Cinta Terlarang Presiden Perancis Macron Dan Gurunya

2,677

Sebut saja nama Emmanuel Macron, kita sudah membayangkan imejnya teruk dibelas4h gara-gara ucapan berbaur Islamofobia beberapa minggu lepas. Tetapi siapa sangka, Presiden Perancis ini sebenarnya meneruskan tradisi cinta terlarang membabitkan pemimpin Perancis. Dalam kes ini, kisah hubungan cinta terlarangnya dengan isterinya Brigitte Trogneux sebelum mereka sah berkahwin pada tahun 2009.

Emmaneul Macron dan Brigitte Trogneux

Menurut satu laporan akhbar Daily Mail, cinta mereka mula berputik apabila kedua-dua berciuman di pipi selepas berkolaborasi selama berbulan-bulan untuk pementasan teater sekolah Lycée La Providence di Amiens. Hubungan cinta terlarang ini berlaku semasa Macron baru berusia 16 tahun dengan Brigitte sendiri yang pada ketika itu berusia 39 tahun, juga masih lagi berkahwin dengan suaminya ketika itu, Andre-Louis Auziere.

Ciuman yang memulakan segala-galanya.

Lebih mengejutkan, salah seorang anak pasangan ini merupakan rakan sekelas bekas pegawai Rothschild Bank itu. Manakala anak sulung Brigitte, Laurence dua tahun lebih tua daripada bapa tirinya itu. Hubungan ini tercetus gara-gara kesibukan Auziere dalam arena kewangan antarabangsa, sekaligus menyebabkan ‘Madame Auziere’ (gelaran yang digunakan Brigitte) merasa sunyi dan dambakan belaian seorang lelaki.

Oleh sebab itulah, kehadiran Macron mengisi kekosongan hati Brigitte dan kedua-duanya banyak menghabiskan di kediaman-kediaman milik keluarganya itu. Bila khabar angin hubungan terlarang ini tersebar, ia mengundang rasa kurang senang ibu bapanya Profesor Jean-Michel Macron dan Francoise Nogues.

Penulis buku Emmanuel Macron, un jeune homme si parfait, Anne Fulda mendedahkan pada suatu hari, kedua-dua ibu bapanya mengadakan pertemuan dengan Brigitte. Dalam pertemuan tersebut, Prof Macron menegaskan hubungan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia patut diputuskan. Ini mengakibatkan Brigitte menitiskan air mata tetapi enggan tunduk kepada permintaan bakal mentuanya itu.

Keluarga Macron berusaha menghentikan hubungan tersebut termasuk menjodohkannya dengan seorang rakan keluarga tetapi tidak berhasil. Akhirnya, Prof Macron memutuskan untuk menghantar anak sulungnya itu ke Lycée Henri-IV, antara sekolah menengah utama di Perancis di Paris dan terletak 90 batu dari Amiens.

Jika mereka merasakan perkara sebegini dapat menghalang beliau, lupakanlah. Sekiranya berkelapangan, Macron akan pulang secara senyap-senyap ke Amiens dan bertemu dengan kekasihnya itu. Akhirnya pada tahun 2006, Auziere bercerai dengan Brigitte dalam suasana buruk kerana sudah tidak tahan dengan kecurangan isterinya itu.

18 bulan kemudian, hubungan cinta terlarang ini sah menerusi ikatan perkahwinan dengan Macron, 29 manakala Brigitte pula berusia 54 tahun. Mungkin bagi orang luar, hubungan sebegini bersifat pelik bin ajaib. Tetapi bagi yang sudah biasa menelusuri sejarah hubungan sulit atau cinta luar biasa ahli politik Perancis, benda ini bukan sesuatu yang baru.

Jacques Chirac

Tidak ramai tahu mendiang Jacques Chirac merupakan seorang buaya darat bertaraf legenda setaraf dengan John F. Kennedy. Malah, ini diakui sendiri oleh balunya Bernadette dalam satu temubual untuk sebuah buku pada tahun 2001. Dalam temubual tersebut, beliau berkata, “Semua perempuan, mereka ke sana ke sini, saya tahu siapa mereka semua.”

Buku yang dimaksudkan ialah Vingt-cinq Ans avec Lui oleh Jean Claude-Laumond. Laumond bukan orang asing di mata Bernadette kerana pernah berkhidmat sebagai pemandu Chirac dari 1972 hingga 1997. Antara anekdot menarik ialah petugas-petugas parti bergurau sesama mereka bila ditanya tentang bekas Presiden Perancis itu.

Salah seorang petugas pernah berkata, “Chirac? Tiga minit termasuk mandi.” Malah, Laumond mendedahkan satu sebab bekas Presiden Perancis itu tidak dapat dihubungi pada malam kem4l4ngan jalan raya membabitkan Puteri Diana dan kekasihnya Dodi al-Fayed pada 31 Ogos 1997 ialah Chirac sedang bersama seorang wanita ketika itu.

Francois Mitterand

Bagi Francois Mitterand pula, beliau bukan sekadar buaya darat malah mengakui mempunyai anak luar nikah hasil hubungan sulitnya. Pada tahun 1994, beliau mengakui mempunyai seorang anak perempuan bernama Mazarine hasil hubungan sulitnya dengan Anne Pingeot. Kedua-dua mereka turut menghadiri upacara pengebumian Mitterand pada tahun 1996 bersama balunya, Danielle dan dua putera mereka.

Pada tahun 2014, seorang ahli politik Sweden mengakui dirinya merupakan anak luar nikah bekas Presiden Perancis itu. Hravn Forsne yang ketika itu mahu bertanding sebagai calon Parlimen untuk Parti Moderate mengakui tindakannya berbuat demikian ialah memberi peluang kepada pengundi tahu latar belakangnya tanpa berselindung.

Ibunya Christina Forsne mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Mitterand selama 15 tahun dari 1980 hingga 1995. Semasa hubungan sulit itu bermula, Frosne berusia 31 sementara bekas Presiden Perancis itu berusia 62 tahun. Kadang-kadang dia menyusup masuk ke Istana Elysee melalui pintu rahsia atau kedua-duanya keluar bersiar-siar di bandar tanpa diketahui pasukan pengawal. Seperti Bernadette, Danielle juga mengetahui kecurangan suaminya itu.

Carla Bruni-Sarkozy

Tetapi kegilaan nafsu Presiden Perancis kadang-kadang dibayangi oleh Wanita Pertama mereka seperti kes Carla Bruni-Sarkozy. Sebelum berkahwin dengan Sarkozy, Bruni bukan saja pernah bergelar bekas kekasih Sir Mick Jagger dan Eric Clapton. Malah, beliau juga dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri Laurent Fabius dan bekas Menteri Pendidikan Luc Ferry.

Sementara Sarkozy pula sebelum mengejar cinta Bruni, mengejar cinta isteri keduanya Cécilia Ciganer-Albéniz semasa wanita itu masih lagi berkahwin dengan hos televisyen Jacques Martin. Dalam tempoh perkahwinan mereka dari 1996 hingga 2007, bekas Presiden Perancis itu menjalin hubungan cinta terlarang dengan ironinya, penulis buku Macron iaitu Fulda!

RUJUKAN:

AFP. (2014). ‘Okay, François Mitterrand was my dad,’ Swedish politician reveals. France 24. https://www.france24.com/en/20140809-swedish-politician–french-president-mitterrand-son-illegitimate

AFP. (2019). Behind Chirac’s six-decade marriage, a litany of affairs. France 24. https://www.france24.com/en/20190926-behind-chirac-s-six-decade-marriage-a-litany-of-affairs

Deccan Herald. (2012). Carla Bruni had affair with foreign minister. https://www.deccanherald.com/content/250567/carla-bruni-had-affair-foreign.html

Henley, Jon. (2001). Chirac shown as a serial seducer. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2001/sep/19/books.booksnews

Broomfield, Matt. (2017). Emmanuel Macron’s relationship with Brigitte Trogneux began with ‘kiss on cheek’ when he was 16. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/world/europe/emmanuel-macron-brigitte-trogneux-partner-affair-teacher-kiss-cheek-sixteen-school-play-a7710561.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.