https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Chola Sekarang Claim Hagia Sophia Dibina Oleh Hindu

2,806

Hagia Sophia ialah saksi kepada sebuah permainan politik agung di Dunia Eropah. Berkurun lamanya Dunia Kristian berjaya mempertahankannya sebagai Gereja Agung Ortodoks.

Namun tik4man belakang daripada Katolik telah menjatuhkannya.

Dalam klimaks P3r4ng Salib Keempat, Hagia Sophia dij4rahkan dengan begitu dahsyat sekali sampai kejatuhan Konstantinopel pada tangan Sultan Mehmed II ialah takdir yang takkan mungkin dapat dielakkan.

Selama tiga hari Konstantinopel dij4rah juga sepertimana dijanjikan Mehmed II. Wanita-wanita di bandaraya ini juga dir0gol para t3nt3ra (Smith, 1974).

Setelah gelora adrenalin berakhir dalam d4rah pejuang, Mehmed II dikatakan terlalu sedih dengan ker0sakan yang berlaku.

Baginda tersungkur dengan matanya berkaca dan suara teresak-esak, juga kenekadan untuk mendirikan semula keagungan Konstantinopel dengan nama Konstantiniyye.

Itulah sejarah ringkas Hagia Sophia, yang agak tular pada masa ini oleh kerana kecenderungan Recep Tayyip Erdoğan setelah sekian lamanya.

Namun tertular pula satu lagi maklumat aneh bahawasanya Hagia Sophia itu pernah jadi kuil Hindu seperti Taj Mahal.

Seperti biasa semua benda dalam dunia ini dikhabarkan ada unsur Hinduisme. Mekah pun tidak terkecuali sebenarnya yang didakwa mempunyai Shiva Lingam. Namun penting sekali, sejauh manakah kebenarannya?

Sejarah Paling Awal Hagia Sophia

Hagia Sophia tidak dibina pada tahun 9980 S.M. seperti didakwa 12,000 tahun dulu. Hagia Sophia tidak dibina sebelum kedatangan Islam dan Kristian.

Sejarah menyaksikan penubuhan sebuah kota baru di Byzantion semasa pemerintahan Kōnstantînos (Constantine I).

Kota tersebut dinamakan sempena maharaja tersebut. Berdirinya Kōnstantinoúpolis ialah sebuah keberkatan bagi agama Kristian disebabkan pegangan dianuti Constantine I sendiri.

Sejauh mana agama Kristian pergi – sama ada melalui suara mubaligh atau p3d4ng pejuang – sejauh itulah pengaruh Konstantinopel tersebar.

Lidah Scandinavia menggelarkannya Miklagarðr (kemudiannya Miklagard). Tsarigrad ialah empunya nama bagi bangsa Rusia.

Dunia Arab memanggilnya Qustantiniya. Manakala Yunani mempunyai nama-nama lain seperti Basileousa, Megalopolis, Poli dan Nea Romi.

11 Mei 330 ialah tarikh kelahiran Konstantinopel ini yang dalam masa sekejap menjadi bandar agung paling kaya dan besar Eropah. Istana Suci didirikan untuk tempat persemayaman Maharaja-Maharaja Rom Timur.

Sebuah pusat sukan iaitu Hippodrome pun dibina untuk menghiburkan semua. Dan Hagia Sophia ialah pusat keagungan bandaraya ini dengan senibina ibaratkan revolusi mengubahkan segala-galanya.

Rom Sebagai Magnet

Dalam mana-mana sejarah Hagia Sophia, semuanya membawa balik kepada Constantine I. Tiada satu pun mengandaikan kewujudannya sebagai pusat Hinduisme.

Pengaruh agama ini mudah ditelusuri dengan memahami Ruangan Kebudayaan India yang lebih menghala ke arah Asia Tenggara.

Dengan erti kata lain, Hinduisme berhenti di sempadan Iran yang mana selepas garisan tersembunyi itu ialah ruangan dimana Islam dan Kristian sahaja berantakan.

Di Timur Tengah dan Eropah (termasuk juga Utara Afrika), penganut-penganut Hinduisme hanya boleh dibilang jari. Agama ini yang tiada pengasas tunggal (sepertimana Muhammad SAW, Musa dan Jesus bagi agama-agama Ibrahim), cukup berbeza dengan sosiologi Konstantinopel dan Hagia Sophia (sebagai Pusat Agama Kristian Ortodoks).

Hagia Sophia sepertimana yang diketahui hari ini walau bagaimanapun tidak dibina sepenuhnya oleh Constantine I.

Justinian I pada tahun 532 turut memberikan komitmen seni bina dengan bantuan arktitek Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles.

Kesimpulan paling mudah ialah – agama Hinduisme jauh sekali mempunyai sebarang perkaitan dengan Hagia Sophia… begitu juga dengan Taj Mahal yang dibina Shah Jahan untuk Mumtaz Mahal dengan bantuan arkitek Ustad Ahmad Lahauri.

RUJUKAN:

Smith, C.J. (1974). History of R4pe and R4pe Laws. Women Law Journal. Pp. 188.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.