Bangunan di sebelah kanan ialah Kinkaku-ji di Kyoto, Jepun.

Bangunan di sebelah kiri ialah Dongducheng di Luoyang, China.

Perasan tak ada persamaan dari segi seni bina?

Selain nama “Heian-kyo”, Kyoto juga mempunyai nama “Rakujo”. Rakujo kalau ditulis dalam Kanji ialah 洛陽, kalau dibaca dalam Bahasa Cina, jadi “Luoyang”.

Apa kaitan Luoyang Jepun dan Luoyang China?

Ceritanya, dulu dulu dulu di Asia Timur, China lebih maju dan tinggi tamadunnya berbanding Jepun, jadi Jepun pun melancarkan program transformasi negara yang dikenali sebagai Taika Reform pada tahun 645 dengan meniru budaya, adat dan teknologi China.

Selain mencontohi bahasa, pakaian, adat Dinasti Tang di China, Jepun juga membina ibu kota baru (Kyoto) yang bermodelkan ibu kota Tang iaitu Chang’an (ibu kota barat) dan Luoyang (ibu kota timur). Tiru sebiji dari segi perancangan bandar dan juga seni bina. Sehingga orang China hari ini pun kagum, “kalau nak lihat wajah China ketika Dinasti Tang, pergilah Kyoto”.

Tapi tak ada orang China yang guna itu sebagai asas untuk klaim orang Cina ialah penduduk asal di Kyoto mahupun Jepun. Waktu tu wujud interaksi rapat antara China dan Jepun, ramai je saudagar, pendakwah Buddhis dan diplomat China yang singgah Jepun, tapi yang menghuni Jepun sebagai pemerintah dan rakyat ialah orang Yamato, atau orang Jepun.

Samalah, kalau jumpa peninggalan Hindu-Buddha di Malaysia dan Indonesia seperti candi, pura, prasasti dan sebagainya, itu bukan bermaksud orang India sudah berhijrah ke situ, dan pusat budaya India waktu tu pun ialah Empayar Gupta di utara India, bukan selatan India. Yang membina dan memerintah kerajaan-kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua dan Srivijaya ialah nenek moyang orang Melayu hari ini.

Apa yang berlaku di Jepun ialah “Sinification” atau pengadaptasian budaya China. Apa yang berlaku di Alam Melayu ialah “Indianization” atau pengadaptasian budaya benua India.

Itu sebab pentingnya untuk memahami konsep-konsep sejarah seperti “Indianization”, “Indianized kingdoms” dan “Islamization”. Supaya generasi sekarang dan masa depan tak kena kelentong. Kang orang datang membawa cerita “orang Melayu bukan penduduk asal” “tak wujud Tanah Melayu” “orang Nigeria ialah bumiputera” korang pun pergi angguk dan bersetuju.

Seram juga terbayang China gi klaim Jepun, kang diorang kata “Japanese Japan”, orang China dan Korea minoriti pun orang Jepun, kena lucutkan kedudukan Bahasa Jepun. Orang tak boleh pakai kimono dalam event rasmi. Kedai sushi tak leh letak papan tanda dalam Bahasa Jepun.

Jangan buat hal weh, den belum sempat pusing satu Jepun lagiii


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.