanjung Arabia dan menyebarkan agama vedik untuk orang Arab. Setiap relik suci Muslim daripada Hajarul Aswad sehinggalah yang lain akan dikaitkan dengan peninggalan agama Hindu di sana.

(Pautan dakwaan: https://www.youtube.com/watch?v=JF39l0ev_Gc)

3. Tamadun Sumeria merupakan sebuah tamadun Tamil, berkongsi kebudayaan dengan kebudayaan orang Tamil manakala mitologi Gilgamesh, iaitu mitologi terpanjang dan antara yang tertua dunia adalah milik masyarakat Tamil.

(Pautan dakwaan: http://arutkural.tripod.com/sumstudies/gil-story.htm)

4. 4. Bahasa Tamil adalah bahasa tertua di dunia. Kononnya berusia lebih 10, 000 SM padahal Tamadun Tamil yang dikenali adalah berusia sekitar paling tua adalah 500-300 SM.

(Pautan: https://www.quora.com/Is-Tamil-the-oldest-language-Is-this-civilisation-the-oldest-What%E2%80%99s-the-proof)

Keratan artikel claim ke atas Tamadun Maya.

5. Tamadun Maya mengambil nama kerajaan mereka daripada nama seorang Dewa Tamil bernama Dewa Mayon yang merupakan salah seorang daripada 4 dewa orang Tamil iaitu Indhiran, Vanuran, dan juga Seyon. Kononnya orang Tamil daripada Sri Lanka telah berlayar sejauh ke Amerika Tengah, menubuhkan koloni dan tamadun di sana yang dinamakan atas nama Mayon.

(Pautan dakwaan: https://creofire.wordpress.com/2013/12/02/mayans-named-tamil-god/)

6. Tamadun Korea dan Tamadun Tamil ialah adik beradik dan berkongsi perhubungan hanya kerana orang Korea memanggil bapa mereka sebagai “appa” seperti mana orang Tamil. Dakwaan ini tiada asas kerana dari segi antrpopolo, linguistic malah genetic tidak menampakkan persamaan antara dua bangsa ini.

(Pautan dakwaan: /https://timesofindia.indiatimes.com/blogs/tracking-indian-communities/korean-envoy-proud-of-his-tamil-links/ )

(Pautan dakwaan: https://www.thehindu.com/news/cities/chennai/words-that-speak-of-an-enduring-link-between-tamil-and-korean/article7853212.ece)

Beza dakwaan ini ia dimulakan oleh orang Korea sendiri, sebelum disambut oleh geng-geng Chola serata dunia.

7. Bahasa Jepun dipengaruhi oleh Bahasa Tamil dan kononnya terdapat hubungan antara dua bahasa ini.

(Pautan: http://arutkural.tripod.com/tolcampus/jap-tamil.htm)

8. Orang Tamil merupakan bangsa pertama dalam sejarah yang menemui benua Australia bersama dengan orang Sumeria.

(Pautan dakwaan https://www.ancient-origins.net/ancient-places-australia-oceania/tamils-and-sumerians-among-first-reach-australia-and-antarctica-021743)

9. Bahawa bahasa Sanskrit itu merupakan Bahasa Tamil, dan segala unsur-unsur Sanskrit yang wujud dalam kepelbagaian tamadun di seluruh dunia akan didakwa sebagai milik Tamadun Tamail walhal Bahasa Sanskrit ialah sebuah bahasa dari keluarga Indo-Eropah, lebih spesifik Indo-Aryan manakala Bahasa Tamil ialah sebahagian daripada keluarga Dravidian.

(Sumber: Pertembungan-pertembungan antara The Patriots dan geng Chola yang pernah menyerang kami.)

10. Tamadun Tamil ialah tamadun tertua dalam sejarah. Antara hujah-hujah mereka yang nak menyokong kenyataan ini ialah berkaitan dengan mitologi-mitologi Tamil seperti Kumari Kandam, kononnya terdapat sebuah benua yang hilang di Lautan Hindi yang tenggelam ke bawah laut. Bahkan dakwaan ini turut sampai kepada Lemuria atau Atlantis itu milik orang Tamil.

(Pautan dakwaan: https://www.tamilguardian.com/content/tamil-civilisation-it-oldest)

11. Mendakwa bahawa dewa-dewa Rom mempunyai pelbagai persamaan dengan dewa Hindu sambil mendabik dada tidak seperti mana-mana dewa dan dewi dari tamadun lain, dewa-dewi Hindu berjaya survive kemunculan agama-agama Ibrahim (Abrahamic Religion).

(Pautan dakwaan: https://tamilandvedas.com/tag/roman-gods/)

12. Dewa Viracochas dalam Tamadun Inca di Mesoamerika barangkali merupakan orang India yang mengembara ke sana dan menubuhkan tamadun Inca. Dakwaan ini pula cuba disogokkan dengan analisis-analisis pra-matang yang cuba mengaitkan nama dewa Inca dengan Sanskrit serta bandar dan kerajaan di Mesomaerika dengan bahasa Sanskrit. Contoh: Guatemala’ kononnya merujuk kepada ‘Ketumala sebuah wilayah dalam mitologi Hindu atau bagaimana nama negara Uruguay’ ditafsirkan diambil dari perkataan Sanskrit ‘Uruga yang membawa maksud pemuja ular.

(Pautan dakwaan: https://owlcation.com/humanities/Incas-and-India-The-God-Connection)

13. Nama-nama bintang dan astronomi dalam Tamadun China berasal daripada bahasa Sanskrit. Orang China mendakwa keturunan mereka daripada raja Hindu bernama Awar yang merupakan anak kepada Pururawa. Bahkan, kononnya nenek moyang orang China yang membina Tamadun China berasal dari wilayah sekitar Afghanistan, dan Utara India yang ketika itu berada di bawah pemerintahan raja Hindu.

(Pautan dakwaan: https://www.speakingtree.in/blog/sanskrit-and-tamil-words-in-ancient-chinese)

19, 000 kota di seluruh dunia termasuk California dan Salem konon berasal daripada Bahasa Tamil!

14. Lebih 19, 000 buah kota di seluruh dunia adalah berasal daripada Bahasa Tamil. Kononnya nama seperti Negeri Sembilan berasal daripada Nagaran Sanbalan atau Nagarthu Saralam atau Terengganu berasal daripada perkataan Tamil iaitu Terimbikanu. Bahkan negeri di Borneo seperti Sarawak didakwa berasal daripada perkataan Sarawana manakala Sabah disandingkan dengan Sauwa atau Sabawa.

Claim Chola dalam satu nafas terus ke atas negeri-negeri Melayu sampai ke Kampung Pandan!

(Pautan dakwaan: https://www.youtube.com/watch?v=JJp2XZOTxME)

Pergi ke video YouTube ini (https://www.youtube.com/watch?v=1afvFNxNTXE&t=65s) dan baca diruangan komen, maka tataplah komen para Chola berbangga kononnya binaan orang Khmer ini milik mereka!

15. Angkor Wat yang merupakan peninggalan Tamadun Khmer yang dibina oleh raja Suryavaman II pada sekitar abad ke-12 Masihi didakwa sebagai merupakan sebuah monumen binaan orang Tamil hanya kerana terdapat peninggalan tulisan Sanskrit atau agama yang dianuti oleh orang Khmer ketika itu iaitu Hindu-Buddha, atau kononnya sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh orang Tamil.

(Pautan dakwaan: https://glorioustamils.com/2014/12/08/exploring-tamil-connections/)

Kesimpulan

Kalau anda merasakan bahawa saudara kita di Indonesia agak melampau dalam perbuatan “claim” ini, fikir dulu. Sekurang-kurangnya claim mereka ada asas sejarah dan juga kebudayaan kerana berkongsi sejarah serumpun, sebangsa dan seagama.

Namun, “claim” geng Chola ini dari tamadun sejauh di hutan hujan Amerika seperti Maya, atau di tanah tinggi Amerika Selatan seperti Inca, sehingga ke timur Jauh seperti di Korea dan China, semuanya ada jejak-jejak “claim” mereka. Jadi, setujukah anda dengan saya bahawa kita dah jumpa “raja claim” yang baru?

P.S: Nasib baik saya tak jumpa “claim” Coca Cola tu asalnya minuman tamadun purba Tamil sebelum dipopularkan mat saleh.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.