Aku ada seorang kawan yang disukai oleh seorang perempuan. Kawan aku suka juga pada perempuan itu, cuma tak mahu lebih daripada kawan. Aku rasa dia tak mahu disakiti lagi sebab dia pernah gagal dalam percintaannya sebelum ini.

Masa perempuan itu menyatakan hasrat hati, kawan aku itu tak terus terima. Tapi bila mereka dah selalu bermesej dan rapat, lama-lama mereka bercinta sampai sekarang.

Dalam percintaan, gaduh-gaduh itu benda biasalah. Kadangkala kawan aku rasa jengkel (annoying) dengan sikap kekasihnya. Biasalah perangai budak-budak sisi perempuan.

Dalam percintaan, kita akan fikir diri kita sudah cukup matang dan dewasa untuk hubungan yang serius. Tapi hakikatnya, kita akan sentiasa berperangai kebudak-budakan terhadap pasangan masing-masing. Sebab itu kita mudah sensitif dan terasa dengan sikap pasangan.

Sampaikan dia rasa dia nak tinggal saja perempuan itu. Kadangkala bila berborak dengan kawan aku itu pun, dia kata kekasih dia tak penting mana pun. Dia siap kata kata perempuan boleh buat apa?

Yang hairannya, kawan aku tetap dengan perempuan itu sampailah sekarang. Dan kawan aku tak main-mainkan pun perempuan itu. Cuma, dia tak mahu komited sangat.

Kawan aku pernah cakap, antara sebab dia tak mahu tinggalkan kekasihnya sebab dia rasa kasihan. Aku tak pasti rasa kasihan pasal apa. Tetapi itulah hubungan cinta atas dasar kasihan.

Perempuan itu pula, walaupun selalu sakit hati dengan kawan aku, dia tetap tak berputus asa dengan kawan aku. Merajuk dan jengkel kejap-kejap, dia akan datang semula. Sasuke dan Sakura pun begitulah. Sasuke ini tak menerima apa-apa rasa cinta daripada sesiapa pun. Sebabnya ada kaitan dengan Itachi.

Sasuke sangat sayangkan dan rapat dengan Itachi. Sampaikan bayi Sasuke akan berhenti menangis apabila Itachi mendukungnya. Bila Itachi bunuh seluruh bangsanya sendiri, Sasuke rasa dikhianati cintanya. Dia rasa kecewa dan murung sepanjang dia membesar.

Sebab itu dia tak peduli sangat dengan pengiktirafan sesiapa pun sebab dia tak mahu disakiti lagi. Tambahan lagi, Sasuke ada matlamat dia lebih besar. Dia sedar Sakura jatuh cinta padanya. Tapi dia rasa perasaan Sakura itu tak penting dan Sasuke tak dapat nak komited terhadap perasaan itu. Malah, Sasuke sendiri rasa Sakura orang yang jengkel.

Sampai episod klimaks pun, Sasuke masih anggap Sakura seorang yang jengkel. Yang peliknya Sakura ini, walaupun disakiti, dia tetap tak berputus asa dengan Sasuke.

Pada awalnya cinta Sakura terhadap Sasuke memang agak ‘superficial‘, dan cenderung pada tarikan seksual. Tapi bila watak Sakura berkembang, kita nampak Sakura betul-betul menanam rasa cinta yang jujur walaupun Sasuke perangai macam lahanat.

Macam mana Sasuke tiba-tiba kahwin dengan Sakura, ada kisahnya dalam novel ringan. Kalau kau baca novel itu, sikap Sasuke terhadap Sakura memang bertambah baik, cuma perasaan cinta itu agak kurang kelihatan. Sasuke selalu minta kirim maaf kepada Sakura melalui Naruto sewaktu berkelana.

Cuma, pada pendapat aku, Sasuke menerima cinta Sakura mungkin atas dasar  terima kasih kerana tidak berputus asa padanya. Mungkin juga atas dasar kasihan.
Mudah cerita, cinta atas dasar apologetik. Ada perasaan penyesalan kerana bersikap celaka terhadap Sakura. Ada perasaan sedih kerana melayan Sakura macam sampah.

Sasuke mungkin macam kawan aku. Ada sedikit perasaan peduli dan mahu melindungi, tapi atas dasar kawan dan juga kasihan. Bukannya cinta yang jujur seperti Naruto dan Hinata.

Tapi mana-mana pun, bagi aku, walaupun atas dasar apologetik, cinta macam ini tetap utuh kerana masing-masing tidak mengharapkan jangkaan (expectation) daripada pasangan sendiri.

Buddha sendiri kata sebab kita menderita adalah kerana tersangkut (attach) dengan kehendak dan jangkaan. Kalau kita bebaskan diri daripada perkara-perkara itu, kita akan lebih tenang.

Sakura tak mengharapkan jangkaan lebih-lebih pada Sasuke kerana dia menerima diri Sasuke seadanya. Sasuke pun memang tak berikan kehendak yang berlebihan kepada Sakura.

Sasuke pun menerima keadaan Sakura seadanya walaupun atas dasar kasihan. Tapi itu pun bukan benda buruk pun, kan?

Lama-lama cinta yang jujur akan terbentuk dan lahir dengan sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply