Moving Forward As One

Chola: Tamadun India Selatan Kebanggaan Orang Tamil

5,360

Beberapa hari lepas, minat orang ramai terhadap Emp.ay.ar Chola kembali tercetus angkara satu artikel yang dikarang Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Tetapi siapa Chola ini sebenarnya? Chola merujuk kepada emp.ay.ar maritim Tamil yang berpangkalan di selatan India. Bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini terutama fasa awal pemerintahannya.

Yang pasti, ia disebut bukan saja dalam kesusasteraan awal Tamil dan Dekri Asoka. Malah, nama Chola dikatakan turut disebut dalam manuskrip Rom-Yunani Periplus of the Erythraean Sea dan manuskrip Geography yang dikarang oleh Ptolemy. Mengikut semua catatan manuskrip, pemerintahnya dikatakan berdarah Tamil.

Sangam merupakan karya sastera Tamil yang banyak membicarakan legenda raja Chola. Salah satu mitos raja kerajaan ini ialah perihal seorang raja bernama Kantaman. Dalam Sangam, raja ini dikatakan berpegang teguh kepada ajaran Hindu sehingga membawa kepada kemunculan Sungai Kaveri sebagai ganjaran kepada keteguhan pegangannya itu.

Menjelang 300 Masihi, kerajaan Pallava dan Pandya mula melebarkan pengaruh mereka ke selatan India. Ini mengakibatkan pengaruh kerajaan ini mula merosot. Bagi mengelakkan kerajaan tersebut mu.sn.ah, kerajaan Chola memilih untuk diserap sebagai sebahagian daripada kerajaan pesaing mereka.

Walaupun hanya diberi satu kawasan kecil untuk diperintah sekitar Uraiyur, prestij mereka sebagai kerajaan sebagai terpelihara. Ini kerana pemerintah kerajaan itu bersedia menerima puteri-puteri Chola sebagai isteri mereka atau kerabat diraja mereka. Uraiyur juga memastikan pengaruh mereka sentiasa kekal sebagai pemangkin kebangkitan semula mereka di kemudian hari seperti disaksikan bakal pemerintah hebat mereka, Vijayalaya.

Mungkin beginilah proses mewariskan dinasti Chola ke keturunan selepasnya.
Kredit: Sai keerthi Akaash

Vijayalaya mula bangkit sekitar 850 Masihi semasa masih bergelar pembesar dinasti Pallava. Pertelingkahan Pallava dan Pandya memberi peluang kepada baginda menewaskan kedua-dua kerajaan dan menjadi asas kepada Emp.ay.ar Chola. Salah satu kota yang jatuh ke tangan mereka ialah Thanjavur (Tanjore) di mana ia ditukar peranan sebagai ibu kota kerajaan itu.

Apabila putera Vijayalaya, Aditya I menaiki takhta, baginda melihat seluruh orang Tamil perlu disatukan di bawah panji Chola. Lantas, ia mendorongnya menggerakkan ekspedisi keten.te.raan yang meruntuhkan kerajaan Pandya sekitar 885 dan Pallava sekitar 897. Pemerintah-pemerintah Chola kemudiannya menjadikan Sri Lanka sebahagian daripada emp.ay.ar mereka pada awal abad ke-10 dengan keseluruhan wilayah Tamil dikawal mereka pada akhir abad berkenaan.

Rajendra Chola mengetuai ser.ang.an.

Kemuncak Chola sebagai sebuah kerajaan berlaku semasa era Rajendra Chola I dan Rajendra Chola II. Semasa era Rajendra Chola I, kerajaan Chola berjaya menguasai sejauh Maldives dan kawasan pesisir pantai Malabar. Kawasan-kawasan ini merupakan pelabuhan-pelabuhan penting Lautan Hindi untuk aktiviti perdagangan India-China.

Bagaimanapun, baginda iri hati dengan kemakmuran pelabuhan-pelabuhan yang dikawal oleh Emp.ay.ar Melayu Srivijaya yang berkuasa di rantau Kepulauan Melayu ketika itu. Justeru, bagi memastikan aliran perdagangan China-India terus masuk ke pelabuhan-pelabuhan Chola, Rajendra menggerakkan angk.at.an lautnya untuk menye.ra.ng pelabuhan-pelabuhan penting Srivijaya seperti Langkasuka, Kedah Tua dan Palembang pada 1025 Masihi.

Se.ra.ngan-se.ra.ngan sama turut dilaporkan di Burma, Kepulauan Nicobar dan Andaman. Bagaimanapun, perlu diingat kebanyakan ekspedisi Chola lebih kepada penj.arahan dan bukan pen.akl.ukan seperti yang dicanang oleh geng pseudo-Chola selama bertahun-tahun. Selepas tiga tahun, kebanyakan pelabuhan kembali pulih dengan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya berjalan seperti biasa.

Kerajaan Chola berterusan cuba menggugat kedudukan Srivijaya dengan menj.arah pelabuhan-pelabuhan mereka tetapi gagal. Kali terakhir se.ra.ngan dibuat pada tahun 1060 dan sejak itu, mereka tidak lagi mengganggu emp.ay.ar Melayu berkenaan. Ini kerana mereka sentiasa digugat oleh kerajaan Chalukya yang cuba keluar daripada pengaruh mereka selama bertahun-tahun.

Disebabkan kempen pe.ra.ng berterusan antara kedua-dua kerajaan, secara perlahan-lahan ia mula menghakis kekuatan Chola. Akibatnya, satu-persatu wilayah yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada ja.ja.han mereka sebelum ini berjaya membebaskan diri daripada cengkaman mereka atau jatuh ke tangan kerajaan lain. Contohnya, Sri Lanka berjaya keluar daripada pengaruh Chola berikutan kebangkitan kerajaan Sinhala di wilayah berkenaan.

Situasi ini turut tidak dibantu dengan kebangkitan semula kerajaan Pandya dan permainan pe.ra.ng proksi antara pihak Sinhala dengan Chola. Ini dicatat dalam teks sej.arah Sri Lanka Mahavamsa di mana apabila pe.ra.ng saudara Pandya tercetus, Sinhala dan Chola menghantar wakil masing-masing untuk membantu pihak bertelagah. Ini bertujuan untuk memastikan mana-mana pemenang yang muncul dalam konflik berkenaan memihak kepada mereka.

Menjelang abad ke-13, kerajaan Chola ibarat telur di hujung tanduk. Semasa tempoh akhir kerajaan ini, kebanyakan pemerintahnya merupakan pemerintah yang lemah dan tidak berkaliber seperti Vijayalaya atau Rajendra Chola I.

Di sebalik usaha pemerintah terakhir Chola, Rajendra Chola III memulihkan kembali kerajaannya, usaha tersebut berakhir dengan kegagalan. Ini kerana Pandya kembali bangkit sebagai kuasa baru di selatan India dan perlahan-lahan mer.am.pas saki-baki wilayah Chola. Akhirnya pada 1279, hayat kerajaan Chola berakhir menerusi kekalahan Rajendra Chola III dan sejak itu, ia tidak lagi menjadi sebutan.

Walaupun nama Chola kini tersemat dalam satu lagi babak sej.arah di India, legasi mereka masih dirasai sehingga hari ini. Misalnya, dari segi pendidikan, kerajaan Chola menggalakkan aktiviti pendidikan yang pesat menerusi jaminan kestabilan politik dan geran kerajaan kepada pelajar-pelajar dan kuil-kuil. Walaupun ia diajar di kuil-kuil, tenaga pengajar berusaha mendidik pelajar-pelajar mereka agar celik huruf dan mampu menguasai matematik dan astronomi.

Emp.a.yar Chola zaman kemuncaknya. Cuma yang warna merah jambu tu hanya claim segelintir “Nasionalis Tamil.”

Apabila pelajar-pelajar ini berjaya menamatkan pembelajaran mereka, mereka diserap dalam perkhidmatan kerajaan dan membangunkan perkhidmatan kerajaan yang cekap. Polisi kerajaan Chola ini turut mengubah mereka agar meluaskan pandangan dunia mereka melangkaui kerajaan itu sendiri. Dikatakan, kadar celik huruf dalam kalangan rakyatnya sebanyak 20%, satu angka tinggi pada zaman berkenaan.

Selain itu, kerajaan Chola turut bertanggungjawab meningkatkan kepentingan dan pembentukan kerajaan tempatan. Di setiap wilayah, sekurang-kurangnya lima hingga 10 orang penduduk dipilih menjawat ahli majlis daerah di mana di bawahnya wujud pelbagai jenis sub-jawatankuasa.

Jawatankuasa-jawatankuasa kecil ini bertanggungjawab dalam pelbagai perkara dari isu pengairan dan undang-undang hinggalah penyimpanan makanan.Setiap ahli dipilih oleh penduduk wilayah berkenaan di mana setiap isi rumah layak membuat undian.

Majlis-majlis wilayah diberi kuasa besar oleh kerajaan Chola berkemungkinan sebagai pengimbang kepada kuasa pemerintah tempatan. Bagi para pemerintah wilayah yang dit.ak.luk pihak Chola, kedudukan mereka tidak akan diusik sebagai tukaran kepada taat setia kepada pemerintah Chola.

RUJUKAN:

Keys, David. (2015). The lost em.p.ire explored: The Cholas once had great power, but the world has forgotten them. The Independent.

Effendy, Helmi. (2018). Jangan Selewengkan Sej.arah Melayu. Patriots Publication.

Szczepanski, Kallie. (2019). History of India’s Chola Em.pi.re. ThoughtCo. Diambil dari

Ruangan komen telah ditutup.