Sebut saja nama Wuhan, China, ramai teringat di sinilah bermulanya pandemik koronavirus atau Covid-19. Mengikut laporan rasmi kerajaan, 50,340 kes dilaporkan dengan 46,471 disahkan sembuh dan 3,869 lagi kembali menemui Pencipta. Namun begitu, berdasarkan laporan siasatan Pusat Kawalan dan Pencegahan Pen-yakit (CDC) China, bilangan sebenar kes sebenarnya jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Dalam laporan mereka, mereka percaya 5% daripada 11 juta warga Wuhan atau 500,000 orang dijangkiti pandemik Covid-19. Jika teori ini dapat dibuktikan, ini menunjukkan bilangan kes terutama bagi pesakit yang tidak menunjukkan simptom lebih tinggi. Ini kerana mengikut kiraan rasmi kes mereka, individu yang tidak bergejala tetapi disahkan positif Covid-19 tidak dikira dalam kiraan kes mereka.

Kajian yang dijalankan pada awal tahun ini dimulakan dengan pengambilan sampel 34,000 orang di Wuhan, seluruh wilayah Hubei, Beijing, Shanghai dan empat lagi wilayah. Hasil analisis mendapati kadar penularan jangkitan berada pada kadar 4.33% di Wuhan dengan 0.44% lagi direkodkan di Hubei.

Laporan ini timbul tatkala pasukan penyiasat antarabangsa akan tiba di Wuhan pada Januari ini bagi menyiasat asal-usul Covid-19. Lawatan ini tercapai selepas rundingan yang diadakan selama berbulan-bulan dengan Beijing bagi membenarkan siasatan dilakukan. Sejak gelombang pertama Covid-19, China dituduh tidak telus tentang cara pengendalian Covid-19 oleh masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Dalam laporan sama, CDC turut melaporkan daripada 12,000 sampel yang diambil di Hubei, hanya dua sampel saja yang disahkan positif. Kajian dijalankan sebulan selepas Beijing berjaya mengekang gelombang pertama Covid-19. Laporan itu turut menyebut langkah China melaksanakan PKP[1] di Wuhan amat berkesan kerana berjaya mengekang penularan Covid-19 daripada bertambah parah.

Pada awal tahun ini, koronavirus dikatakan dikesan di sebuah pasar basah di Wuhan sekaligus menjadi tempat permulaan penyebaran virus. Di sini jugalah ramai pakar mengemukakan teori virus tersebut berpindah daripada haiwan kepada manusia. Tetapi menerusi laporan baru ini, ramai pakar kini percaya ia sebenarnya telah diperkuat dan menanti masa untuk disebarkan sebelum pandemik tercetus.

Bagi ramai pakar seperti Profesor Terry Nolan[2] dari Institut Jangkitan dan Imuniti Peter Doherty di Melbourne, Australia, perbezaan bilangan kes Covid-19 di Wuhan sudah dijangka. Ini kerana pihak yang dipertanggungjawabkan mengira kes semasa gelombang awal Covid-19 sudah pasti terlepas banyak kes pes-akit yang tidak bergejala.

Rajah 1: Profesor Terry Nolan

Prof Nolan turut menegur sesetengah pihak yang cepat membuat kesimpulan apabila laporan sebegini timbul sebagai bukti konspirasi politik. Ini kerana berdasarkan pemerhatian ramai pihak ketika itu, keutamaan pihak berkuasa ialah mengesan dan merawat pes-akit bergejala. Ini ditambah dengan tindakan China yang tidak merekodkan individu tidak bergejala tetapi positif Covid-19 dalam bilangan kes mereka semasa gelombang awal melanda.

Selain CDC, Pusat Maklumat Internet China (CIIC) turut menerbitkan laporan bahawa bilangan kes Covid-19 di Wuhan sebenarnya mencecah 500,000 kes. Bagaimanapun, laporan tersebut telah ditarik balik pada malam semalam. Kecuali Xinhua, tiada pemain media China yang menyiarkan jangkaan kes sebanyak 500,000 kes sejak laporan itu disiarkan di akaun rasmi WeChat CDC pada minggu ini.

Begitupun, wujud diskusi aktif berkenaan anggaran kes di laman media sosial Weibo. Berdasarkan pemerhatian stesen televisyen Australia ABC, terdapat 160 hantaran yang dibuat pengguna berkenaan anggaran kes yang dikeluarkan CDC. Salah seorang daripada mereka ialah editor jurnal sains terkenal di Shanghai, He Jing[3].

Dalam hantarannya itu, laporan CDC itu dapat menjelaskan mengapa ramai petugas barisan hadapan mengadu hospital-hospital di Wuhan tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai. Disebabkan bilangan individu yang berkunjung ke hospital terlalu ramai, ada yang terpaksa pulang hampa tanpa menjalani sebarang pemeriksaan dan saringan Covid-19.

Tidak mahu membiarkan perkara ini menjadi lebih parah, China mengarahkan sebuah hospital medan dibina di Wuhan dalam tempoh 10 hari. Mustahil mengikut persepsi orang luar tetapi pernah dilakukan semasa wabak SARS[4] di Beijing pada tahun 2003. Hospital Huoshenshan[5] siap dalam tempoh 10 hari itu mempunyai kapasiti 1,000 katil pes-akit dengan sokongan 1,400 petugas perubatan.

Rajah 2: Tapak Hospital Huoshenshan sebelum ia mula dibina dalam tempoh 10 hari.

Tidak diketahui sama ada wujud cubaan untuk memandang sepi laporan CDC itu. Tetapi sikap China yang menapis maklumat semasa gelombang awal Covid-19 dilihat menyukarkan usaha mengekang gelombang awal pandemik itu. Tambah Nolan lagi, sikap pihak tertentu mengawal cara data laporan muncul di luar dilihat hanya merugikan China kerana ia akan menyia-yiakan usaha petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19.

Kami sedang menjual dua buah buku terbaru kami, Mantera Alam Melayu dan juga Genesis. Minat nak tahu mantera silam nenek moyang kita? Bantu kami untuk terus berjuang memberikan ilmu percuma dengan membeli buku terbaru keluaran kami di Shopee kami. 

Berminat? Ayuh kami bukak jualan di Shopee kami.

———

NOTA KAKI:

[1] Singkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan.

[2] Ahli epidemiologi dan pakar pediatrik dari Institut Doherty, Universiti Melbourne. Berpengalaman bekerja bersama kerajaan Australia, New Zealand dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari segi nasihat dan rundingan polisi. Kebanyakan fokus penyelidikannya tertumpu kepada imunisasi dan percubaan klinikal untuk vaksin baru.

[3] Editor dan penterjemah untuk siri Contemporary Writers from Shanghai yang diterbitkan Better Link Press, Shanghai Press & Publishing Development Co. pada 2010.

[4] Hospital Xiaotangshan, Beijing. Dinamakan sempena nama sebuah gunung yang mempunyai kolam air panas di lokasi itu. Hospital dibina dalam tempoh seminggu dan diuruskan 1,383 staf perubatan yang merawat pesakit SARS. Dibangunkan semula dan diubahsuai agar disesuaikan dengan keperluan merawat pesakit Covid-19 pada Januari 2020. Kerja mengambil masa enam minggu sebelum ia dibuka untuk rawatan pada 16 Mac. Ia beroperasi sehingga 28 April sebelum ditutup operasi pada 29 April.

[5] Dinamakan sempena Zhurong, dewa api dan wilayah selatan China mengikut mitologi mereka. Dianggap nenek moyang kepada orang Chu dan maharaja China bertaraf legenda sebelum era pra-dinasti, Maharaja Yan. Huo turut merujuk kepada api yang dinyatakan dalam Wuxing (sejenis falsafah China) di mana elemen besi mengurus bahagian paru-paru. Dinamakan sedemikian dengan harapan api dapat mengatasi besi seperti mana hospital ini dapat mengatasi jangkitan pernafasan yang dicetuskan koronavirus.

RUJUKAN:

Weedon, A dan Xiao, B. (2020). Coronavirus cases in Wuhan may be far higher than thought, according to China CDC study. ABC News.

BBC. (2020). China Covid-19: Nearly 500,000 in Wuhan may have had virus, says study.

Xinhua. (2020). A success story to combat the gloom: China builds new hospital in 10 days to combat coronavirus.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.