Moving Forward As One

China Nak Bina Landasan Kereta Api 13 Ribu Kilometer Bawah Laut Ke USA

1,223

PayLater by Grab

Pada tahun 2014, satu laporan Beijing Times mendedahkan impian China membina landasan keretapi laju bawah laut menghubungkan negara itu dengan Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat. Mengikut draf awal projek, ia akan mempunyai landasan berukuran 13,000 km panjang dan memakan kos AS$200 bilion.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sekiranya projek ini dapat direalisasikan, ia bakal memberi suntikan besar dari segi ekonomi, pelancongan dan perdagangan semua negara yang terlibat . Landasan keretapi ini akan dikenali sebagai Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat. Dan mengikut laporan tersebut, sudah wujud perbincangan dengan pihak Rusia tentang projek ini dan mereka yakin ia boleh direalisasikan dengan teknologi yang ada.

Bagaimanapun, projek Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat ini perlu mengatasi beberapa halangan sebelum ia dapat direalisasikan. Pertama, untuk terowong dasar laut merentasi Selat Bering, ia memerlukan terowong empat kali ganda lebih besar daripada Terowong Selat Inggeris. Kedua, isu kos yang dianggap melampau dan terdedah kepada isu pembaziran.

Walaupun ada menganggap projek sebegini sebagai mengarut, hakikatnya sudah wujud bukti konsep keretapi pe.lu.ru bawah laut. Pada 2018, Beijing meluluskan projek keretapi laju bawah laut pertama di dunia yang menghubungkan Ningbo ke Zhoushan. Landasan Ningbo-Zhoushan turut mempunyai seksyen terowong bawah laut yang berukuran 16.2 km panjang.

Memandangkan projek ini akan menggunakan teknologi Maglev untuk keretapi laju, ia mengundang cabaran kepada pembina landasan. Ramai percaya menerusi terowong ini, ia berperanan sebagai percubaan bagi menyelesaikan pelbagai isu teknikal membabitkan teknologi keretapi dan pembinaan landasan sebelum ia dibawa ke projek berskala besar.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagaimanapun, usaha merealisasikan Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat kini ditangguhkan. Selain didorong oleh faktor kerenggangan hubungan membabitkan keempat-empat buah negara, isu kos terus menjadi sebab ia ditolak. Bagi mereka yang menolak, lebih baik menggunakan perkhidmatan penerbangan kargo dan kapal laut dari menggunakan khidmat keretapi kargo. Lantas, untuk melihat keempat-empat negara ini bekerjasama dalam projek ini hanya sekadar angan-angan Mat Jenin.

RUJUKAN:

Dunhill, J. (2021). China Wants To Build An 8,000-Mile Underwater Train Line To The USA. IFLScience.

Ruangan komen telah ditutup.