https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Chris Kyle – Penembak Tepat Terhandal Dalam Sejarah Amerika Syarikat

5,390

“Bang!” Tembakan dilepaskan. Peluru pun menerjah kulit menembusi badan. Maka tumbanglah seorang musuh yang menjadi sasaran daripada jaraknya yang jauh dan selamat.

Itulah situasi yang dihadapi oleh pen3mbak tepat tentera yang bertugas di zon peperangan. Men3mbak m4ti musuh adalah tugas hakiki mereka dan mereka ini amatlah digeruni musuh di medan perang.

Dalam sejarah, terdapat begitu ramai individu-individu yang dicatatkan sebagai pen3mbak tepat handal yang merekodkan puluhan malahan ratusan tembakan yang meragut terus nyawa musuh yang dibaham peluru senjata mereka.

Latar Belakang Pen3mbak Tepat Terhandal Amerika Syarikat

Agak terkenal dengan nama Chris Kyle, Christopher Scott Kyle dilahirkan pada tarikh 8 April 1974 di sebuah bandar bernama Odessa yang terletak di kawasan barat Texas, Amerika Syarikat.

Chris Kyle, seperti kanak-kanak biasa yang lain di Texas, dibesarkan dalam suasana yang lasak dan keras di mana beliau lebih banyak menghabiskan masanya di luar rumah dengan melakukan aktiviti seperti memburu.

Sebaik menamatkan persekolahannya, Chris Kyle telah menyambung pelajaran ke Universiti Tarleton di Stephenville, Texas sebelum kembali ke kampong halaman bagi meneruskan kehidupannya seperti kebiasaan. Beliau juga agak terkenal dengan kehebatannya pada ketika itu dalam pertandingan Bronco Busting, sebuah pertandingan mengimbang badan di atas kuda yang agak terkenal di Texas.

Chris Kyle & Dunia Ketenteraan

Chris Kyle yang sememangnya seorang individu yang amat meminati pekerjaan sebagai seorang anggota tentera akhirnya berjaya menyertai pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999. Beliau terus menyertai kursus latihan bagi menjadi seorang anggota pasukan SEALs, sebuah pasukan khas Tentera Laut Amerika Syarikat sebaik menyertai pasukan Tentera Laut tersebut.

Sebaik menamatkan kursus latihan SEALs yang penuh dengan cabaran yang menguji mental dan fizikal itu, Kyle kemudian terpilih bagi menjalani kursus latihan pen3mbak tepat pula sebelum sah menjadi seorang penempak tepat pasukan SEALs setelah menamatkan kursus latihan itu.

Beliau kemudian terus berkhidmat bersama pasukan SEALs di tanah air sebelum dihantar ke Iraq buat pertama kalinya pada tahun 2003. Di sinilah permulaan kegemilangannya dalam menjadi pen3mbak tepat terhandal dalam sejarah Amerika Syarikat.

Untuk 6 tahun seterusnya, Chris Kyle dikatakan telah berjaya men3mbak m4ti 160 orang anggota musuh sepanjang perkhidmatannya di Iraq. Kehandalannya itu telah membuatkan beliau mendapat jolokan nama The Legend dalam kalangan anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Iraq pada ketika itu.

Chris Kyle yang sememangnya sudah biasa dengan aktiviti memburu menganggap bahawa menjadi seorang pen3mbak tepat adalah sesuatu yang mengalir di dalam darahnya semenjak lahir dan hal itu amat sukar untuk disangkalkan lagi dengan melihat kepada rekod yang dimilikinya itu.

Walaupun terkenal dengan kehebatan dan kehandalannya dalam men3mbak m4ti musuh-musuhnya, Chris Kyle juga pernah mengalami peristiwa yang getir dan sukar untuk dilaksanakannya semasa bertugas di sebuah bandar bernama Nasiriyah di Iraq.

Beliau bersama rakan-rakan pen3mbak tepat sepasukannya yang ditugaskan untuk memerhatikan sebarang pergerakan yang meragukan dari bumbung bangunan agar anggota-anggota pasukan Marin Amerika Syarikat meneruskan perjalanan dengan lancar tanpa serangan hendap pihak musuh.

Segalanya tampak lancar dan baik sebelumlah munculnya seorang wanita dan seorang kanak-kanak secara tiba-tiba tidak jauh dari konvoi pasukan Marin tersebut. Kyle yang melihat pergerakan wanita dan kanak-kanak itu berasa bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan mereka berdua.

Tekaan Kyle tersebut tepat apabila wanita tersebut mengeluarkan sebutir bom tangan sambil menunggu konvoi pasukan Marin tersebut untuk menghampirinya. Kyle yang bertanggungjawab melindungi konvoi tersebut melepaskan tembakan terhadap wanita yang sudahpun menarik pin bom tangan itu. Tindakannya itu telah menyelamatkan konvoi pasukan Marin tersebut.

Beliau mengalami perasaan yang bercampur baur sebaik men3mbak mati wanita tersebut yang cuba menyerang hendap. Namun begitu, dalam satu temuramah, Chris Kyle ada menyatakan yang beliau berjaya meyakinkan dirinya bahawa tindakannya itu adalah satu tindakan yang tepat dalam menyelamatkan konvoi pasukan Marin pada ketika itu.

Chris Kyle akhirnya bersara daripada perkhidmatannya dalam pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat dan pasukan SEALs pada tahun 2009 setelah kira-kira 11 tahun berkhidmat dalam pasukan tersebut sebagai pen3mbak tepat.

Chris Kyle Selepas Persaraan

Sebaik bersara daripada pasukan Tentera Laut, Chris Kyle telah bekerja bersama syarikat yang menawarkan perkhidmatan latihan kepada anggota tentera dan polis. Seterusnya pada tahun 2012, beliau telah menulis bersama-sama dengan dua orang rakan sejawatnya dahulu sebuah buku berjudul American Sniper : The Autobiography of the Most Lethal Sniper in U.S. Military History yang menceritakan tentang kisahnya di Iraq.

Bukan itu sahaja, beliau juga aktif terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan bersama-sama dengan veteran perang Amerika Syarikat dengan penubuhan sebuah pertubuhan NGO yang bernama FITCO Cares Foundation.

Beliau juga telah menubuhkan sebuah syarikat keselamatan swasta yang bernama Craft International yang menawarkan perkhidmatan keselamatan kepada orang ramai di Amerika Syarikat.

Malang sekali, Chris Kyle menemui ajalnya pada tarikh 2 Februari 2013 setelah ditembak m4ti oleh seorang veteran pasukan Marin di sebuah lapang sasar di Texas. Veteran Marin itu juga telah direkodkan mempunyai sejarah penyakit mental sebelum itu.

Chris Kyle yang pada ketika itu baru sahaja berumur 38 tahun meninggalkan isteri bersama dengan dua orang anaknya. Pada majlis pengebvmiannya, dikatakan bahawa ianya telah dihadiri oleh lebih 7000 orang awam yang menangisi pemergian individu yang dianggap mereka sebagai wira itu.

Buku yang telah ditulis Chris Kyle, American Sniper: The Autobiography of the Most Lethal Sniper in U.S. Military History bersama-sama dengan dua orang rakannya, Scott McEwen dan Jim DeFelice telah diadaptasikan menjadi sebuah filem yang bertajuk American Sniper pada penghujung tahun 2014.

Filem arahan Clint Eastwood tersebut telah mencipta sejarah apabila mendapat kutipan tertinggi bagi sebuah filem p3rang di mana ianya berjaya mencatatkan kutipan berjumlah kira-kira $547 juta atau lebih RM2 bilion.

Pada tahun berikutnya pula, iaitu pada tanggal 24 Februaru 2015, individu yang telah men3mbak m4ti Chris Kyle akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah berjaya dibuktikan bersalah oleh pihak pendakwa raya di atas kesalahan m3mbunuh.

I risked my life for my buddies, to protect my friends and fellow countrymen.

RUJUKAN :

  1. Biography (20 Februari 2015). Chris Kyle Biography, U.S. Navy SEALs (1974 – 2013). https://www.biography.com/military-figure/chris-kyle
  2. The History Readers (14 Mac 2012). Chris Kyle: Al-Shaitan of Iraq. https://www.thehistoryreader.com/military-history/chris-kyle-al-shaitan-iraq/
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.