Sebut saja Per-ang Dingin, nama Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Jawatankuasa Keselamatan Negara Kesatuan Soviet (KGB) tidak boleh dipisahkan. Semasa tempoh tersebut, kedua-dua agensi saling bersaing antara satu sama lain termasuk terlibat dalam per-ang proksi di sesetengah negara. Tetapi siapa yang selayaknya diangkat sebagai agensi perisikan terhebat dalam sejarah?

Sebelum dikenali sebagai KGB, kebanyakan aktiviti perisikan dan polis rahsia dikendalikan oleh banyak agensi sejak Revolusi 1917 dan Kesatuan Soviet ditubuhkan pada tahun 1922. Ini termasuklah Cheka (jawatankuasa anti-revolusi dan sabotaj Rusia), NKVD/MGB (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Soviet) dan MVD (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Soviet).

KGB ditubuhkan sebagai sebuah entiti perisikan berasingan daripada MVD pada 13 Mac 1954 selepas pengganti Joseph Stalin, Lavrentiy Beria[1] disingkirkan dalam satu rampasan kuasa sebelum dihukum bu-nuh. Beria merupakan sebahagian daripada troika[2] yang bertanggungjawab mentadbir negara itu pasca-Stalin setahun sebelumnya. Bagaimanapun, pengenalan dasar-dasar baru yang drastik termasuk kemungkinan meredakan hubungan dingin dengan Amerika Syarikat membawa kepada kejatuhannya.

Sejak itu, KGB melaksanakan pelbagai misi perisikan untuk Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991. Antara misi mereka ialah penglibatan secara proksi dalam Per-ang Korea dan Per-ang Vietnam, mencuri maklumat berharga termasuk maklumat perisikan dan membina aset-aset pro-Soviet di negara-negara Barat.

Bagi Amerika Syarikat pula, sebelum CIA ditubuhkan, kerja perisikan dibuat membabitkan pelbagai jabatan kerajaan tanpa sebarang kerjasama atau aturan. Selain itu, aktiviti perisikan juga bersifat sekali-sekala dan bukan sepanjang masa seperti dilakukan kuasa-kuasa Barat lain ketika itu.

Dengan tahun-tahun sebelum Per-ang Dunia Kedua (WWII), AS sendiri ketika itu masih mengamalkan dasar pemencilan dan enggan campur tangan dengan apa yang berlaku di Eropah. Akibatnya, rejim Parti Sosi-alis Kebangsaan (National Soci-alist) pimpinan Adolf Hit-ler muncul sebagai kuasa baru Jerman dan mencetuskan huru-hara dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah seperti Britain dan Perancis.

Menyedari keperluan menubuhkan agensi perisikan mereka sendiri, Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS) ditubuhkan oleh Franklin D. Roosevelt atas nasihat Sir William Stephenson[3]. Agensi ini ditubuhkan dengan menjadikan Perkhidmatan Perisikan Rahsia (MI6) dan Operasi Eksekutif Khas (SOE) sebagai asasnya. Latihan dan kelengkapan perisikan turut disediakan pihak British sehingga pihak AS mampu berdiri dengan sendiri.

Begitupun, agensi ini dipandang sepi oleh sesetengah agensi kerajaan lain dengan cawangan ten-tera seperti Ten-tera Darat, Ten-tera Laut dan Ten-tera Udara menjalankan cabang perisikan masing-masing. Tetapi semua itu berubah semasa pentadbiran Harry Truman. Truman merasakan menjadi tanggungjawab AS untuk membendung apa-apa senario yang membawa kepada per-ang negara-negara daripada menjadi realiti terutama dengan Kesatuan Soviet.

Justeru, Akta Keselamatan Negara 1947 digubal sekaligus membuka jalan kepada penubuhan CIA dan Majlis Keselamatan Kebangsaan. Roscoe H. Hillenkoetter dilantik sebagai pengarah agensi yang pertama. Tetapi selepas kegagalan CIA mengesan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada Per-ang Korea, ini membawa kepada semakan semula keseluruhan struktur perisikan kebangsaan AS.

Semakan dibuat oleh tiga panel Laporan Dulles iaitu Allen Dulles (bakal pengarah CIA), William Harding Jackson dan Matthias Correa. Dalam laporan mereka pada 1 Januari 1949, agensi, Jabatan Negara AS dan pihak tentera tidak bekerjasama dengan baik. Akibatnya, semua laporan perisikan ketiga-tiga pihak ketika itu dianggap bias, tiada kredibiliti dan berulang-ulang.

Susulan laporan tersebut, Truman melantik Walter Bedell Smith sebagai pengarah baru agensi. Smith menyusun semula CIA seperti yang digariskan dalam Laporan Dulles dan menjadikan agensi itu bertanggungjawab untuk semua hal ehwal perisikan AS. Sejak itu, ia dilihat setaraf dengan agensi-agensi perisikan lain termasuk MI6 dan pesaing terkuat mereka, KGB.

Walaupun dianggap mentah dalam dunia perisikan, tiada siapa menafikan keberanian dan kebijaksanaan perisik CIA semasa menjalankan perisikan mereka. Pada Mei 1962, agensi itu mendapat tahu pihak Soviet terpaksa meninggalkan stesen perisikan mereka di Artik berikutan keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan cabaran logistik. Untuk mengelak terkandas, semua ahli penyelidik dibawa keluar sementara landasan terbang masih boleh digunakan.

Dengan stesen kosong, ia dianggap satu peluang keemasan kepada CIA mendapatkan semua maklumat yang ada di situ. Justeru, beberapa perisik dihantar ke stesen berkenaan menerusi terjunan payung terjun. Selepas semua maklumat berjaya dikumpul, mereka dibawa keluar menerusi satu sistem pengeluaran kecemasan semasa WWII iaitu Skyhook.

Contoh penggunaan Skyhook:

Menerusi sistem ini, belon yang diisi helium dan membawa maklumat, peralatan atau perisik akan dinaikkan ke udara sebelum ia dicangkuk dan dibawa keluar dari tempat mereka berada. Sistem ini pernah ditampilkan dalam filem The Dark Knight (2008) sebagai strategi keluar Batman semasa di Hong Kong dan permainan video Call of Duty: Black Ops – Cold W-ar.

Bagi pihak KGB pula, antara kejayaan signifikan agensi itu ialah mencuri maklumat yang membentuk kapal angkasa mereka Buran pada tahun 1974. Idea pembinaan kapal angkasa itu dilihat satu usaha signifikan untuk mengatasi keupayaan aeronautik dan angkasa lepas AS serta memuaskan paranoia pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev.

Brezhnev mula gelisah selepas melihat kejayaan program Apollo pada tahun 70-an dan menyifatkan ia berpotensi sebagai pembawa b0m. Bagaimanapun, idea tersebut ditentang sekeras-kerasnya Menteri Pertahanan Soviet, Georgi Grechko sebagai membazir. Tetapi keputusan Brezhnev bersifat paku mati[4] dan tidak boleh diubah oleh sesiapa termasuk Grechko.

Bagi membolehkan Buran dapat dihasilkan, pihak agensi menghantar ramai perisik mengakses ARPANET. ARPANET ialah rangkaian komputer AS yang digunakan pelbagai agensi dan organisasi yang terlibat dalam projek Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) termasuk kapal angkasa Challenger.

Hasil maklumat yang diraih KGB mendedahkan program kapal angkasa Challenger sememangnya program angkasa lepas untuk keamanan dan bukan program keten-teraan seperti dibimbangi Brezhnev. Semua maklumat ini digunakan untuk menghasilkan Buran dan hasilnya, ia sebenarnya dianggap jauh lebih baik berbanding Challenger.

Ini kerana tidak seperti kapal angkasa buatan AS itu, rekaan kapal angkasa yang dihasilkan Valentin Glushko langsung tidak diganggu oleh pihak kerajaan. Sementara gangguan ahli politik dan perubahan polisi angkasa lepas AS menjejaskan keupayaan kapal angkasa itu sehingga memaksa pasukan kejuruteraan terpaksa berkompromi dengan pelbagai tekanan yang dikenakan.

Bagaimanapun, Buran hanya terbang sekali saja pada tahun 1988 menerusi penerbangan tanpa krew. Sebarang cubaan untuk melengkapkannya dengan enjin roket berkuasa tinggi pada tahun 1993 berakhir dengan kejatuhan Tirai Besi pada tahun 1991. Jika tidak, Rusia dan komuniti angkasa lepas mempunyai kapal angkasa dan enjin yang membolehkannya meneroka angkasa lepas. Buran disentuh panjang lebar dalam buku Soviet Di Hujung Jari.

Dalam per-ang proksi pula, kedua-dua pihak melaksanakan kempen terhadap satu sama lain dan ia banyak dicatatkan dalam lipatan sejarah. Di sebelah Asia, KGB menjadi duri dalam daging kepada operasi ten-tera AS semasa Per-ang Korea dan Per-ang Vietnam. Sementara di Timur Tengah, mana-mana rejim yang menentang Israel mendapat sokongan Soviet termasuk sokongan aset-aset KGB.

Tetapi satu tempat di mana CIA mencapai kejayaan cemerlang dalam per-ang proksi ialah Afghanistan. Beberapa bulan sebelum ketumbukan Soviet tiba di situ, pihak agensi sudah memintas pelbagai maklumat yang menjurus kepada ser-angan mereka di Afghanistan. Namun begitu, tidak seperti Vietnam dan Semenanjung Korea, CIA mahu memastikan pihak Soviet terkejut beruk apabila tiba di sana.

Untuk mencapai matlamat sedemikian, CIA bukan saja melatih pejuang-pejuang Muja-hidin. Malah, mereka turut membekalkan bantuan logistik seperti sen-jata api, ubat-ubatan dan maklumat bagi membolehkan mereka mengatasi pihak Soviet. Dan seperti dijangkakan, pada malam Krismas 1979, pihak Soviet mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka.

Rajah 1: Sekumpulan Muja-hidin di Kunar, Afghanistan semasa Per-ang Soviet-Afghanistan.

Sebaik tiba, mereka diberi ‘sambutan’ berupa pelbagai sen-jata canggih seperti pel-uru berpandu Sti-nger. Pel-uru berpandu ini bertanggungjawab memus-nahkan 300 buah helikopter dan 100 buah pesawat. Aset-aset CIA dalam Pakistan bertanggungjawab melancarkan penghantaran bekalan logistik yang diperlukan pihak Muja-hidin dalam kempen mereka. Kegagalan kempen di Afghanistan merupakan antara punca kejatuhan Tirai Besi pada tahun 1991.

Tetapi kejayaan sebenar Soviet ialah membantu meraih kelebihan sen-jata nuk-lear. Bukan satu rahsia pada awal abad ke-20, ramai ahli fizik tidak menolak kemungkinan potensi sen-jata yang membawa kemus-nahan besar iaitu b0m atom. Justeru, banyak negara berlumba-lumba untuk menjadi negara pertama mempunyai sen-jata itu termasuk Britain, AS, Perancis, Jerman dan Soviet.

Apabila Hit-ler berkuasa pada tahun 1933 disusuli kempen keten-teraan mereka pada akhir dekad berkenaan, ramai ahli fizik terpaksa melarikan diri untuk mengelak dipaksa bekerja di bawah rejim partinya. Ramai yang memilih melarikan diri ke Britain, AS atau Kesatuan Soviet. Salah seorang daripada mereka ialah Klaus Fuchs. Tetapi disedari pihak Barat, Fuchs sebenarnya merupakan aset Soviet.

Rajah 2: Klaus Fuchs

Bagi pihak Soviet, mereka perlu berada di hadapan seiring dengan kuasa-kuasa Barat lain. Walau bagaimanapun, negara itu tidak mempunyai pengetahuan saintifik untuk membangunkan sen-jata berkenaan. Jadi, seperti biasa, pihak Soviet mahu mencuri seberapa banyak maklumat daripada program nuklear AS dan Britain agar dapat dimanfaatkan oleh Soviet di kemudian hari.

Selepas melepasi pemeriksaan latar belakang pihak British, Fuchs kemudian dihantar ke AS dan menjadi sebahagian daripada Projek Manhattan[5]. Penglibatannya dianggap berharga kerana berjaya mempercepatkan tempoh masa diperlukan untuk menghasilkan b0m atom.

Bagaimanapun, Fuchs tidak keseorangan kerana Soviet menghantar ramai perisik mengakses semua maklumat program nuklear Barat termasuk Manhattan. Empat tahun selepas tamat WWII, pihak Soviet melaksanakan ujian nuklear pertama mereka sekaligus mengesahkan mempunyai sen-jata nuklear dalam kelengkapan persen-jataan mereka. Ironinya, program nuklear mereka diketuai oleh Beria atas arahan Stalin.

Rajah 3: Gambar let-upan b0m nuklear pertama Soviet pada tahun 1949

Kisah penyusupan perisik Soviet dalam program nuklear AS menjadi asas kepada kisah Perseus, seorang aset KGB yang dilabel mitos oleh komuniti perisikan. Bagaimanapun, itu tidak menghalang Activision dan Treyarch daripada menjadikannya sebagai antagonis utama Call of Duty: Black Ops – Cold W-ar.

Jika ditanya mana yang lebih hebat, penulis berpandangan agensi perisikan terhebat masih lagi KGB. Ini kerana kehebatan KGB diakui komuniti perisikan di seluruh dunia termasuk berupaya menjadikan beberapa perisik Barat sebagai aset mereka. Siapa tidak kenal Aldrich Ames[6] (CIA) dan Robert Hanssen[7] (FBI)? Kedua-duanya bertanggungjawab membocorkan nama-nama aset Soviet CIA kepada KGB pada tahun 80-an termasuk Dmitri Polyakov[8].

Atas sebab itulah, sehingga hari ini, CIA amat berhati-hati apabila ada perisik Soviet/Rusia menawarkan diri untuk berpaling tadah. Silap haribulan, mereka pula yang mengorek maklumat dan menghantarnya semula ke Moscow. Walaupun KGB runtuh bersama Tirai Besi pada tahun 1991, pengalaman dan kemahiran mereka diteruskan oleh agensi penggantinya, Biro Keselamatan Persekutuan (FSB).

NOTA KAKI:

[1] Ahli politik Rusia dan sebahagian daripada troika yang mentadbir Kesatuan Soviet selama hampir setahun dari 1953 hingga 1954. Pernah memegang peranan sebagai ketua NKVD (polis rahsia Soviet), beliau juga merupakan perogol bersiri dan semua ahli golongan elit berusaha memastikan ahli keluarga wanita mereka daripada tidak menjadi mangsa kerakusan nafsunya.

[2] Pakatan tiga pemimpin Soviet pasca-kematian Stalin iaitu Beria, Georgy Malenkov dan Vyacheslav Molotov sebagai pentadbir Kesatuan Soviet.

[3] Antara perisik terkenal British semasa WWII. Diiktiraf oleh penulis novel James Bond, Sir Ian Fleming sebagai versi dunia sebenar watak perisiknya itu.

[4] Simpulan bahasa yang bermaksud tidak boleh diubah.

[5] Program sen-jata nuklear pertama AS dengan sokongan Britain dan Kanada.

[6] Bekas perisik AS yang merisik bagi pihak KGB atas sebab kewangan. Ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan merisik pada tahun 1994. Kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Persekutuan Terra Haute, Indiana.

[7] Bekas perisik AS yang merisik bagi pihak Soviet/Rusia dalam tempoh tiga dekad sebelum ditahan pada tahun 2001. Kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara ADX Florence. Seperti Ames, Hanssen merisik bagi pihak Soviet atas sebab kewangan.

[8] Aset CIA selama 25 tahun semasa bersama KGB. Tidak diketahui motif sebenar Polyakov menjadi pemberi maklumat agensi. Ada mendakwa ia didorong oleh kebencian terhadap kegiatan rasuah dalam Soviet. Ada pula mendakwa sebagai tindakan balas dendam kerana menafikan anaknya mendapat rawatan di Barat. Ditangkap oleh KGB pada tahun 1986 sebelum dihukum ma-ti pada 1988.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.