Christopher Columbus Bukan Orang Pertama Tiba di Amerika Syarikat

1,123

Pra-tempah hanya di Shopee

Dunia mengingati Christopher Columbus sebagai figura penting yang tiba di Benua Amerika pada abad ke-15. Dalam zaman yang bergelumangan dengan pendarjatan imperialis dan faktor warna kulit, kejahatan Columbus mungkin dikaburi semua.

Beliau berlepas daripada Cádiz, Sepanyol, pada tahun 1492 semata-mata untuk menjadi malap.etaka terhadap warga pribumi di Benua Amerika.

Ramai dijadikan ham.ba. Ada yang dipo.tong telinga. Sesiapa yang menjadi halangan akan dibµnµh pendatang tanah asing ini.

Enam warga pribumi ditangkap semata-mata kerana Columbus sangka mereka boleh diperham.bakan. Malah warga Sepanyol lain turut dibµnµh dengan za.lim kerana jen.ayah ringan (Lane, 2015).

Sebab itulah ramai warga pribumi Amerika Syarikat menentang sambutan Columbus Day. Mereka menjadikan 12 Oktober sebagai Hari Solidariti Warga Pribumi, bagi menggelapkan sejarah gelap yang diputihkan.

Sesungguhnya Columbus bukan peneroka Eropah pertama yang tiba di Benua Amerika pun. 500 tahun sebelum kedatangan Columbus, seorang peneroka Viking bernama Leif Eriksson mendarat di Newfoundland, Canada.

Menariknya, 500 tahun sebelum kedatangan Erikson, seorang hawari Ireland bernama Brendan dikatakan berjaya merentasi Lautan Atlantik (Klein, 2012).

Inilah realiti yang tidak diketahui ramai, bahawasanya penin.das dijulang mengatasi peneroka-peneroka lain.

Sejauh Mana Kebenaran Status Christopher Columbus

Apabila George Washington mengisytiharkan kemerdekaan daripada pihak British, Amerika Syarikat hanya mempunyai 13 buah negeri sahaja. Hari ini negara tersebut berkembang besar dan megah, hingga merentasi lautan luas ke Alaska.

Dan entah kenapa Amerika Syarikat menyambut Hari Columbus setiap Oktober.

Amerika Syarikat terlalu besar untuk menjulang seorang peneroka. Yang paling utama sekali, Christopher Columbus tidak pernah mendarat di mana-mana tempat yang kemudian menjadi sebuah negeri.

Empat perjalanan Columbus.

Beliau mengembara di sekitar Bahamas dan kemudian turun ke pesisiran Amerika Tengah sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Selatan.

Jadi memang jelaslah – Columbus bukan seorang penyumbang pada kebudayaan Amerika Syarikat.

Ini sebenarnya mengeruhkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan golongan pribumi sendiri.

Menyingkap Rahsia Ratusan Tahun

Seperti yang dimaklumkan, Amerika Syarikat mempunyai dua bidang tanah besar. Tanah Besar Amerika Syarikat menghubungkan 48 negeri bersekutu, termasuk Washington Daerah Columbia.

Sebidang tanah lagi terletak bersebelahan dengan Canada, iaitu Alaska yang sejuk, sunyi dan suram. Di sini sebuah pasukan saintis menemui artifak yang dikhuatiri lebih awal daripada zaman kedatangan Columbus.

Manik ini barangkali daripada seutas kalung leher atau gelang tangan, kerana pakar arkeologi turut menemui benang yang diperbuat daripada kulit pokok. Salah seorang pakar ialah Michael Kuntz daripada Universiti Alaska yang menjalankan ujian analisis pentarikhan radiokarbon.

Analisis tersebut membawa dapatan yang luar biasa. Manik ini berasal daripada tahun antara 1397 hingga 1488 (McGreevy, 2021).

Asal-Usul Semua Artifak

Tiada siapa mengetahui secara tuntas dari mana datangnya manik ini. Tetapi ada satu teori menarik, yang mengatakan manik ini berasal daripada kota Venice.

Kemudian ia dibawa melalui Laluan Sutera sama ada Timur Tengah atau Crimea pra-Rusia. Merentasi Asia Tengah sebelum tiba di Beijing. Ada kebarangkalian tinggi manik ini dibawa masyarakat pribumi Rusia yang merentasi Laut Bering ke Alaska.

Terdapat juga kemungkinan yang pentarikhan radiokarbon itu tidak tepat. Jadi ada peluang tipis bahawa manik ini tiba di Alaska selepas kedatangan Christopher Columbus. Namun ini tidak mengubahkan apa-apa kerana Columbus tidak mendarat di Amerika Syarikat… apatah lagi Alaska.

Selain daripada artifak ini, saintis turut menemui barangan sejarah lain seperti arang kayu dan tulang rusa kutub yang mungkin suatu kebetulan. Tetapi penemuan seperti anting-anting kuprum dan loket besi membangkitkan lebih banyak persoalan (Geggel, 2021).

RUJUKAN:

Geggel, L. (2021, Februari 12). European beads found in Alaska predate Columbus, controversial study claims. Live Science.

Klein, C. (2012, Oktober 5). 10 Things You May Not Know About Christopher Columbus. History.

Lane, K. (2015, Oktober 8). Five myths about Christopher Columbus. The Washington Post.

McGreevy, N. (2021, Februari 10). Venetian Glass Beads May Be Oldest European Artifacts Found in North America. Smithsonian Mag.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.