Chimaera – Jerung Kecil Yang Hidup 400 Juta Tahun Dulu

2,190

Kita pasti kenal ikan pemangsa yang menggerunkan, menguasai lautan dengan memakan dari ikan bersaiz besar sehinggalah memakan sotong kurita. Ikan ini juga pernah hidup berjuta tahun dan masih bertahan kerana adaptasi ikan ini terhadap persekitaran yang berubah-ubah.

Ya, kita akan membicangkan tentang ikan jerung, pemangsa lautan yang terkenal ini. Namun kita sebenarnya fokus kepada kumpulan jerung yang amat jarang ditemui, walaupun dari rancangan televisyen atau tepi pantai. Kumpulan jerung tersebut adalah kumpulan jerung Chimaera.

Jerung Chimaera Callorhinchus milii, nama lain adalah ikan gajah kerana muncungnya macam belalai gajah.

Jerung Chimaera berasal dari kumpulan order Chimaeriformes. Jerung ini mempunyai nama lain seperti jerung hantu, ikan tikus (rat fish), spookfish, dan ikan arnab (rabbit fish). Jerung ini telah lama hidup 400 juta tahun dulu dan antara kumpulan jerung terbanyak spesis dan populasi pada ketika itu. Kini, majoriti jerung Chimaera menetap di dasar lautan.

Jerung Chimaera hidup di lautan kedalaman 2,600 meter dari paras laut namun ada sesetengah spesis seperti Chimaera dari genus Callorhinchus, dan ikan tikus bertompok tinggal di perairan cetek. Jerung Chimaera ini badannya lembut, siripnya besar dan lebar seperti sayap kapal terbang, dan matanya yang kelabu seperti ikan yang mati. Dari matanya itulah ia digelar sebagai jerung hantu. Jerung ini hanya mempunyai satu bukaan insang saja.

Badan jerung Chimaera yang kecil juga ia mendapat nama ikan tikus dan ikan arnab. Jerung ini membesar sehingga 150 cm panjang. Jerung ini juga bermuncung namun ada sesetengah spesis, muncungnya berfungsi sebagai organ pengesan. Tambahan pula, siripnya mempunyai duri berbisa untuk tujuan pertahanan diri.

Diet jerung ini hanyalah memakan mangsa yang kecil namun yang uniknya giginya tidak seperti gigi jerung yang tajam dan sentiasa tumbuh. Gigi jerung Chimaera berupa kepingan tulang tapi fungsinya sama seperti gigi.

Anehnya jerung ini adalah bahagian atas kepalanya mempunyai organ penis. Memang aneh kepala jerung ini mempunyai penis namun ia mampu membiak tanpa masalah, Bagaimana jerung ini menggunakan penisnya untuk membiak, saintis masih tiada jawapannya.

Kerana habitat jerung Chimaera ini, para saintis sukar untuk menjangka beberapa spesis jerung ini hadir dan populasi sebenar. Sukar untuk saintis mengkaji lebih mendalam kerana kekangan tersebut. Tapi, masih ada sinar bagi para pengkaji jerung Chimaera apabila pada tahun 2009, pertama kali ada rakaman tentang jerung Chimaera.

Sebuah video ROV (remotely operated vehicle) telah dikeluarkan oleh institute penyelidikan AS iaitu Monterey Bay Aquarium Research Institute, California, merakam kehadiran jerung Chimaera di kedalaman 6,700 kaki dari paras laut Hawaii.

Dave Ebert, pengarah program Pacific Shark Research Centre di Moss Landing Marine Laboratories mengatakan bahawa penyelidik geologi dari AS sebenarnya mengkaji keadaan geologi di Hawaii, secara tak sengaja terakam jerung tersebut.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Kata Ebert lagi, pasukan penyelidikan itu beruntung kerana ROV mereka merakam jerung dasar laut buat pertama kali.

Namun, apakah spesis jerung Chimaera ini, pasukan Ebert cuba menganalisis bersama pakar kaji jerung itu. Keputusannya, spesis jerung itu adalah Chimaera Biru Bermuncung Bulat (pointy-nosed blue Chimaera. Nama saintifik: Hydrolagus trolli). Spesis ikan ini hanya ditemui di perairan Australia dan New Zealand, bermaksud jerung ini adalah hidupan Hemisfera Selatan.

Inilah Pointy-nosed Blue Chimaera yang dirakam oleh pengkaji geologi AS.

Melihat rakaman jerung Chimaera biru ini berenang bebas di lautan Hawaii menunjukkan jerung ini juga hidup di Hemisfera Utara (Hawaii terletak di Hemisfera Utara). Rakaman ini penting kerana bukan saja mencatatkan bahawa ia adalah rakaman pertama merakam jerung Chimaera, namun ia adalah sinaran untuk para saintis berusaha mengkaji jerung ini demi pengetahuan sains.

Mungkin di masa akan datang, para saintis bakal peroleh maklumat mengenai spesis-spesis jerung Chimaera dan populasinya di seluruh dunia.

RUJUKAN:

Stevens, John; Last, Peter R. (1998). Paxton, John R.; Eschmeyer, William N. (eds.). Encyclopedia of Fishes. San Diego: Academic Press. p. 69.

Bittel. J (15 December 2016). Ghost Shark Caught on Camera For The First Time. National Geographic. Retrieved from 14 July 2020. https://www.nationalgeographic.com/news/2016/12/pointy-nosed-blue-chimaeras-ghost-sharks/

Fruen. L (26 July 2017). What is a deep sea ghost shark, how big are blue chimaeras and where do they live? The Sun. Retrieved from 14 July 2020. https://www.thesun.co.uk/tech/2435611/deep-sea-ghost-shark-blue-chimaera-habitat/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.