Hari Thaipusam baru saja diadakan pada 5 Februari tahun ini (2023), antara hari terpenting bagi penganut agama Hindu di Malaysia selain Hari Deepavali. Hari Thaipusam disambut pada Bulan Thai iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil, sempena memperingati Dewi Parvati memberikan anak lelakinya Murugan lembing suci untuk hapuskan kejahatan.

Perayaan ini disambut oleh lebih sejuta penganut agama Hindu di seluruh negara. Kalau pasal penganut agama Hindu, mesti kita fikirkan rakyat berbangsa India saja yang menyambut perayaan Thaipusam ini. Hah, sebenarnya rakyat berbangsa Cina juga sambut perayaan ini.

Seriuslah orang Cina sambut Thaipusam? Jadi, wujud juga golongan orang Cina Malaysia yang mengamalkan agama Hindu?

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter tentang gambar orang Cina menyambut Hari Thaipusam. Ramai warga Twitter terkejut terhadap gambar tersebut dan tidak percaya rakyat Cina juga mengamalkan agama Hindu. Ada juga dalam kalangan warga Twitter tidak hairan kerana Malaysia sendiri memberikan kebebasan kepada rakyat untuk mengamalkan sebarang agama. Inilah salah satu kelebihan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang agama dan budaya.

Inilah gambar yang tular di media sosial Twitter, menunjukkan orang Cina melakukan ibadah agama Hindu sempena Hari Thaipusam.

Agama Hindu adalah agama keempat terbesar di Malaysia selepas tiga agama lain iaitu Kristian, Buddha, dan Islam dengan bilangan penganut seramai 1.78 juta orang rakyat, mengikut bancian pada tahun 2010. Negeri yang mempunyai bilangan penganut agama Hindu paling ramai ialah Negeri Smebilan, kemudian diikuti dengan Selangor, dan Perak. Mengikut bancian terkini, bilangan penganut agama Hindu berbangsa Cina seramai 15,000 orang.

Bilangan ini agak ramai juga walaupun orang India ialah rakyat paling ramai menganut agama Hindu. Mungkin sebelum perayaan Thaipusam tahun ini kita tidak begitu perasan kehadiran rakyat Cina beragama Hindu ini, melainkan kalau mereka ialah jiran kita. Dengan adanya media sosial yang menyiarkan orang Cina menyambut perayaan Thaipusam, baru kita cakna akan kehadiran mereka.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Agama Hindu telah lama bertapak di Asia Tenggara sekitar 1,700 tahun lalu, walaupun tidak pasti siapakah golongan dari India yang membawa ajaran Hindu ini. Ditambah dengan aktiviti perdagangan yang pesat antara India dengan Semenanjung Melayu, ramai warga asal terdedah dengan ajaran agama Hindu.

Dari agama Hindu inilah wujudnya beberapa buah kerajaan Melayu yang menjadikan agama ini sebagai agama rasmi. Antaranya ialah kerajaan Gangga Negara (abad kedua Masihi), Langkasuka (abad kedua Masihi), dan Kedah (abad ke-4 Masihi). Bagaimana orang China beragama Hindu boleh menetap di Semenanjung Melayu masih tidak diketahui.

Penyebaran agama Hindu di Asia Tenggara. (Sumber: Wikipedia)

 

Tapi, ada faktor yang memungkinkan orang Cina menerima agaran Hindu ini, iaitu penyebaran agama Hindu di China. Agama Hindu mula bertapak di China pada sekitar abad pertama dan kedua Masihi, tapi sejarah penyebaran agamanya tidak berapa jelas kerana kekurangan sumber kajian.

Sejarah yang jelas hanyalah amalan-amalan orang Cina yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha. Berkemungkinan agama Hindu dan ajaran Buddha bersama-sama bertapak di China, kemudian menggabungkan kedua-dua agama menjadi agama baru iaitu Buddha Cina atau Buddha Han.

Ajaran agama Buddha Cina lebih kurang sama dengan ajaran Buddha seperti mengamalkan perkara-perkara baik yang digariskan oleh Buddha, Tapi, kebudayaan hidup dalam agama tersebut banyak dipengaruhi dari agama Hindu. Contohnya ialah mitologi China. Penganut Buddha Cina percaya kepada Dua Puluh Empat Dewa (Twenty-Four Devas), iaitu kumpulan pelindung dharma (keadilan) Buddha. Dua puluh empat dewa dalam kumpulan tersebut mempunyai persamaan dengan dewa-dewa Hindu, seperti dewa Dàzìzàitiān (Shiva), dewa Dìshìtiān (Indra), dewa Dàfàntiān (Brahma), dan dewi Jíxiáng Tiānnǚ (Lakshmi).

Patung dewa Dàzìzàitiān (Shiva) dalam tokong Buddha Cina Putuoshan Guanyin Dharma Realm di Zhejiang, China. Dewa ini mempunyai persamaa dengan dewa Shiva, iaitu dewa kehancuran Hindu. (Sumber: Wikipedia)

Agama Buddha Cina juga adalah agama terbesar yang diamalkan oleh masyarakat Cina Buddha di Malaysia. Dari sinilah nenek moyang dari China bermigrasi ke Semenanjung Melayu, sama ada melalui aktiviti perdagangan atau kerahan pekerja masa zaman British menjajah, terdedah kepada agama Hindu dan kemudian wujud golongan warga Cina beragama Hindu, sebab bagi mereka agama Hindu ini mempunyai persamaan dengan agama Buddha Cina yang lama bertapak di China.

______

Nak tahu lagi tentang dunia China? Korang mesti dapatkan KITAB TAMADUN CINA! Buku ini banyak sediakan sejarah tamadun dan kehidupan orang Cina. Boleh beli di https://bit.ly/3emM5EF

RUJUKAN:

2010 Population and Housing Census of Malaysia (Census 2010). Archived 14 September 2014 at the Wayback Machine Department of Statistics Malaysia, Official Portal (2012)

Huang Xinchuan (1986), Hinduism and China, in Freedom, Progress, and Society (Editors: Balasubramanian et al.),

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply