Sebut saja Christopher Columbus, ramai tahu kisah pelayarannya ke benua Amerika dan kepulauan Carribean. Disebabkan pelayarannya ke Dunia Baru itu, ia menjadikan majikannya Sepanyol sebagai kuasa imperialis pada abad ke-16. Tetapi kisah pelayarannya itu boleh saja berakhir dengan tragedi jika tidak kerana gerhana bulan.

Pada 12 Oktober 1492, dengan mendarat di sebuah pulau di timur laut Cuba, Columbus tiba di Dunia Baru buat kali pertama. Pulau itu kemudiannya diberi nama San Salvador atau Penyelamat Suci. Dalam tempoh 10 tahun selepas itu, tiga lagi pelayaran ke Dunia Baru diketuai Columbus.

Untuk pelayaran terakhirnya, beliau berharap dapat meneroka kawasan pesisir pantai sekitar Amerika Tengah. Tetapi Columbus berdepan masalah dalam pelayaran terakhirnya itu. Untuk ekspedisi pelayaran keempat ini, empat buah kapal digunakan iaitu Capitana, Gallega, Vizcaína dan Santiago de Palos.

Ini mungkin kali terakhir anda dapat menikmati harga semua buku kami ini dengan harga promosi serendah ini! –
https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Malangnya, semasa perjalanan, epidemik cacing kapal melanda kapal-kapal Columbus. Dua daripadanya terpaksa ditinggalkan berikutan kebocoran teruk yang dialami. Dua kapal Columbus yang masih elok meneruskan perjalanan sehingga mereka berlabuh di pantai utara Jamaica pada 25 Jun 1503.

Pada awalnya, penduduk di situ iaitu puak asli Arawak mengalu-alukan kehadiran mereka. Mereka menyediakan makanan dan tempat perlindungan sementara Columbus menunggu bantuan dari Hispaniola. Bagi mendapatkan bantuan di sana, beliau mengutuskan setiausaha peribadinya, Diego Méndez de Segura.

Nicolas de Ovando y Caceres

Bagaimanapun, Gabenor Hispaniola ketika itu, Nicolas de Ovando y Caceres menolak semua rayuan de Segura untuk menyelamatkan Columbus. Ini kerana Ovando amat membenci beliau dan menghalang semua usaha menyelamat krew ekspedisi keempat Columbus. Ini mengakibatkan tempoh mereka terkandas di Jamaica berlarutan selama beberapa bulan.

Orang Arawak yang semakin hilang sabar enggan membekalkan makanan terhadap krew Columbus. Dengan kebuluran mengancam kesejahteraan krewnya, beliau mengambil langkah yang dianggap berisiko tetapi logik dari segi pengiraan astronomi.

Salah satu barang dalam simpanan Columbus ialah takwim astronomi Johannes Müller von Königsberg atau nama lainnya Regiomontanus. Menerusi takwim Regiomontanus ini, para pelayar seperti Columbus dapat mengetahui kedudukan matahari, bulan dan planet-planet serta bintang-bintang dan buruj-buruj sebagai panduan pelayaran. Selepas ia diterbitkan, ia merupakan barang wajib dimiliki bagi setiap pelayar.

Dengan melihat takwim Regiomontanus, Columbus mendapati akan berlaku gerhana bulan penuh pada 29 Februari 1504. Lantas, tiga hari sebelum gerhana berlaku, satu pertemuan diadakan antara Columbus dengan pemimpin puak Arawak.

Dalam pertemuan itu, beliau memberitahu Tuhan Kristiannya marah dengan tindakan puak Arawak yang menghentikan semua bekalan makanan terhadap mereka. Dalam tempoh tiga hari, Dia akan memusnahkan bulan purnama penuh dan menjadikan ia dipenuhi dengan api. Columbus menambah menerusi insiden tersebut, itu merupakan tanda kemurkaan-Nya terhadap mereka.

Lukisan ‘ramalan’ Columbus terjadi.

Apabila tiba hari yang dijanjikan, orang Arawak merasa terkejut melihat fenomena gerhana bulan penuh yang dinyatakan Columbus. Lantas, orang Arawak merayu kepada Columbus agar campur tangan bagi pihak mereka dan menghentikan semua ini sebagai tukaran kepada bantuan makanan untuk krew kapalnya.

Columbus kemudian kembali ke kabin kapal dan mengira pergerakan fasa bulan seterusnya. Beberapa detik sebelum gerhana berakhir, beliau memberitahu orang Arawak bahawa dosa mereka telah diampunkan dan bulan akan kembali seperti biasa.

Tindakan licik Columbus berhasil membantu mereka bertahan di Jamaica untuk beberapa bulan lagi. Akhirnya, kapal penyelamat – tanpa sebarang arahan dari Ovando di Hispaniola – tiba di Jamaica dan membawa pulang krew kapal Columbus. Beliau kemudiannya pulang ke Sepanyol pada 7 November.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Rao, J. (2014, 12 Oktober). How a Total Lunar Eclipse Saved Christopher Columbus. Space.com.

Lochun, K. How the moon saved Christopher Columbus in 1504. HistoryRevealed.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply