Joseph Stalin menikmati pengaruh besar selepas Vladimir Lenin merangkul kuasa di Rusia. Beliau banyak menyumbang dalam kerajaan Lenin, bersama Leon Trotsky dan Yakov Sverdlov.

Tiga serangkai

Stalin, Sverdlov dan Trotsky ialah tiga penguasa yang selamba boleh masuk dalam pejabat Lenin tanpa sebarang temu janji (Kotkin, 2014).

Kesempatan ini memberikan gambaran penuh tentang keadaan Rusia. Stalin tahu banyak perkara, terutamanya tentang kelemahan dalam T3nt3ra Merah.

Jadi selepas mengambil alih pada 3 April 1922, Stalin seperti ahli-ahli politik lain mahu membuat perubahan.

Ilya Ivanov

Beliau terdengar pasal seorang pakar biologi bernama Ilya Ivanov, yang ketika itu sudah popular dalam kalangan pucuk kepimpinan.

Ivanov menggunakan kaedah permanian beradas (artificial insemination), yang memudahkan pemb14kan kuda.

Teknologi ini mengeluarkan air mani daripada seekor kuda jantan. Benih ini disemai dalam 500 ekor kuda betina, yang semuanya bunting (secara semulajadi, seekor kuda jantan membuntingkan 30 ekor kuda betina).

Stalin mahu menggunakan perkhidmatan Ivavov… tetapi bukan untuk kuda. Walaupun Soviet berdepan dengan masalah jaminan makanan. Kepintaran Ivanov tidak digunakan untuk menternak ayam, babi, kambing atau lembu.

Sebaliknya Ivanov dikehendaki membuntingkan cimpanzi… dengan benih manusia. Kerana Stalin mahu “seorang yang kebal – takkan rasa s4k1t, lapar mahupun boleh mengalami ker4cµnan makanan” (Newsroom, 2005).

Ivanov menggunakan banyak kaedah. Di Paris, beliau memasangkan buah z4k4r cimpanzi pada orang-orang berumur atas dakyah “terapi pemulihan”.

Ada sekali beliau memasangkan ovari wanita dalam seekor cimpanzi bernama Nora. Di Guinea, tiga ekor cimpanzi disuntik air mani manusia.

Ketiga-tiga cara ini gagal. Tinggal satu-satunya cara perlu beliau cuba – suntik air mani cimpanzi dalam rahim wanita.

20 ekor cimpanzi dibawa dari Guinea ke Abkhazia.

Perjalanan laut ini terlalu jauh. Hanya empat sahaja yang selamat sampai. Ivanov berjaya mendapatkan lima wanita Rusia yang rela hamil anak beruk. Tetapi apabila eksperimen bermula, hanya seekor cimpanzi sahaja yang hidup.

Itupun Tarzan sudah berusia 26 tahun dan mempunyai pend4r4han otak. Gagal, gagal dan gagal – akhirnya Ivanov diusir ke Kazakhstan dan men1ngg4l dunia setahun kemudian (P41n, 2008).

Arang Pada Muka Komunis

Eksperimen Ilya Ivanov selamanya menjejaskan imej Soviet. Sebuah negara gagal sampai wanita mereka sanggup menghamilkan anak cimpanzi. Itulah propaganda ditaburkan, untuk menjatuhkan m4rµah seorang mµsµh.

Kejatuhan Soviet tidak mengakhiri kuasa komunis. Secara perlahan, Deng Xiaoping memulakan pembaharuan hingga China menjadi kiblat perindustrian. Padahal dahulu China hanya lopak pertanian, dengan sejarah yang hebat.

Tetapi sekarang ini kenangan Ivanov telah kembali – kerana Amerika Syarikat mendakwa China sedang cuba membuat superhuman.

Cuma kali ini jangan bayangkan Andy Serkis yang disunting menjadi Caesar dalam Planet of the Apes.

Katanya beberapa anggota PLA sedang melalui ujian sekarang ini. Jadi bayangkan Steve Rogers, dengan muka Wong (kawan Dr. Strange). Ataupun watak Jean-Claude Van Damme dalam Universal Soldiers.

Bukan lagi beruk dalam rahim orang, China sekarang ini sedang cuba menyunting genetik menggunakan suatu kaedah bioteknologi bernama CRISPR (Kania & VornDick, 2019).

Setakat ini CRISPR digunakan untuk merawat peny4k1t genetik dalam tumbuh-tumbuhan.

Konsep mudah untuk faham CRISPR

Bagi Dunia Barat, memang kerja gila kalau guna CRISPR untuk manusia yang sihat. China walau bagaimanapun memahami penc4bµlan etika dengan naratif berbeza.

Jadi dalam usaha untuk menandingi NATO sebagai kuasa dominan dalam bidang ket3nt3raan, ini mungkin jendela penting bagi China. Tetapi hanya masa saja boleh mendedahkan jika mereka mampu menjayakan program ini.

RUJUKAN:

Kania, E., & VornDick, W. (2019, Oktober 8). China’s (ditapiskan) Biotech Frontier: CRISPR, (ditapiskan)-Civil Fusion, and the New Revolution in the (ditapiskan) Affairs. The Jamestown Foundation.

Kotkin, S. (2014). Stalin: Paradoxes of Power, 1878-1928. London: Allen Lane. Halaman 226.

Newsroom. (2005, Disember 20). Stalin’s half-man, half-ape superwarriors. The Scotsman.

P41n, S. (2008, Ogos 20). (ditapiskan) form the past: The Soviet ape-man (ditapiskan).NewScientist.

—-

Kami sedang menjual dua buah buku terbaru kami, Mantera Alam Melayu dan juga Genesis. Minat nak tahu mantera silam nenek moyang kita? Bantu kami untuk terus berjuang memberikan ilmu percuma dengan membeli buku terbaru keluaran kami di Shopee kami. 

Berminat? Ayuh kami bukak jualan di Shopee kami.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.