Zaman Besi ialah satu era di mana besi digunakan secara meluas di Eropah, Asia dan sebahagian kawasan di Afrika. Begitupun, tidak semua kawasan mengalami Zaman Besi pada masa yang sama. Tetapi sebaliknya, pelbagai Zaman Besi ditempuh mengikut wilayah/kawasan yang berbeza. Di sebalik ini, terdapat pelbagai ciptaan era ini yang menjadi batu asas kepada kemajuan manusiawi di kemudian hari.

  • Besi tuang
Rajah 1: Gambaran artis tentang contoh besi tuang untuk penghasilan sen.ja.ta. Sumber: Universal History Archieve/Getty Images

Antara artifak besi tuang terawal yang ditemui pengkaji arkeologi ialah di China dengan pembuatannya sekitar abad kelapan SM. Ini didedahkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Archaeomaterials sekitar Mei 2021.

Kebiasaannya, proses pembuatan besi tuang membabitkan campuran besi dengan karbon dan pelbagai jenis aloi sekaligus menghasilkan aloi besi. Aloi sebegini lebih rapuh tetapi jauh lebih kuat. Besi tuang memainkan peranan penting kepada perkembangan pertanian China semasa Zaman Besi berlaku.

Ini kerana menerusi besi tuang, ia membolehkan penduduk ketika itu menghasilkan bajak sekitar abad ketiga SM. Penggunaan bajak membawa kepada pembangunan teknik bajak kontur di mana ia menolak tanah semasa digunakan. Teknik ini dilihat berupaya mengekang hakisan tanah daripada mengan.ca.m hasil pertanian mereka.

  • Pelindapkejutan
Rajah 2: Contoh proses pelindapkejutan yang ditunjukkan juri Forged in Fire, David Baker. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=f7pmqdDmD_c

Bagi peminat pertandingan Forged in Fire terbitan History, zaman inilah merupakan permulaan penggunaan teknik pelindapkejutan yang selalu digunakan oleh mana-mana pembuat sen.ja.ta bilah. Pelindapkejutan ialah satu proses menyejukkan keluli dari paras atas julat genting dengan mencelupnya dalam air atau minyak untuk mengeraskannya.

Besi tidak semestinya lebih kuat daripada gangsa. Tetapi dengan kaedah seperti pelindapkejutan, ia menukar besi kepada keluli sekaligus menjadikan ia lebih keras berbanding gangsa. Teknik ini pertama kali didokumentasikan dalam cerita epik Yunani yang dikarang Homer, The Odyssey sekitar abad kelapan atau ketujuh SM.

Mengikut salah satu petikan cerita epik berkenaan, protagonis Odysseus terpaksa berdepan dengan makhluk mitologi Yunani menggerunkan iaitu Cyclops (makhluk gergasi bermata satu). Bagi menghentikan an.ca.man mereka, beliau membutakannya dengan melempar kepala ka.pa.k yang diperbuat daripada besi ke arah matanya.

  • Senjata keluli.
Rajah 3: Contoh pe.da.ng Zaman Besi.

Pe.da.ng dan pi.sa.u keluli tidak bermula pada Zaman Besi. Ini berikutan penemuan pi.sa.u besi bersama Tutankhamun yang dibuat oleh pasukan arkeologi pimpinan Howard Carter pada awal abad ke-20. Kajian saintis mendapati pi.sa.u ini dibuat daripada elemen besi yang terkandung dalam meteorit dan dihasilkan seawal abad ke-14 SM, jauh daripada permulaan Zaman Besi yang kita tahu.

Inovasi sen.ja.ta Zaman Besi bukan pada penggunaan besi tetapi teknik metalurgi baru yang digunakan tukang besi pada ketika itu. Versi awal pe.da.ng besi tidak semestinya lebih baik atau lebih kuat berbanding pe.da.ng gangsa. Tetapi menerusi teknik seperti pelindapkejutan, ia membolehkan pandai besi menghasilkan sen.ja.ta keluli yang lebih baik dan dalam kuantiti yang banyak semasa era berkenaan.

Antara pe.da.ng keluli terawal yang direkodkan penghasilannya pada Zaman Besi ialah artifak pe.da.ng Vered Jericho yang ditemui para saintis berhampiran Jericho. Pe.da.ng ini dikatakan berperanan sebagai pe.da.ng adat istiadat dan telah dihasilkan seawal abad ketujuh SM.

Di sebalik penggunaan besi dan keluli, pandai besi dan artisan berterusan menghasilkan sen.ja.ta dan peralatan berasaskan gangsa. Malah, perkembangan teknologi baru membenarkan mereka memanfaatkan bahan lain seperti emas, perak dan batu.

  • Pembuatan duit syiling

Pemberat emas dan perak sudah lama wujud sejak Zaman Gangsa lagi. Tetapi pembuatan duit syiling hanya bermula pada Zaman Besi dengan tempat terawal yang melakukannya ialah Lydia, sebuah kerajaan lama di Semenanjung Anatolia. Syiling pertama yang dihasilkan mereka dengan imej singa dengan berat dan ketulenan sama itu dihasilkan seawal 600 SM.

Tamadun Rom mula mengeluarkan duit syiling mereka seawal abad keempat SM – bermula dengan gangsa sebelum digantikan dengan emas dan perak. Buktinya, penemuan duit syiling abad pertama SM di London yang menunjukkan imej Dewa Apollo pada satu bahagian dengan lembu menye.ra.ng pada satu lagi bahagian.

  • Pengisar batu berputar

Satu teknologi baru yang muncul pada Zaman Besi tetapi tiada kaitan dengan besi ialah pengisar batu berputar. Ini merupakan jenis baru pengisar yang telah lama digunakan untuk mengisar bijian dengan tangan yang telah wujud sekurang-kurangnya sebelum 5600 SM.

Pengisar sebegini muncul pada 400 SM di Britain. Ia terdiri daripada dua jenis batu yang diletakkan pada bahagian atas antara satu sama lain dengan lubang ditebuk pada bahagian atas.

Bijian yang telah siap dikisar akan keluar pada bahagian tepi pengisar. Walaupun tempoh menghasilkan pengisar batu berputar jauh lebih lama daripada pengisar-pengisar lain, ia berupaya menghasilkan bijian pada kadar yang lebih pantas.

RUJUKAN:

Little, Becky. (2021). 5 Iron Age Tools and Innovations. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.